Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Isnin, 5 September 2016

Resepi: Daging Salai Masak Lomak Cili Api

Isnin, September 05, 2016 0 Comments




Punyalah bersawangnya blog ni kan? Hagaga... jadi mari kita penuhkan dengan resepi ye anak-anak!

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan utama :
1 kg daging salai
15 biji belimbing buluh (saya hiris nipis sebab tak tahan masam makan sejibik hehe...)
4 batang serai dititik
Semangkuk santan segar
3 keping asam gelugor

Bahan-bahan kisar :
4 ulas bawang merah
Segenggam cili padi kampung (saya tak kisar sebab budak-budak tak tahan podeh!)
1 inci belacan (saya tak bubuh)
1 inci halia
2 inci kunyit hidup (takde pulak kat dapo jadi saya ganti dengan kunyit serbuk aje!)


Cara Penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk berserta daging salai dan renih sebentar sambil digaul dengan sudip.
  2. Tuangkan santan kedalam periuk bersama serai dan asam keping. Sentiasa kacau
  3. Bubuh garam dan serbuk perasa jika suka.
  4. Apabila mendidih, masukkan pula belimbing dan kacau rata. Masak diatas api perlahan sehingga belimbing lembut.


Dah siap, ape tunggu lagi! Jom makan!





Signature

Selasa, 22 Disember 2015

Resepi: Bubur Asyura Penang Mari!

Selasa, Disember 22, 2015 5 Comments


Korang tau kan biasanya bubur asyura ni orang buat time bila? Yaaaaaaa.. bila hari Asyura- iaitu kira-kira bulan Oktober untuk tahun ni yeitu tahun 2015. Jadi silelah perasan bahawa entri ni sebenarnya dah lama giler ku peram, kan? Haha...

Taktaulah cemana idea nak buat bubur asyura ni boleh muncul. Tetiba je kan, kiteorang mak-mak grup outing ni boleh terplan, tersediakan bahan, terdatang tolong dan termasak haha...。゚(TヮT)゚。Okeh, jom kite tengok resepi dia dulu!



Bahan-bahannya:
300 gm. kacang tanah
300 gm. kacang merah
300 gm. biji sagu (kiteorang tak bubuh)
300 gm. kacang hijau
3 ketul ubi keledek merah atau kuning
6 batang jagung mentah / 1 tin jagung
1 ikat pisang raja yang masak
4 helai daun pandan
300 gm.biji gandum (gandum untuk dibuat bubur) (Kiteorang guna kacang dhal)
100 gm gula melaka / gula kabung
200 gm. gula putih
500 gm pati santan (2 biji kelapa diambil santan nya)
Garam secukup rasa 


*resepi kredit Blog Tok Wan


Sekarang meh tengok cara-cara membuatnya!

Memula kacang merah, kacang hijau, biji gandum (kiteorang ganti dengan kacang dhal) dan keledek- korang rebus sampai empuk. Dalam periuk lain, masukkan gula putih, gula kabung atau gula melaka, garam, daun pandan dan santan. Masak adunan ni sampai bertukar warna macam di atas nun.

Bila dah nampak pekat, campak masuk semua kacang yang direbus tadi- kacang merah...
 
..kacang hijau... fuhh laju betui depa kacau hehe...

... kacang tanah dan semua kekacang ye.

Kacau lagik sampai pekat lagi sikit, baru masukkan bahan-bahan yang lembut macam jagung, pisang dan keledek.
Bila korang tengok adunan dah agak-agak kental, bolehlah brenti masak. Tunggu sejuk jap lepas tu cedok bubuh dalam bekas.

Yummeh nyaaaaaa.....!!!! Kalau buat kat rumah dah cedok masuk mulut je nih! Agaga...!
Okeh, bubur asyura versi penang dah masak... skang cedok bubur asyura versi perak pulak hehe... Ni tuan umah saje je buat sebab kami baik mihihiii... (*´▽`*)
Hat ni pun sodap! Yang ni guna kekacang tadi gak tapi beza hat ni guna nasi!

Sementara tunggu sejuk berebut menyicah pelam haha...
 
Seronoknya masak reramai cenggini kan? Weh korang bila nak on dapo lagik nih! Hehe...!


Signature

Rabu, 28 Oktober 2015

Resepi: Baklava

Rabu, Oktober 28, 2015 2 Comments


Pernah dengar manisan dari negara Turki ni tak? Saya pun sebenarnya tak pernah tau pun kewujudan benda sedap ni. Ntah cemana haritu semasa sessi menggugel tetiba tersampai ke satu page resepi dia. Nampak cam sedap so saya terailah hee...


Bahan-bahan dia tak banyak dan nak buat dia pun senang yang hamat. Meh saya tunjukkan follow dari resepi ChefGunaWanMalaysia: -


Bahan-bahan untuk filling baklava :
  • 2 cawan walnut + pistachio + almond dikisar medium fine ( separuh halus tau..nak kasar pun boleh juge.. ) *Saya malas jadi saya guna cocktail mixed nuts macam gambo di atas ni je hehe...
  • 8 sudu besar gula pasir 
  • 1/2 cawan air Bunga Mawar, kalau tak ade boleh guna sedikit essen rose.... *saya guna serbuk kayu maneh
  • 1 packet fillo pastry *saya guna kulit popiah segera je
  • 250 gm melted unsalted butter/ margerine ( kalau tak ade jugak boleh guna minyak masak atau minyak zaitun ) 

Cara membuat baklava:
  1. Sapukan unsulted butter pada loyang ( bie guna guna 12 x 12 " , ikut suke korang nak kecil atau nak lagi lebar..)
  2. Letak satu / sehelai lapisan fillo ke atas loyang .
  3. Kemudian sapukan fillo 1 dgn melted butter/ marjerin
  4. Lepas tu, Lapiskan lagi fillo pastry no.2 ke atas lapisan fillo no.1 yg telah siap disapu butter tadi..
  5. Korang perlu lah mengulang langkah ini sampai lebih kurang 18-20 helai.amacam penat tak?iskh benda baik dan sedap..kena lah sabar membuatnye..okay..
  6. Part ni agak penting, tuangkan adunan kacang td di atas fillo pastry yang telah hampir 20 helai disapu butter, ratakan adunan kacang..kasi cun tau..padat sikit..baru besh..
  7. Ulang balik langkah melapis fillo pastry, jangan lupa sapukan butter sampai fillo habis...
  8. Potong baklava straight / serong / atau ikut suke korang...
  9. Bakar 180C lebih kurang 30- 45 min.

Setelah dibakar & potong, masak gula 1/2 cawan bersama air 1/2 cawan + sedikit air rose @ esen rose masak hingga bubble... jangan sampai jadi karamel. Kemudian..gunakan stener atau sudu.. tuangkan atas baklava yg telah dibakar dan dipotong..pastikan meresap...

Credit: Resepigunawanmalaysia.blogspot.my

Notakaki Saiz Tujuh:
Hee sori chef! Kena guna gambo chef sebab lepas masak makan tak hengat. Dah licin baru terperasan tak amek gambo lagi hagaga...!


Signature

Jumaat, 8 Mei 2015

Resepi: Nasi Goreng Berempah & Sotong Rangup

Jumaat, Mei 08, 2015 2 Comments

 

Nasi goreng ni sebenarnya mak saya yang cipta. Dia cedok tang mana tak tau la tapi nak kabo, walaupun dia omputeh tapi bab kari, nin dia... cengginiiii... memang champion! Toksah cong la kata dia pi kelas belajar. Dia belaja pun sampai darjah tujuh jek (wujud wei darjah tujuh, la ni dah takde) tetiba jepun serang Malaya. Jadi bila Jepun dah balik negeri, dia amek upah jaga anak India pekerja kebun kelapa sawit. Nak jadik cita dua badik ni len takmo makan kecuali kari jadi mak saya pun gigih la menuntut ngan mak depa masak kari sampai la terer hingga ke hari ini. Ate kalau dah hari-hari masak kari mana tak sandang title champion huhu... eh! Panjang pulak intro ngeh,ngeh.. Ekcellikan,  bukan je kari, tapi semua makanan yang based kari semua dia tererlah termasuk pajeri mangga, nenas, *adeh menitik dah airlior!*  nasi goreng berempah ni, ayam goreng rempah dan sewaktu dengannya. Jadi hari ni meh saya turunkan ilmu buat nasi goreng ni kat korang eh!

Bahannya: -
2 pot nasi putih
2 ulas bawang merah- ditumbuk
1 ulas bawang putih- ditumbuk
1 sudu besar serbuk kari bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes
1 tangkai daun kari
2 biji telur
Sotong/ udang/ isi ayam/ daging (ikut suka)
2 batang kacang panjang dihiris nipis
sedikit butter untuk menumis
garam dan serbuk perasa


Caranya: -

  1. Cairkan butter dan tumiskan bawang. Bila dah kekuningan, masukkan daun kari dan pes kari. Kacau dan biarkan sampai garing sikit.
  2. Kendian masukkan telur dan kacau sampai masak. Masukkan sotong/ udang/ ayam/ daging, kacang panjang dan nasi. Gaul rata. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.


Kali ni saya tak campurkan sotong dalam nasi sebab tetiba teringat makan sotong rangup kat restoran  sini dulu jadi goreng dia asing. Saya cuma celup depa dalam putih telur dan salut dengan tepung goreng kentucky aje. Lepas goreng baru saya campurkan dalam nasi. Krup, krap wehhhh!



  Signature

Jumaat, 17 April 2015

Resepi: Pulut Mangga Noxxa

Jumaat, April 17, 2015 5 Comments


Jenis operasi: High Pressure & Warm/Reheat
Durasi: 12 minit


Benda yang paling saya nyampah sekali bila masak pulut,kan yelah: -
1) Bila bukak penutup tu nanti semua wap naik kat muka
2) Air menitik-nitik kat penutup periuk
3) Paneh! Hehe...

Tapi kan guna periuk Noxxa ni, senanglah yang amat. Tiada lagi wap kena muka, air pun takde menitik-nitik berebut nak basahkan kuih, lantai dan dapo dan semestinya ketiak pun tak masyem harhar! Tak caya meh saya ajor caner.

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut susu- takyah rendam
2 cawan air (atau paras pulut sahaja)
1/2 cawan pati santan
1 helai daun pandan
Sedikit garam
450gm santan
6 sudu besar gula
3 sudu kecil gula
6 sudu kecil tepung jagung
2 sudu kecil tepung beras

Cara-caranya: -

  1. Masukkan pulut dalam periuk, tambah air, daun pandan dan garam. Tutup penutup dan setkan tombol kepada 'pressure'. Set butang 'high pressure' selama 6 minit serta tekan 'On'. Bila dah bunyik tit tit maka lepaskan tekanan.
  2. Panaskan santan dengan 3 sudu gula sampai santan seakan-akan keluar minyak. Tuang sikit demi sikit santan ni dalam pulut tadi sambil kacau rata. Berhenti sebelum pulut nampak macam nak jadi lembik atau basah. Dia sepatutnya sedang-sedang aja, tak lembik dan tak keras.
  3. Tutup semula periuk dan tekan butang 'Warm/Reheat' selama 6 minit. Selepas tu bolehlah tekan butang 'off' dan hidang di atas pinggan.
  4. (Untuk membuat sosnya) Baki santan yang masukk dalam pulut tadi tu, letakkan semula di atas api dan tambah 6 sudu besar gula. Kacau sebati dan last sekali masukkan tepung jagung dan tepung beras. kacau sampai sebati.
  5. Last sekali, potong je mangga dan letakkan dalam pinggan pulut tadi dan tuangkan sos ke atasnya. Melelehhhhhhh you!


NOTAKAKI SAIZ TUJUH: 
Bagi yang berminat nak dapatkan piuk serbaguna Noxxa ni dari saya, bolehlah SMS/Whatsapp/Telegram saya kat (016) 2290.444 ye! Kalau korang nak bayo secara ansuran pun saya terima apetah lagi kalau bayo cash! Heee... Owh ye, sesapa yang buat pembelian melalui saya, saya akan bagi kompilasi resepi menggunakan periuk Noxxa PERCUMA!

Signature

Rabu, 18 Mac 2015

Resepi: Nasi Daging Istimewa Noxxa

Rabu, Mac 18, 2015 10 Comments


JENIS OPERASI: Stir fry & high pressure
Durasi: 1 jam

Nasi daging ni kan sesuai sangat kalau korang malas nak masak lauk sebab lauk dia masuk sekali dalam nasi. So lepas masukkan nasik dalam periuk Noxxa ni dia automatik masak so korang bolehlah gi berjimba hehe... Jom kite kaji bahan-bahannya dulu ye!

Bahan-bahan:
2 cawan beras basmathi- rendam 1/2 jam dan toskan
1 1/2 cawan air rebusan daging/ air+ 1/2 ketul kiub daging
1/2 cawan susu cair
300gm daging- potong dadu
1 labu bawang besar- hiris
2 ulas bawang putih- hiris
1/2 inci halia- mayang halus
1/2 sudu kecil jintan manis biji
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 kulit kayu manis
1 helai daun bay
1 sudu besar kismis- cincang halus
Sedikit kunyit dan garam
Minyak jagung/ sapi

Caranya: -

1) Tekan butang STIR FRY dan tekan ON. Panaskan minyak. Masukkan bawang, bunga lawang, pelaga, kayu manis, halia dan kayu manis. Bila wangi masukkan daging dan jintan manis. Kacau sekejap dan tekan butang OFF. Tutup penutup dan halakan tombol kepada PRESSURE. Setkan butang HIGH PRESSURE selama 40 minit dan tekan butang ON. Sementara tu boleh gi mandi ye agaga....

2) Bila dia dah berbunyik tit tit tu maknanya dah masak la tu. Tekan butang OFF dan bebaskan tekanan pada tombol. Masukkan air, susu cair, garam, kunyit, kismis dan beras. Tutup penutup dan halakan tombol kepada PRESSURE. Setkan butang HIGH PRESSURE selama 7 minit dan tekan ON. Selepas 7 minit dia akan berbunyik tit tit lagi menandakan nasik dah siap! Bebaskan tombol tekanan dan biarkan selama 5 minit. Lepas tu hidanglah! Senangkan!
Daging ni saya tak masuk sekali dalam nasi sebab budak-budak nak makan daging blackpepper. kalau korang nak buat macam ni, korang cuma mulakan langkah memasak dengan melembutkan daging guna HIGH PRESSURE selama 40 minit. Keluarkan dan gunakan airnya untuk memasak nasi ikut step di atas tadi. Cuma waktu untuk memasak nasi tadi (Step 1) bolehlah reduce kepada 10 minit saja, okeh!

NOTAKAKI SAIZ TUJUH: Bagi yang berminat nak dapatkan piuk serbaguna Noxxa ni dari saya, bolehlah SMS/Whatsapp/Telegram saya kat (016) 2290.444 ye! Kalau korang nak bayo secara ansuran pun saya terima apetah lagi kalau bayo cash! Heee... Owh ye, sesapa yang buat pembelian melalui saya, saya akan bagi kompilasi resepi menggunakan periuk Noxxa PERCUMA! Yeay!



Signature

Selasa, 3 Mac 2015

Resepi: Apam Pisang Kukus

Selasa, Mac 03, 2015 5 Comments


Memulakan, rasa macam tak yakin ngat betul ke kalau masak dalam piuk Noxxa ni boleh menjadik kann..? Kalau bab nak bagi lembut daging guna high pressure tu rasa macam memang logik la tapi boleh meh nak masak lain guna dia? So saya cube eksperimen buat apam pisang kukus sebab nampak gambo dia macam mengecurkan! Meh kaji bahan-bahannya dulu: -


Bahannya: -

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan minyak jagung
  • 1/4 cawan gula perang
  • 1/2 cawan pisang emas- dilanyak lenyek
  • Secubit garam


Sekarang kite pergi ke cara membuatnya!

Campurkan gula, minyak dan telur dalam mangkuk dan pukul sampai kembang dan sebati. Saya takut jari rosak jari saya pakai mixer je bhawawa... Last sekali masukkan tepung dan gaul sampai dia sebati. Okeh ready dah!
Tuang dalam acuan yang boleh muat periuk Noxxa tu. Sementara tu masukkan air ke dalam periuk pada paras 1/5. Letakkan rak besi dan acuan berisi adunan tadi kat atasnya. Tutup penutup dan setkan tombol pada tudung kat 'STEAM' dan set butang steam selama 12 minit. Tekan butang ON. Kalau tak ON jenuh sampai subuh pun tak masak lagi kihkih...

Bila dia dah berbunyik tit tit tu, tekan butang OFF. Biarkan apam pisang dok dalam piuk tu untuk 3 minit lepas tu baru keluarkan untuk dimamam! Loh! Senangnya!

TIPS: MIL saya pernah berpesan, kalau nakkan kaler apam ke, kek ke jadik gelap, jadikan gula perang tu gula hangus dulu tau!


NOTAKAKI SAIZ TUJUH:
Bagi yang berminat nak dapatkan piuk serbaguna Noxxa ni dari saya, bolehlah SMS/Whatsapp/Telegram saya kat (016) 2290.444 ye! Kalau korang nak bayo secara ansuran pun saya terima apetah lagi kalau bayo cash! Heee... Owh ye, sesapa yang buat pembelian melalui saya, saya akan bagi kompilasi resepi menggunakan periuk Noxxa PERCUMA! Yeay!


Signature

Selasa, 24 Februari 2015

D.A: Kambing Bakar Noxxa & Salad siap in 15 min jek!

Selasa, Februari 24, 2015 23 Comments


DURASI: 15 minit
OPERASI: High Pressure


Lama dah tak buat resepi atkins kan? Har har... keje asek cheating aje pastu bising bile nak kuruih. Sabo jelah kepada diri sendirik! Makanya harini meh la kite bertaubat sekejap ye. Resepi kambing ni ekcelli dulu dah post tapi kali ni saya pakai piuk Noxxa jadi cara masak dia lain le sikit. Lebih senang dan cepat sebenarnya dari masak atas dapo. Nak baca resepi dulu tu klik sini. Tamau kalu, sambung baca hehe... Meh tengok bahan-bahannya dulu: -


Bahan-bahan perapan kambing:
  • 6 potong daging kambing
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1 inci halia (ditumbuk halus)
  • 3 sudu sos tiram
  • 3 sudu kicap manis
  • 3 sudu madu 
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
Caranya:
  1. Masukkan kesemua daging kambing ke dalam piuk Noxxa dan tutup rapat. Setkan tombol pada Pressure dan tekan button High Pressure pada piuk tu. Masukkan masa selama 7 minit sahajer.
  2. Tunggu dia bunyik tit tit... haa dah masak le tu maknanye. Korang lepaskan tombol pressure untuk kuarkan tekanan dan bolehlah hidang ngeh, ngeh... cepat sungguh kan?
Skang bahan salad plak. Tengok gamba je aci tak? Hagaga... malas no ko nak menaip ye? Tapi nak menabung nuffnang kononnya kahkah. Yelah, yelah... nin dia bahan-bahannya: -
  • Setengah labu bawang bosa dihiris nipis
  • Sebijik dua tomato potong dadu
  • Sedikit daun salad dikoyak-koyak je
  • Sedikit daun ketumbar dicincang
  • Sebatang timun jopun dihiris nipis
  • Sebijik cili benggala. Omputeh kata capsicum. Cincang je beliau.
  • Ubi 3 ketul rebus dulu lepas tu potong dadu (in case korang atkiners fasa 1, silelah abaikan ubi ni ye)
  • Mayonis kimball (0 carb) / kewpie ikut bape banyak nak bubuh
  • Sedikit garam

Caranya: -
Masukkan kesemuanya ke dalam bekas dan gaulkan. Huk aloh senangnya!
Tunggu ape lagi? Marilah sappede! Ngeh, ngeh....


Notakaki Saiz Tujuh:
Saya boleh tolong dapatkan periuk Noxxa ni kalau korang berminatWhatsapp/ telegram saya kat (016) 2290.444 ye.Boleh beli by cash, ansuran pun boley!
Signature
Follow Me at flickr! .