Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Selasa, 12 April 2011

Resepi: Red Velvet Cake


Jangan marahhhh... punyelah lama tak update (lama kew? celebrate hahaa...) Mana taknye, dah seminggu lebih dah stimik kat umah tu wathal. Rasanya TMHelpdesk punye operator tu pun dah muak asek nama aku je yang tepon dorang tanye status report, haha. Naseblahkan... aku as a pengguna kene la wat camtukan... topi nama pun pengguna.

Okeh kali ni aku nak share resepi satu kek yang tengah jadik kegilaan ramai skang ni yeitu kek Red Velvet. Juga dikenali sebagai kek orang kaya atau kek mewah tapi ape sebab dipanggey gituh, aku lom sempat kaji lagik sengihnampakgigi. Yelah, yelahhh.. tauuu... korang heran tetiba jek nak kongsi resepikan? Hehe... bagi yang baru jek pollow blog aku ni, bior teman bagitau ye. Sebelum ni
teman ni meniaga jual kek ngan mapin online tapi skang dah malas pencen. Alkisahnya ramai la ex-customer teman yang asek mintak resepi itulah, inilah.. So wat permulaan, inilah resepi teman yang pertama ya. Insyaallah kalau rajin ada masa nanti akan muncul resepi-resepi yang lain pulok. sengihnampakgigi Tungguuuu....

Okeh, ekcelli kek ni taknah pun wat mase meniaga dulupun ihikhik! Tapi rase cam excited plak sebab tengok ramai nau yang membuatnya so nak cuba gaklah. Resepi ni di test drive dari blog Hana tapi aku dah alter sket ikut citerase aku seperti di bawah: -


Bahan-bahannya:
Bahan Kek
  • 250g tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko (bahan * ayak)
  • 113g @ 1/2 cawan butter (aku guna buttercup)
  • 250g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A - Aku pakai 2 biji size L
  • 1sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
  • 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat

Cream Cheese Frosting227g cream cheese
  • 227 mascarpone - aku guna cream cheese gak same cam Hana
  • 115g @ 1 cawan gula kastor - aku ganti ngan gula icing
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream
  • hana tambah susu segar sedikit utk bagi frosting tu lembut tapi aku tak bubuh.

PENTING: Pastikan korang putar sume ni guna method ais kat bawah. Caranya, bekas yg ade isi krim letak di atas sebuah bekas lain yang diisi air+ais supaya krim tu menten sejuk.
(Ni aku tambah sebab since Hana ni dok kate Jepun so rasenya dia tak perlu wat method ni tapi kite kat Malaysia ni kene la sebab negara kite panas. Method ni yelah untuk pastikan cream korang tu tak lembik/cair dan naik gebu)

Camnilah gayanye ye... bekas ade krim kat atas, bekas ade ais taruk bawah

Sebelum diputar camni ghupenye

Kalau dah naik gebu cani maknanya bleh la tutup suis mixer tu ye


Cara-cara menjahanamkanya:

  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)

  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.

Ghupenye time ni memang agak menakutkan heheh...

Siap sudaaa....

  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.


  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :))) (Yes, terbukti benar. Kalau biarkan dalam fridge, lagi lama lagi sodap!)
  • Potong dan hidangkan.


Jemput makannnn... eh! Jemput tengokkkk, heheeee...

:5:

11 ulasan:

  1. fuhh! menariks nyer! ni yg nk kene try ni! hehe XD

    BalasPadam
  2. @Bob and Julie =)Wajib terai pastu pos kt Gombak ye! Ngeee...

    BalasPadam
  3. salam nak tnye..whiiping cream tu awk guna yg ap yer?sy pnh buat pakai yg kotak tu punya lpastu xberapa mnjadi.maksudnya kena letak dlm fridge baru keras ..kalo luar dri fridge dia akn cair...

    BalasPadam
  4. @AnonymousOoo memang pun, Itu menandakan kite pukul tak cukup lama. Pastikan pukul dalam mangkuk yg bawahnya ade bekas berisi ais tau. Kalau tak lagi lambat nak keras. Tapi pe pun whipped cream memang cepat cair lebih2 cuaca panas.

    BalasPadam
  5. maaf nk tnya kalau sya gantikan gula kastor dgn gula tepung or icing sugar boleh tak? btw maklumat sgt membantu :)

    BalasPadam
  6. @AnonymousBoleh Ano tapi gula icing dia tak sama berat ngan gula kastor so kena pandai agak2 nak ekjas. Biasa gula ising guna untuk wat krim aje :)

    BalasPadam
  7. Kak farah tertinggal esen vanila rasanye...

    BalasPadam
  8. @AnonymousOoo tettinggal tak tulis ye? hehe.. haa biasanya masuk jelah taim pukul telur tu okeh! Hehe...

    BalasPadam
  9. asalamualaikum tumpang tanya kalau cream cheese tu dibiar lama akan cair ke? tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Creamcheese bkn saja cair kalau biorkan kt luar lelama malahan akan masam. X best arr so sila simpan dalam fridge ye.

      Padam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .