Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Jumaat, 3 April 2020

Resepi: Kek Keju 3 Bahan

Jumaat, April 03, 2020 3 Comments


Bertabahlah nak. Nampaknya sepanjang tempoh PKP ni balik-balik entri resepi jelah kan. Ate takkan la nak cite kisah jadik ketua keluarga interim, jadi amah, jadi cikgu interim Rayyan bagai semua tu, kan? Ok... jadi hari ni saya nak kongsi resepi kek keju tiga bahan yang viral tu. Memang senang je membuatnya dan bahan pun tiga ketui je jadi tiada alasan mengorder ye! Sila salin dan jangan larik!

kredit to: Nurul Ain Ridzwan dari Rasa.my

BAHAN-BAHAN:
120gm krimcis
120gm susu pekat
3 biji telur


CARA MEMBUATNYA:

 
 Okeh memula asingkan telur putih dengan telur kuning. Putih telur tu pukul sampai kembang. Dalam bekas yang lain pukul sekali telur kuning, krimcis dan susu pekat sampai sebati. 

Ingat eh, tips supaya putih telur kembang cantik ialah
JANGAN TERCAMPUR LANSUNG DENGAN KUNING TELUR dan
JANGAN KENA AIR WALAU SETITIK PUN!

Okeh dah siap dua-dua adunan, bolehlah campurkan mereka dan kaup balik guna spatula perlahan-lahan sampai sebati.


Panaskan oven 180 darjah celsius. Tuangkan adunan tu dalam loyang yang dah disapu minyak atau butter kat sekelilingnya dan alas dengan kertas minyak. Bakar guna kaedah 'bain-marie' atau double boiler selama 1 jam atau lebih bergantung kepada kesesuaian oven korang ye.


Bila dah masak, sejukkan dan simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya sehari semalam baru potong ye. Kalau tidak nanti habis buruk rupa kek tu sebab dia sangatlah lembut. Lepas tu boleh la hias dengan gula ising, serbuk milo, serbuk kopi (jadik tiramisu) atau kalau nak advance sket lagi bubuh jem strawberry atau chocolate ganache.


Yang ni saya tabur serbuk milo sebagai topping... pun sedap jugak. Ini kek yang kedua saya kena buat dalam masa selang sehari sebab nampaknya kek ni bukan saja jadi rebutan budak-budak tapi apak depa jugak, huhihuuuu...  


Signature

Isnin, 30 Mac 2020

Resepi: Roti Puri Mudah tanpa Yis

Isnin, Mac 30, 2020 4 Comments


Ate benornye idok le rajin na nak buat roti puri ni. Biasanya kalau teringin, start je kete pi beli kat depan taman ni je. Tapi semenjak PKP ni, orang yang jual roti puri ni jual nasik je la pulak. Udahnya bila tengok wall kengkawan pakat buat, mulelah awok tu terliur kan? Hajaja... maka kerana itu terpakselah merajinkan diri demi roti puri yang sedap nih huhu... Bahan-bahan dia idok le banyak dan tak susah mana pun nak membuatnya. Ajer maleh, kan ... meh tengok apa bahan dan cara nak membuatnya ye: -


BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil margerin
2 cawan air suam


CARA MEMBUATNYA:

  1. Semua bahan tu korang adun dan uli je semua sampai dapat doh yang licin. Memandangkan saya rajin jadi saya campak je semua dalam mesin roti dan set Quick Doh. Lepas dah dapat doh licin, rehatkan dia dalam 30 minit atau sejam. Sementara tu boleh arr kalau korang nak buat sambal sardin ke kari ke kan... kang boleh cicah!
  2. Okay, lepas doh tu dah rehat, boleh la korang mulakan aksi mencanai. Amek sikit doh dan canaikan bulat-bulat. Tapi tak bulat sangat pun takpe je.. bukannya tengah lawan Masterchef pun ajaja. Saya buat bulatan berdiameter 14" dapat 14 keping roti ni. So kalau korang buat kecik dari tu insyaallah dapat la banyak lagi.
  3. Bila semua dah ready, boleh la kita gorengkan mereka... Goreng dia sekejap je, golek-golek, kalih... dah siapppp!
Akibat derhaka kepada tips sendiri. Padan muka.


TIPS PENTING!

Untuk dapatkan roti puri yang gemok bengkak macam kat kedai tu, korang kena follow SEMUA dan SEBIJIK-SEBIJIK TIPS kat sini, okay!
  • Pastikan minyak betul-beeeeeeetul panas, baru campak roti dalam kuali.
  • Dalam beberapa saat lepas korang campak roti tu nanti, roti tu akan macam ternaik ke permukaan minyak tau. Time tu cepat-cepat siram minyak paneh tu kat atas dia ATAU tekan pada mana-mana hujung roti dan goyang-goyangkan bagi dia menari dalam minyak tu. Untuk itu, adalah dinasihatkan supaya korang guna kuali yang permukaannya lebor.

Roti puri ni sedap dicicah dengan sambal sardin atau kuah kari. Pehhh layannnn....
Ape lagi? Cubelah...!  

Signature

Selasa, 24 Mac 2020

Resepi: Fluffy Japanese Souffle & Dalgona Coffee

Selasa, Mac 24, 2020 18 Comments

Memulakan masa tengok orang len dok post gambar souffle ni, dalam hati kata ala ni mesti rasa macam penkek jelah pun, kannn... Tapi bila dah hari-hari dok lalu kat wall mulalah tiber rasa gatai gak nak cuba. Udahnya terbuatlah jugak huhi... Tau apa? Upenya rasa dia tak sama ngan penkek biasa. Souffle ni pasal dia fluffy, rasa dia sedap sangat dah macam ala-ala kek! Menkalu tak caya sila terai okeh!


BAHAN-BAHAN:
(A)
2 biji putih telur 
25gm gula castor 
1/2 sudu kecil jus Lemon (tak letak pun tak pe)

(B) 
2 biji kuning telur 
40 gm superfine flour (tadak kalu guna je tepung gandum cuma ayakkan dua kali atau lebih)
1/2 sudu kecil baking powder 
1/2 sudu kecil esen vanilla 
25 gm fresh milk full cream 
*Campurkan semua bahan-bahan B.


CARA MEMBUAT:
Okeh, mula-mula korang kena putar putih telur, gula castor dan jus lemon sampai kental. 

Kemudian satukan dengan adunan bahan-bahan B tadi. Pelan-pelan kaup balik naaaa...

Oles butter sikit atas non stick pan pastu bila dah panas, letakkan sesudu dua adunan ikut tinggi bangunan mana korang nak. Bentukkan la ikut suka ok... nak beso ke kecik ke, bulat ke bujur sirih ke... kesah.

TIPS:
Renjis air sesudu kat bahagian yg takdok adunan pastu tutup dalam 5 minit atau bila dah nampak macam dah masak. Pastu terbalikkan.
Tadaaa dah siap! Dah angkat tu, boleh la hidang dengan butter ke, chocolate ganache, strawberry compote, whipped cream atau aiskrim pun sedap. 

Saya guna chocolate kitkat paste je pun dah sedap sangat!

Alang-alang dah sarapan makanan Jepun kan, ape kelas takat minum dengan teh tarik je heheh... jadi kita terai resepi Dalgona Coffee dari Korea ni plak:

BAHAN-BAHAN:
3 sudu kecil serbuk kopi (kalu tak minum kopi boleh ganti dengan serbuk koko)
4 sudu kecil gula
4 sudu kecil air paneh
-Semua bahan ni whisk guna mixer sampai jadi buih (foam). Nak guna sudu je boleh tapi redhalah lepas tu tangan kejang doploh minit.
-Amek gelas paling canggih yang korang ada, isikan separuh sukunya dengan susu UHT dan ais, pastu tuangkan buih (foam) tadi tu kat atasnya. Dah jadiii...



Signature

Rabu, 18 Mac 2020

Resepi: IKEA Swedish Almond Cake with Roasted Almond

Rabu, Mac 18, 2020 5 Comments


Punye la lama dah tak tawaf Ikea kan, sampai ada menu baru kat situ pun saya boleh taktau...ish,ish,ish....  Yang boleh TER'tau' tu pun bila jiran aka adik rimau comei open order kek sedap ni, jadi kemaruk gak la rasa nak cuba hajaja... Meh kita tengok apa bahan nak pakai untuk buat kek ni ye gals. Owh ye first of all, saya kena ucapkan mekaseh pada tuan punya resepi yang sudi share yeitu Chef Fauzi. Korang boleh check resepi lain yang best-best kat FB dia ok!

NOTE:
Masa Membakar: 30-40minit
Suhu Pembakaran 180c (15minit) & 160c (Hingga masak)
Saiz Loyang: TIDAK DIPERLUKAN


BAHAN-BAHAN(Bahan Kek)

4biji Putih Telur
100gm Gula Kastor
1sk Vanilla
1sk Cream Of Tatar
150gm Serbuk Badam

Abaikan lukisan bulatan yang herot berot itu, agaga!

CARA MEMBUATNYA:
  1. Sebelum wat apa-apa, sila panaskan oven 180 darjah celsius.
  2. Sekarang amek kertas minyak & lukis 2 bulatan berdiameter 8inci (saya buat 4 bulatan ekcelli sebab saya doublekan adunan)
  3. Masukkan putih telur dan cream of tatar dalam mixer bowl. Pastu pukul sampai berbuih kasar.
  4. Masukkan sedikit gula kastor dan pukul lagi hingga kembang.
  5. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit hingga habis dan pukul hingga bertanduk.
  6. Masukkan vanilla dan serbuk badam sedikit demi sedikit dan kacau secara kaup balik hingga sebati.
  7. Tuang adunan dalam bulatan atas kertas yang kowang buat tadi dan ratakan mengikut bulatan. 
  8. Bakar 180c selama 15minit dan turunkan suhu 160c dan bakar hingga masak.
  9. Pastikan permukaan kek kering dan tidak melekat pada jari.
  10. Sejukkan pada suhu bilik.


(Bahan Krim)

4biji Kuning Telur
250gm UHT Whipping Cream
100gm Gula Kastor (kurangkan kalau tak suka maneh!)
70gm Susu Pekat Manis
200gm Butter SCS


CARA MEMBUATNYA:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam piuk KECUALI butter & kacau hingga sebati. Dah cantek tu baru letak atas api.
  2. Masak hingga pekat dengan menggunakan api kecik je tau & pastikan adunan dikacau sentiasa untuk elak hangus. Uji adunan dengan belakang sudu dengan cara celupkan belakang sudu pada adunan. Jika adunan melekat nipis pada sudu, sila padamkan api. dan jangan lari! Cepat2 tuang dalam mangkuk kerana adunan masih panas dan boleh menyebabkan hangus.
  3. Tutup permukaan adunan dengan plastik. & sejukkan sekurang kurangnya selama 2jam.
  4. Masukkan butter ke dalam bekas berisi adunan yang telah disejukkan tadi. dan pukul hingga sebati.


(Bahan topping)
100gm Almond slice (bakar atau goreng tanpa minyak hingga keperang perangan.)


CARA NAK PASANG:
  1. Ambil 1 lapisan kek dan sapukan sedikit air gula pada permukaan kek.
  2. Tuang 1/3 krim atas permukaan kek.
  3. Ambil 1 lagi kek dan sapukan sedikit air gula pada permukaan kek.
  4. Tutup keseluruhan kek dengan baki krim yang ada.
  5. Tabur almond slice yang telah dibakar hingga menutupi keseluruhan kek. 
  6. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.

Notakaki saiz tujuh:
Saya tak boh pun air gula sebab nanti maneh sangat... tak suka!

TADAAAAA...!!! Jemput telan ayorliur ye!   


Signature

Jumaat, 7 Februari 2020

Resepi: Puding Pisang Raja

Jumaat, Februari 07, 2020 10 Comments


Nampaknya semakin lama semakin banyak lak habuk dalam ni kan heheh... jadik marilah kita turunkan ilmu cemana nak wat puding pisang raja yang simple tapi sedap ni supaya nuffnang tak marah saya, ahaks!


Ekcelli resepi ni colleague saya yang bagi dan dari kali pertama rasa memang terus masuk dalam senarai peberet selamanya! Jom tengok apa bahan-bahannya dan cemana cara nak membuatnya:


Bahan-bahan:
  • Pisang raja yang dah masak sesikat
  • 1 tin susu cair (nak kuah banyak tambah la lagi tau)
  • 1 sudu gula
  • 2 sudu tepung kastard
  • Sedikit badam/ kacang yang digoreng tanpa minyak 

Cara membuatnya:


Hiris pisang kepada tiga bahagian setiap sebiji. Kalau suka tebal belah dua aje. Pastu goreng pisang ni semua dalam kuali yang dah dibubuh sedikit butter. 

...Eh tetiba jadi pertambahan umat pisang ni kan? Hahaha....

Bila dah kekuningan, angkat dan susun dalam bekas. Ikut suka koranglah nak bubuh dalam bekas macamana pun. Saya suka bubuh dalam bekas banyak-banyak cenggini supaya time nak makan boleh amek satu bekas terus ngap! 

Sekarang masa untuk buat kuah dia. Campurkan gula, tepung kastard & susu cair dan panaskan perlahan-lahan dalam periuk. Kacau selalu tau sebab tepung kastard senang melekat dan hangus kat bawah. 

Bila tengok bancuhan tu dah likat, bolehlah tutup api dan tuang atas pisang tadi. 
Akhir sekali, taburkan hirisan badam atau kacang kat atasnya. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang dua jam. Lepas tu tunggu apa lagi, jemputlah makan!


Signature
Follow Me at flickr! .