Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Isnin, 13 April 2020

Resepi: Apam Balik senang giler!



Bila dapat tau tahun ni takdok paramkan, mula la dok terbayang encik apam balik, murtabak, popia basah, air laicikang adehhhh.... Dek kerana desakan napsu yang amat sangat nak makan apam balik, maka saya pun gugel gugel la carik resepi dan terjumpa resepi dari Ummi Ja ni. Seriously, bila dah cuba buat rupenya senang ya amat je pun nak membuatnya. Jadi meh la cube sesama...



Bahan-bahan adunan:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 biji telur
Secubit garam
1 sudu teh soda bikarbonat


Bahan tabur:
Kacang tanah (goreng tanpa minyak dan blend kasar)
Jagung manis dalam tin
Gula halus
Margerin


Cara-cara membuatnya:

Masukkan semua bahan-bahan adunan dan blend sampai sebati. Pastu tunggu lebih kurang 15-30 minit supaya adunan kembang. Sementara tu, oleskan permukaan kuali dengan margerin dan buka api. Sebaiknya guna kuali yang tak melekat ye. Kalau idok jenuh merodok tepung kang ajaja...


Tuang adunan dalam kuali dan ratakan. Ikut la nak boh berapa senduk ikut ketebalan yang korang nak. Api jangan kecik dan jangan beso ngat ye. Biar jap sampai nampak permukaan dia gelembung-gelembung macam kawah bulan tu, baru tabur gula, kacang, jagung dan margerin. Bila nampak gula dah hancur dah boleh lipat dan angkat. Siap!

Ni size kuih doraemon masa pestaim buat.

Ni kali kedua buat dah maleh nak berdiri lama so buat yang beso terus hehe...

See? Senangkan? Adunan ni boleh buat 15 keping apam balik kalau saya guna kuali kecik ala kuih doraemon tu tapi kalau saya guna kuali yang besar, saya dapat 4 keping. Tepung dia kalau tak abes boleh je simpan dalam fridge. Nanti bila nak masak lagi, keluarkan je kat suhu bilik dah boleh terus berlagak jadi penjual apam balik semula okay! Cubaaa jangan tak cubaaa...!


TIPS NAK SEDAP
Jangan kedekut gula!!!


Signature

10 ulasan:

  1. sedapnya apam balik..ada tgk gk resepinya tp blum cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubelah! Memang rasa macam beli kat paso malam hehe...

      Padam
  2. Mcm best je apam balik ko deeb.. Mai nak trylah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sile sile.. kalau jadik cemerlang hantar Sg Buloh haha!

      Padam
  3. Cantik kejadian apam balik dia. Mudah memang mudah, kena tunggu rajin baru boleh buat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul betul betul! Saya kalau encek 'M' beso dok dalam itu kapla pun tak buat jugak! Hajaja...!

      Padam
  4. i like the one yg mini and crunchy dekat pasar tani tu. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeay kita same!. Jangan borong habes ye bila pi pasar tani tu. Tinggalkan untuk saya juge hiuhiu...

      Padam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .