Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Rabu, 17 Februari 2016

JJCM: Boat Noodle Chef



RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstarstar

Meh nak kongsi satu tempat makan baru kat dalam Saujana Utama, Sg Buloh nih. Kedai makan ni sebenarnya dibuat di rumah jadi memang berada dalam kawasan perumahan la kan. Nak jadik cite, kedai makan ni terletak di laluan saya hantar dan amek bebudak sekolah tiap hari jadik sehari ampat kali saya kena telan ayorliur bila lalu depan kedai nih. Korang bleh bayangkan tak betapa terseksanya keimananku di situ harhar...  (。◝‿◜。) Meh kite tengok apa yang ada kat Boat Noodle Chef ni!

Ni Tomyam Chef Noodle. Sedap! Sape minat tomyam mesti suke!

Ni namanya Thn'g Noodle- my peberet! Sup dia lite sangat.

Pulut mangga yang terbaek di alam semesta! 

Ni nasi dengan ayam masak Thai ke apa namanya hehe... Sedap gak. Mengingatkan pada rendang samah mak saya! Huhi...

Selain dari ni, ade menu lain jugak tapi saya belum try macam kat bawah ni: -

Harga dia adalah wayyyyyyyy to cheap berbanding kesedapan yang tidak terhingga itu okeh!Tapi saya cedih cikit sebab kali kedua saya pi sana dengan harapan nak try pumpkin custard, balik umah tengok dalam plastik custard tu takdok, depa lupa letak..sob,sob.. Tapi takpa lah redha, redha.. takdok rezeki tu namanya!

Giler tempting! O(≧▽≦)O

Okeh, so sesapa yang berhajat nak rasa tu meh la singgah ke Jalan Cemara 7  dan bukak mata luas-luas untuk banner kat atas ni ye. Waktu operasi ialah pukui 12:00 tengahari sampai 10:00 malam. Kalau korang nak tau, semua menu ni dimasak oleh Chef Radzi sundrik so rasanya memanglah kaw kaw! Heheh... Boleh gak tengok FB depa kat sini dan jugak kalau nak berkenalan dengan Chef Radzi yang pandai masak ni boleh cekidaut kat FB beliau di sini!

Alamak, tak tahan tengok pulut mangga tu. Jom start kete! o(〃^▽^〃)o

Signature

2 ulasan:

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .