Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Rabu, 19 Disember 2012

WW: Ooops! Terlebih sudah!

Rabu, Disember 19, 2012 12 Comments



Info: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description...

so this is mine.


Harus time dia undur kang akan kedengaran bunyik menyilukan huhuuu...


Signature

Selasa, 18 Disember 2012

Resepi: Muffin Karot Salju

Selasa, Disember 18, 2012 6 Comments

 

Harini saya nak kongsi satu rahsia!

Rahsia la sangat!! Haritu mase balik umah Sg Buloh, tetiba anak dara saya tingin nak wat muffin nih sebab resepinya ada kat dalam novel yang dia baca tu. Ini kira pestaim la ku bagi anak daraku wat muffin dia sendiri. Dari menyediakan bahan, menyukat dan sewaktu dengannya, sume dia yang wat sendiri. Bila saya tolong dia marah- sian kan?. Tapi bab parut karot tu (Karot?) saya watkan sebab takut kena jari dia kang nanti luka lak *penyayangnye i...*



Meh nengok bahan-bahannya: -
2 1/2 cawan lobak merah, diparut
2 cawan tepung serbaguna, diayak (saya guna tepung naik sendiri)
1 sudu teh soda penaik (saya tak masukkan since pakai tepung naik sendiri)
1 1/2 sudu teh serbuk penaik (ni pun saya tak masukkan)
1/2 sudu teh garam
2 biji telur Gred A (saya pakai gred C tapi jadik jugak! Thee...)
1 cawan gula halus
1 cawan mentega (lembutkan pada suhu bilik)
2 sudu teh esen vanilla


Cara-cara menjahanamkannye pulak
(mengikut versi saya sendiri sebab kalau ikut resepi kat novel tu cam berbelit sket hehe...) : -

Putar telur sampai betul-betul kembang dan tambahkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis. Masukkan mentega dan putar sehingga sebati. Lepas tu masukkan tepung yang dah dicampur dengan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Akhir sekali masukkan lobak dan gaulkan. Setelah semuanya sebati, bolehlah cedokkan adunan kedalam mangkuk kertas dan bakar pada suhu 200 darjah celsius selama 20-30 minit atau sehingga dah naik bau dan atasnya kekuningan gitu.



Bahan-bahan untuk membuat aising krim keju: -
1/4 cawan mentega dilembutkan
227 gram krim keju, dilembutkan
2 cawan gula aising, diayak
1 sudu teh esen vanilla
Kulit lemon, diparut

Cara membuat aisingnye pulak: -
Putar keju krim dengan mentega sehingga lembut. Masukkan gula sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan apabila sudah menjadi rata dan licin, masukkan esen vanilla serta kulit lemon yang diparut. Sejukkan muffin sebelum ditutup permukaannya dengan ising krim keju. Parut sedikit keju di atas ising.

Notakaki Saiz Tujuh:
Takkk... korang memang tak salah nengok gambo. Gambo tu memang takde aising sebab tak sempat tunggu muffin tu sejuk, budak-budak dah bedal habes! Sabo jelah!


  Signature

Khamis, 6 Disember 2012

Resepi: Moist Eggless Choc Cake

Khamis, Disember 06, 2012 16 Comments

 

Resepi ni dah lama tersenarai dalam bookmark Chrome ni tapi tak pernah de masa malas nak buat. Tapi haritu ntah nape rasa cam kena lempang je terus terprint resepi ni kat opis pastu balik Sg. Buloh haritu terus buat. Itulah hikmahnya perasaan kena lempang itu agaga... Ekcelli resepi ni amek dari blog Abang Mat Gebu sebab nampak cam menarik aje... Bahan dan cara nak wat dia pun tak susah mana.


Bahan-bahannya:-
  • 1 cawan tepung gandum* (saya pakai Tepung Naik Sendiri aje)
  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1 camca teh baking powder* (Saya tak bubuh)
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate* (Pun tak bubuh gak)
  • 2 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
  • 1 cawan gula perang @ soft brown sugar
  • 1/2 cawan minyak jagung (mat guna canola oil)
  • 1 1/4 cawan air dari peti sejuk
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/2 camca teh mocha flavor (Saya tak bubuh)
  • Secubit garam
  • 1 camca teh cuka makan atau jus lemon (mat guna 1 camca besar oren sunquick)
  • Coklat cair untuk hiasan
  • Strawberry segar untuk hiasan (Takdok so abaikan hehe... ganti ngan whipped cream aje!)




Cara-cara membuatnya: -
Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Atau guna tin bulat berukuran 8 inci. Ketepikan.
Dalam satu bekas, masukkan bahan2 yang diayak bersama gula perang dan garam tadi, gaul rata. Tuang air, minyak, esen vanilla dan mocha falvor, dan kacau dengan whisk hingga semua sebati dan tidak bergentel2.
Masukkan cuka atau jus lemon dan kacau hingga sebati. Tuang dalam tin dan bakar selama 35 - 40 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihias. Boleh hidangkan...

Sonangkan?


Makan ngan whipped cream cicah chocolate cair Hersey's pun sodap!

  Signature

Rabu, 5 Disember 2012

WW: Alhamdulillah! :)

Rabu, Disember 05, 2012 6 Comments



Info: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description...

so this is mine.

Signature

Selasa, 4 Disember 2012

JJCM: Nasi Kukus Ayam Dara Berempah (Selera Utara), Sg Buloh

Selasa, Disember 04, 2012 12 Comments



RATING
Servis: starstarstarstarstar
Food: starstarstar starstar


Kalau haritu saya dah bagi review pasal Nasi Kukus Ayam (Selera Kelantan), hari ni saya nak bagi review pasal Nasi Kukus Ayam Dara Berempah (Selera Utara) pulak. (Wahhh... macam tak masak je daku ni kan? Asal balik umah aje musti nak tapau haha...! Hentikan bidaah itu ye sebab itu hari bondaku ikut sekali balik umah. Maka itu pasallah tak sempat nak masak ngee...)

Ni kuah kari dia. Mengandungi bahagian anggota-anggota ayam tapi tenggelam dalam kuah. Sedap gak tapi pedas sket.

Sambal belacan ni okeh, sedap!

Kalau namanya pun selera utara maka wajiblah ade jelatahkannn...! Sedap gak tapi masih takleh challenge mak saya punye hehe... 

Haaa... daging masak kicap ni pestaim beli yang dia bleh wujud sekali dalam pakej nasi kukus ayam dara berempah. Tapi rasa dia biase je.

Opkos yang paling best yelah ayam berempah dia nilah! Rasanya lebih sedap dari ayam selera Kelantan haritu sebab yang tu kurang rempah sket.

BURPPPP! Heee...


Signature

Khamis, 29 November 2012

Resepi: Durian Crepe

Khamis, November 29, 2012 24 Comments


Ni attempt kedua buat mende alah ni. Kali pertama jadik Tempoyak Crepe sebab terexpose beliau kat panas hahaha... *hampehzz...* so kali ni wat lagi sekali sebab colleague tingin nak rase. Resepi dia saya amek kat Kak Azlita Aziz tapi diubahsuai mengikut bahan ape yang hado oleh saya dengan selambanya thee...




Bahan-bahan Crepe:

  • 250 gm tepung gandum (saya campur tepung naik sendiri dengan tepung gandum sebab tepung dah abes haha...)
  • 3 biji telur
  • 500 ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pandan emulco(saya wat kaler kuning so patutnya pakai perasa jagung tapi saya ganti dengan vanilla essence sebab tu je yang ade)
  • 1 sudu teh pewarna hijau (stok pewarna takde so saya ganti dengan sikit serbuk kunyit)




Cara-cara membuat crepe:

1) Satukan semua bahan di atas di dalam bekas dan kacau rata. Masukkan dalam blender dan kisar kemudian tapis.

2) Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali dan kemudian kecilkan api

3) Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe. Adunan tak perlu di balikkan. Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat. Buat sehingga habis dan biarkan sejuk.




Bahan-bahan filling: -
  • 1 cawan Non dairy Whipping Cream
  • Isi durian secukupnya

Cara membuat filling: -

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental. Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit.





Bentangkan 1 keping crepe. Letakkan Whipping Cream di tengahnya. Letakkan isi durian. Tutupkan semula dengan Whipping Cream *Saya tak buat step ni. Tak perasan! Ngee...* Lipatlah crepe.Kemudian simpan dalam peti ais sebentar. Enak di hidangkan dingin.


Okey, crepe saya besar dan buruk. Sekian!


Signature

Selasa, 27 November 2012

JJCM: Nasi Kukus Ayam (Selera Kelantan), Sg Buloh

Selasa, November 27, 2012 26 Comments

 

RATING
Servis: starstarstarstarstar
Food: starstarstar starstar

Kalau korang masuk ke kawasan perumahan Suajana Utama kat Sg. Buloh tu, sure korang akan jumpe penjaja jual macam-macam jenis makanan sepanjang-panjang tepi jalan tu. Haritukan saya cubalah drive balik sendiri dari Gombak ke sana so sampai sana dah tengahari dan budak-budak pun dah bising lapo jadi saya TERPAKSA membuat keputusan untuk tapau je makanan tengahari itu hehe... Ekcellli dah lama gak saya dah terperasan gerai Nasi Kukus Ayam (Selera Kelantan) ni tapi tak pernah terai so saya pilih gerai tu untuk jadik bahan ujikaji haritu. Jom nengok menunya: -

Kari yang sarat dengan organ ayam dan sayuran ni memang pestaim la jumpe sebab selama ni kalau beli nasi kukus, karinya cuma kuah aje. Kari dia memang power dan banyak betul portion dia bagi sampai boleh wat cicah roti untuk makan malamnya! *Eh! Orang Kelantan panggey kari ke? Hehe...*

Sambal ikan billis ni pun pestaim jumpa dalam pakej nasi kukus. Sambal ni sedap tapi pedas sket.

Ni namanya sambal belacan power- bukan pakai cili merah tapi cili api semata-mata okeh! Pedas giler tapi sodap!

Ayam goreng rempah dia besar betul dan paling penting- sodap!

Cubelah terai weh! Tak rugi punye... theee... *Gambo nasik tayah la kot nak tayangkan? Hehe...*


  Signature
Follow Me at flickr! .