Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Rabu, 27 April 2011

Review: Le Petit de Dapo, Prima Sri Gombak, Selangor


RATING
Service: starstar
Food: starstar


Takde plan pun sebenarnya aku ngan Aju nak pergi makan kat sini pada mulanya tapi since hari tu cari punya cari kedai makan yang nampak menarik takde plak. Tetiba ternampak lak kedai makan ni so kiteorang pun redah ajelah. First impression kedai ni memang memang sungguh menarik perhatian la sebab dekorasi dia adalah sangat cantik. Dengan tema merah dan hitam, ada sofa dan kerusi meja yang bold, waaa... :16: rase seronok betul dok dalam restoran ni. So skang kite order plak nak tau dia punye masakan caner, :23: k! Haritu aku order mee goreng sotong dan Aju order set nasi putih dia yang ada telur dadar, ulam dan tomyam. Okeh, skang sampai part yang tak berape besh :41: hehe. Mintak maaplah ye pada ownernya, ini pendapat peribadi je :11: .



First, aku tak tau nape kiteorang kene tunggu lama sangat nak dapatkan order kiteorang. Rasanya kiteorang order pukul 1.15 pm tapi sampai ke meja sejam selepas itu:01:. Nak kata orang ramai, hmmm... tak gak ramai. Mungkin agaknya sebab kami pegi hari Jumaat taim org tengah solat kot sampai dia kekurangan tukang masak. Sebab kalau setakat masak mee goreng ngan telur dadar dan tomyam, rasanya tak la sampai sejam kot? :22: Ngeh, ngeh...




Okeh, sekarang masuk bab rasanya pulak. Mee goreng aku tu rasanya tak berapa perfect kot sebab cam terlebih kicap je. Tapi kalau itu memang resepinya, aim soriiii....! :08: Yang menyelamatkan mee tu rasanya sotong tu kot sebab dia sangat rangup dan best. Aju punye tomyam pun aku sempat rasa. Aju ngan aku sependapat mengatakan sup itu adalah tidak power. Oh ye, kiteorang ade tapaukan Nasi Goreng Kampung untuk Kak Wan yang kelaparan kat opis. Opsss, sori lagi sekali, dia kate nasi tu pun tak menepati piawaian. :20: Demmm!


Hmmm, so... terpulanglah kat korang ye. Itu pendapat 3 molot yang makan dan overall kiteorang bertiga berpendapat tak berapa la tapi hopefully lepas ni restoran tu buat sesuatu ntuk improvise sebab harga dia boleh tahan gak so better la harga tu setanding ngan kualitinya, kan! Kalau korang nak cuba sendiri, jom la singgah ke sini dan rasai sendiri. Maybe korang bleh komen post ni lepas mencuba pulak! Mana tau dorang dah improvise, kan? Bagus jugak kalau kite update!

:08:

2 ulasan:

  1. Tulah memula ingat nak pegi sane tp member ckp kwn dia pernah makan situ dan ianya tak best. So pilihlah tempat ni since dah takde pilihan huhuuu...

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .