Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Memaparkan catatan dengan label dietatkins. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dietatkins. Papar semua catatan

Isnin, 9 Disember 2013

D.A: Menu Lunch/Dinner-1

Isnin, Disember 09, 2013 0 Comments


Okeh skang kite tengok menu untuk makan tengahari pulak. Menu ni boleh gak dibuat untuk dinner. Senang cite buat je lebih, nanti malam tayah masak dah hehe... Meh tengok bahan-bahan dan cara memasaknya: -

Bahan-bahan: 
2 ketul bahagian ayam (buat 4 ketul kalau nak masak untuk dinner sekali)
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk lada hitam
Garam
Daun salad
Tomato
Kubis
Mayonis
Minyak olive



Caranya: -

  1. Perap ayam dengan garam dan serbuk lada hitam. Biar satu jam kemudian dipanggang/ digoreng. Saya guna kuali pemanggang ajaib 'IKAN' so agak sekejap jelah masaknya dan tak perlu guna minyak sampai tenggelam ayam. Sikit je dah cukup.
  2. Untuk salad: Potong semua sayuran dan masukkan kedalam bekas. Percikkan sedikit minyak olive dan letak sesudu besar mayonis dan sedikit garam. Mayonis ni pastikan korang beli hat Jepun punye tu tau yang ade lambang budak kecik tu. Yang itu kadar carb dia 0%. Kalau guna jenama Kimball, kadar carbnya 1.1g still masih rendah. Brand lain saya tak perasan so kalau korang nak gi beli better baca nutrition fact dia dulu ok. So, lepas dah masukkan semuanya, korang gaul manja-manja sudah pastu dah boleh makan!


Signature

D.A: Menu Bekpes -1

Isnin, Disember 09, 2013 2 Comments


Okeh saya dah janji nak bagi resepi diet atkins saya kan haritu? So kite mula dengan menu bekpes yang ini ye. Simple je dan sebenarnya kebanyakkan menu diet atkins ni jauh lebih mudah dari kita masak nasi dimana perlu masak lauk-pauk lain. Menu bekpes yang ini saya bagi nama Sausage & Omellete. Meh tengok bahan dan cara buatnya: -


Bahan-bahan: -
Sebiji telur
Tomato dipotong dadu
Beberapa batang sosej dihiris kecil
Serbuk lada putih
Garam
Sedikit cheese parut
Sedikit butter


Caranya: -
Memula panaskan kuali dan masukkan butter. Bila butter dah cair bolehlah gorengkan sosej sampai garing.
Bila rasa-rasa sosej tu dah masak, tolak ia ketepi kuali dan masukkan telur. Biar separuh masak. Taburkan serbuk lada putih dan garam. Pastu baru kacau rata-rata.
Akhir sekali taburkan cheese dan letakkan ke dalam pinggan. Taburkan tomato yang dah dipotong dadu tadi dan tunggu pe lagi? Bedallah! Ngee...


Signature

Jumaat, 6 Disember 2013

DIET ATKINS- Menu saya :)

Jumaat, Disember 06, 2013 5 Comments


APA ITU ATKINS DIET?

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.
" Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak."



Walawehhhh.. tetiba je kan nak follow diet atkins ni kan haha... Sebenarnya saya dah tau lama dah akan kewujudannya dan dah ramai kawan yang buat tapi saya tak taulah secara detail apa itu diet atkins. Rupa-rupanya tanpa saya sedar, dah dekat setahun gak saya amal diet ni tapi saya cuma kurangkan makan nasi iaitu cuma pada hari Sabtu dan Ahad saja. Yang lain-lain karbo saya tetap makan so bile nak mulakan diet ni agak senanglah pada saya hehe... Ok, meh saya share menu atkins yang saya dah wat: -

Menu bekpes: Sausage & omelette

Menu lunch & dinner: Blackpepper Chicken & Salad

Menu bekpes: Tuna biscuit with tomatoes

Menu bekpes: Scramble egg with cheese & tomatoes

Menu lunch & dinner: Omelette & salad

Menu lunch & dinner: Fish fillet & salad

Menu lunch & dinner: Ayam panggang rempah & salad

Insyaallah entri lepas ni saya share resepi-resepi mereka di atas ni eh. Lagipun saya kena terangkan sket sebab ada sesetengahnya tak sesuwei untuk yang nak turunkan berat badan dengan cepat sebab saya curang sket kui kui... Depends untuk reason apa korang nak dietlah. Cam saya ekcelli berat ngan tinggi dah ideal tapi saya ade kesukaran berdiri lama dengan berat yang pangkal 5+ ni so saya berdiet sebab nak cuba turunkan ke angka 4+. Okey by then, tungguuuuu... !


Signature
Follow Me at flickr! .