Memang tiada kompromi. Kalaulah ada orang selepas ibubapa yang berhati mulia tanpa mengira apa mendidik anak-anak kita dah tentu tak lain dan tak bukan; itulah orangnya... GURU. Saya sangat suka dengan sebuah sajak dari Usman Awang yang kali pertama saya membacanya didinding Sekolah Rendah Danau Kota dan sehingga kini bila tiba Hari Guru, inilah sajak yang akan saya hadiahkan buat semua guru-guru yang telah berjasa tanpa mengenal jemu mengajar saya dan anak-anak saya sehingga apa yang kami capai hingga ke hari ini.
Dialah pemberi paling setiaTiap akar ilmu miliknyaPelita dan lampu segalaUntuk manusia sebelum jadi dewasa.Dialah ibu dialah bapa juga sahabatAlur kesetiaan mengalirkan nasihatPemimpin yang ditauliahkan segala umatSeribu tahun katanya menjadi hikmat.Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhtaJika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang muliaJika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemukaJika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasaDengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.Di mana-mana dia berdiri di muka muridnyaDi sebuah sekolah mewah di Ibu KotaDi bangunan tua sekolah Hulu TerengganuDia adalah guru mewakili seribu buku;Semakin terpencil duduknya di ceruk desaSemakin bererti tugasnya kepada negara.Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, gurukuBudi yang diapungkan di dulangi ilmuPanggilan keramat “cikgu” kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat.USMAN AWANG1979
Mekaseh kak Zila sebab sudi order brownies untuk hadiahkan cikgu anaknya diSKSU.
Maseh gak pada Siti @Ibu Darwisy sebab sanggup datang collect order kek nipis Moist Chocolate Cake tu ye.
Last but not least, ekcellikan... sebenarnyakan... guru yang paling dekat dan yang paling banyak berjasa dalam hidup kita... ialah
IBU & AYAH.
Kerana merekalah yang mengajar kita menyebut perkataan pertama didunia ini,
merekalah yang pertama mengajar kita berjalan sehingga kite boleh berlari tanpa dipimpin.
Merekalah yang pertama mengajar kita tentang Allah SWT dan
merekalah yang selama-lamanya mengajar dan terus mengajar kita sehingga akhir hayat mereka.
'TERIMA KASIH GURU-GURUku!'
Hanya Allah SWT yang mampu memberikan balasan yang terbaik untuk kamu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!