Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 6 Jun 2013

JJCM: Man Burger Kukus Lava

credit: KC (http://misz-ella.blogspot.com/2013/06/dating-dengan-kawan-taman-man-burger.html)


Haritukan, member kembang setaman dan jugek kawan blogger aka kawan Geng Hot Mama Blogger (GHMB) yang bernama Kak Chik itu telah menculik saya dan kak Zila gi makan berger kat kedai baru bukak ni. Ekcelli kedai ni memang dah femes giler kat Damansara Damai tapi disebabkan kena naya, Encik Man (tuan punye branding ni) tutup branch sana dan bukak kat Saujana Utama ni. Ohsem dan sungguh brilliant tindakan itu sebab kalau masih di Damansara Damai, sampai skang pun konpem saya tak merasa nak makan Man burger Kukus Lava ni deh!

Ni ayor HoneyDew yang sungguh sedap!

Kalau korang nak tau, specialnya beger hencek Man ni yelah sebab kesemua beger yang terdapat dalam menunya tu akan dikukus sebelum dibakar. Oleh sebab itu, mak bagitau eh- beger dia sangatlah lembut dan juicy okeh! *Lap ayor liur*

Ini Burger Patrick daging kambing. Juicy giler!!!

Rege dia pun taklah mahal no. Alahhh.. Kenny Rogers yang mahal tu boleh lak korang pegikan? Ini orang melayu kite punye bisnes marilah support sket. Kalau tak salah ownernya baru je berusia 26 tahun kot? Hebatkan? Pada usia tu dah ada kedai sendiri dengan brandingnya sendiri dan paling penting- ramai giler peminat!

Oklah kan? 3 biji beger+ 2 minuman+ side order-fries.

Beger-beger yang terdapat kat menunya bermula dari RM4.50 dan paling mahal berharga RM25/- tapi yang tu boleh kongsi makan 5-6 orang kot! Sebabnya yang saya beli ni pun boleh kongsi 2 orang walhal beger biasa jek- Bayangkan le betapa besarnya portion dia dan besarnya daging dia yang berjuicy itu! Haha.. kecur tak? Kecur tak? Menu dia pun menarik sebab dia menggunakan nama-nama watak dalam kartun Spongebob Squarepants seperti Spongebob (opkos le kan!), Patrick dan Mr. Crab.

Ini Burger Patrick Triple Patty... layer daging diapit ngan cheese dan daging lagi dan cheese lagi dan daging lagi dan cheese lagi... menitik juicenya okeh!!!

So sesapa yang nak cube dan support bisnes orang melayu kite ni, marilah berkunjung kat Saujana Utama ni. Kedai dia tak susah nak carik pun. Jumpa KFC, jumpa ACE Central Mart, jumpa SU Mall... haaa dekat-dekat situlah tempatnya. Senang cite, kalau jumpe kedai makan yang sentiasa penuh sampai keluar-keluar kedai- itulah kedainya! Har har... Kedai dibuka jam 4.30 petang so sape yang tanak kena q bolehlah datang taim-taim cenggini ye sebab bile malam menjelma, kedai ni memang pack! Jom!

UPDATED 2015Sekarang kedai ni dah pindah kat Bukit Rahman Putra kot so tak dapat la nak rasa dah beger juicy nih! Sob, sob...


Signature

19 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. tak tahan godaan...nyum nyum!!!

    BalasPadam
  3. Spongebob lagi mahal dari patrick..yelah die kan lagi famous..hehe..tp memang nampak sedap..

    BalasPadam
  4. fuh..nmpk sedap tu..dee baru try burger bakar abg burn..lepas ni leh ar try yg ni lak..

    BalasPadam
  5. @SallyMehle datang umah bolehlah makan ni hehe...

    BalasPadam
  6. @AienEkcelli yg nampak spongebob mahal tu sebab triple patty Aien. Hakikatnya spongebob tu yg plg murah RM4.50 tp 1 patty la hehe...

    BalasPadam
  7. @DeeAbg Burn kat mana? Yang kite tau abang beca, abang beca ditengah jalan hahaha...

    BalasPadam
  8. rasanya burger dia ni pernah kuar jjcm kt tv3 kan...

    BalasPadam
  9. Thanks yea sudi tulis pasal kami...pmbetulan sy baru berumur 25 thun.. sblom ni sy kje jugk tpi skrg dh fulltime bsnes sndri.. kami tmpil dgn rekaan brgr sndri dn berkonsepkn lain dr yg lain.. if lain kali nk try suggest order Mr . KRABS LAGI SEDAP PADAT N JUICY..

    BalasPadam
  10. @adda syuhadaAk-ah Adda. betul betul betul hehe...

    BalasPadam
  11. @Man BurgerkukusThee malunye+ besor hati owner mai singgah komen sini. Maseh sudi baca :) *Tersipu2*

    BalasPadam
    Balasan
    1. Skrg kami dh bukak satu lagi cwngn di Damansara Damai

      Padam
  12. Rasanya murah lg dari burger bakar wangsa maju tu, kemain lgnkorang geder2 ye

    Bila turun kita pulak kak deeb

    BalasPadam
  13. @Tina OthmanAk-ah murah lagi dan sedap lagi kot hehe.. nak geder ye? Turun ye? Ate korang tu kalau geder hader ke mengajak mak ni haaa... kalau hajak mak turun ler kui kui...

    BalasPadam
  14. terliurnye ya Tuhan. KIjam la puan deeb ni... selamat le skrg dah boleh melantak hape2 jua yg diingini. Jadinya tak la bermasalah sgt. Heheh.

    BalasPadam
  15. @LydSunshineHehe.. sebab ku tau mu dah abes pantang le ku tayang abes-abesan ni haa.. meh le sini Lyd!

    BalasPadam
  16. Memang best... setakat nie teman beli bungkus, makan di rumah jer... tak try makan disana lagi...

    BalasPadam
  17. @Izni Hafiz Abdul RashidSame je bungkuih atau makan kat situ tetap rasa beger yang sedap! Hagaga!

    BalasPadam
  18. @Man BurgerkukusNape tutup kat Saujana ni huhuuu.. dah tak dapat la nak makan lagik! HUaaa...

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .