Punyalah bersawangnya blog ni kan? Hagaga... jadi mari kita penuhkan dengan resepi ye anak-anak!
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan utama :
1 kg daging salai
15 biji belimbing buluh (saya hiris nipis sebab tak tahan masam makan sejibik hehe...)
4 batang serai dititik
Semangkuk santan segar
3 keping asam gelugor
1 kg daging salai
15 biji belimbing buluh (saya hiris nipis sebab tak tahan masam makan sejibik hehe...)
4 batang serai dititik
Semangkuk santan segar
3 keping asam gelugor
Bahan-bahan kisar :
4 ulas bawang merah
Segenggam cili padi kampung (saya tak kisar sebab budak-budak tak tahan podeh!)
1 inci belacan (saya tak bubuh)
1 inci halia
2 inci kunyit hidup (takde pulak kat dapo jadi saya ganti dengan kunyit serbuk aje!)
Cara Penyediaan:

- Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk berserta daging salai dan renih sebentar sambil digaul dengan sudip.
- Tuangkan santan kedalam periuk bersama serai dan asam keping. Sentiasa kacau
- Bubuh garam dan serbuk perasa jika suka.
- Apabila mendidih, masukkan pula belimbing dan kacau rata. Masak diatas api perlahan sehingga belimbing lembut.
Dah siap, ape tunggu lagi! Jom makan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!