Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Jumaat, 3 April 2020

Resepi: Kek Keju 3 Bahan



Bertabahlah nak. Nampaknya sepanjang tempoh PKP ni balik-balik entri resepi jelah kan. Ate takkan la nak cite kisah jadik ketua keluarga interim, jadi amah, jadi cikgu interim Rayyan bagai semua tu, kan? Ok... jadi hari ni saya nak kongsi resepi kek keju tiga bahan yang viral tu. Memang senang je membuatnya dan bahan pun tiga ketui je jadi tiada alasan mengorder ye! Sila salin dan jangan larik!

kredit to: Nurul Ain Ridzwan dari Rasa.my

BAHAN-BAHAN:
120gm krimcis
120gm susu pekat
3 biji telur


CARA MEMBUATNYA:

 
 Okeh memula asingkan telur putih dengan telur kuning. Putih telur tu pukul sampai kembang. Dalam bekas yang lain pukul sekali telur kuning, krimcis dan susu pekat sampai sebati. 

Ingat eh, tips supaya putih telur kembang cantik ialah
JANGAN TERCAMPUR LANSUNG DENGAN KUNING TELUR dan
JANGAN KENA AIR WALAU SETITIK PUN!

Okeh dah siap dua-dua adunan, bolehlah campurkan mereka dan kaup balik guna spatula perlahan-lahan sampai sebati.


Panaskan oven 180 darjah celsius. Tuangkan adunan tu dalam loyang yang dah disapu minyak atau butter kat sekelilingnya dan alas dengan kertas minyak. Bakar guna kaedah 'bain-marie' atau double boiler selama 1 jam atau lebih bergantung kepada kesesuaian oven korang ye.


Bila dah masak, sejukkan dan simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya sehari semalam baru potong ye. Kalau tidak nanti habis buruk rupa kek tu sebab dia sangatlah lembut. Lepas tu boleh la hias dengan gula ising, serbuk milo, serbuk kopi (jadik tiramisu) atau kalau nak advance sket lagi bubuh jem strawberry atau chocolate ganache.


Yang ni saya tabur serbuk milo sebagai topping... pun sedap jugak. Ini kek yang kedua saya kena buat dalam masa selang sehari sebab nampaknya kek ni bukan saja jadi rebutan budak-budak tapi apak depa jugak, huhihuuuu...  


Signature

3 ulasan:

  1. cantiknya gambar awak! suka! dan nampak sedap kek keju tu...

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Nowadays burnt cheesecake pun orang buat dalam airfryer so maknanya ada kemungkinan besar kek ni pun boleh sumbat dalam tu hehe... tapi kalau tu pun takde nohal lah, meh saya buatkan!

      Padam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .