myChef's - Gourmet Blog Challenge: Beef Stroganoff Flower Pot Rice
Farah Deeb
Isnin, Ogos 27, 2012
14 Comments
Masih ingat tak entry saya dulu pasal myChef's Gourmet Blog Challege? Aaa... kalau termissed boleh tengok kat sini. So ini entry ke-2 saya untuk challege ni tapi kali ni saya gunakan produk dari chef feveret saya yeitu Chef Zam theee... Jom tengok apa bahan-bahannya: -
Bahan-bahan: -
- 1 kotak myChef's Beef Stroganoff with Brown Rice Pillaf
- 6 keping kulit popiah segera
- 6 helai daun bawang/ daun kucai
- sedikit minyak zaitun
Cara-cara membuatnya: -
1) Sapukan remekins atau apa juga jenis acuan yang korang ada dengan sedikit minyak zaitun. Tayah banyak- cukup untuk bagi tak melekat je bile dah masak nanti. Lepas tu letakkan sekeping kulit popiah di atas acuan tu dan penuhkan acuan dengan nasi. Oh ye, nasi beras perang tu memang ada siap sekali dalam produk ni so tayah la nak masak nasi lain pulak ye! Thee... Lepas masuk nasi, sudukan sedikit beef stroganoff atas nasi tu tadi. Agak-agakla supaya cukup untuk semua acuan okeh!
2) Bila semua acuan dah diisi dengan nasi dan daging tu, baru korang bunjutkan kulit popiah macam dalam gambar tu dan ikat dengan menggunakan daun bawang atau daun kucai. Daun ni akan menjadikan hidangan ni bertambah wangi. Lepas tu sapukan sedikit minyak zaitun lagi di atas kulit popiah tersebut. Pastu bolehlah masukkan ke dalam oven dan bakar selama lebih kurang 15 minit atau sehingga kulit tu bertukar kekuningan.
INFO BERGUNA:
- Macam biasa, selain dari produk myChef's sangat menjimatkan masa , ia juga boleh terus dinikmati tanpa perlu menambah air, garam, gula atau sebarang perisa.
- Korang boleh gunakan method memasak yang lain seperti menggoreng tapi saya nak pastikan menu ni kekal sihat so sebab tu saya bakar supaya penggunaan minyak dapat dikurangkan. Cara lain yang sihat ialah mengukusnya selama 15 minit.
- Tak perlu panaskan terlebih dahulu produk myChef's ni sebab semasa membakar, sekaligus nasi dan daging tu dipanaskan sekali.
- Bagi yang tak tau, Beef Stroganoff with Brown Rice Pillaf ni adalah makanan Rusia inspirasi dari Chef Zam tapi rasanya sedap sangat!
- Menu ni sesuai sebagai menu ringkas tetapi mengeyangkan. Saya cadangkan menu ini apabila ada tetamu yang datang tiba-tiba dan kita tak bersedia nak masak apa sebab ianya sangat mudah dan cepat. Sesuai juga untuk sebarang majlis seperti majlis harijadi, hi-tea dan sebagainya.
Haa dah baca tu, apa lagi tunggu? Gi le beli produk myChef's Beef Stroganoff with Brown Rice Pillaf ni untuk mencuba dan jangan lupe LIKE entry saya ni kat SINI ye! (Caranya klik pada gambar dan baru tekan LIKE! Sori nyusahkan korang! Ngeee....!) Maseh!