Monday, December 16, 2013

Home » , , » D.A: Menu Lunch/Dinner 6

D.A: Menu Lunch/Dinner 6



Sebelum korang baca sampai menitik-nitik airliur *haha* adalah penting untuk mak bagitau yang menu ni hanya sesuai untuk mereka yang dah dapat berat ideal cam saya dan makan sekali-sekala je *atau lebih tepat sebulan atau dua bulan sekali hiu hiu* tau... sebabnya menu ni mengandungi kandungan gula dalam rempah perapan so bagi yang baru-baru nak mulakan atkins tu- TOLONG JANGAN MAKAN INI! Thee...


Bahan-bahannya: -

Daging lembu/ kambing sukeatilah nak berapa banyak pun hehe...
Rempah Madu Kambing Istimewa Fiza (sile beli dengan tokeinya kat sini)
Bawang besar
Sayur salad
Timun jepun
Tomato dipotong dadu
Sedikit mayonis
Garam
Lada sulah
Bawang goreng
Daun sup & daun bawang seadanya



Caranya: -

  1. Lembutkan daging menggunakan pressure cooker selama 30 minit dan toskan. Airnya toksah buang. Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta perasakan dengan garam. Dah jadik sup hehe...
  2. Daging tu kendian korang perap selama 1 jam atau lebih lagi mantap rasanya. Bila tiba masa nak panggang, lumur lagi sikit rempah kasik lagi sedap hehe... Pastu gunakan periuk pemanggang ajaib untuk memanggang. Tayah guna minyak yang banyak kalau korang guna pemanggang ni sebab kalau korang tak boh minyak pun dia tak melekat dan dia masak sekata juga. Cuma kite bubuhkan seoles minyak zaitun supaya bagi garing dan lembab sket je ok.
  3. Bila dah nampak garing kedua-dua belah bolehlah diangkat dan hiris nipis-nipis. So korang akan dapat garing di luar dan lembut di dalam! Hee...
  4. Untuk salad pulak macam biasa, cuma campurkan kesemua ssayur tu dan gaulkan dengan sedikit mayonis dan garam serta lada sulah sampai korang rasa puas hati. Apa lagi? Makanlah! ;P


Signature Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket