Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Selasa, 22 Mei 2012

Mak sentap kat Citrawarna 2012 Merdeka Square



Satu jek word yang sesuai- MENCIK!

Haaalaaaa... korang tak tau... saya ni bukan senang nak dapat peluang jalan-jalan KL malam-malam cam itu hari. Itupun kalau bukan kerana saya beria na nak gi nengok Mirul kat dataran tuh. Kalau tak dah konpem lepas je pagar sure ade bunyi tet tet tet... macam kalau kite kuar pasaraya lupe nak bayor baju kat tangan tu har! Har!... *ade kew*...

Ni masa belum pergi!

Untuk pengetahuan korang, anak saya yang no. 2 tu masuk acara perarakan pembukaan dan persembahan  perasmian Citrawarna @ Colour of Malaysia hari Sabtu lepas kat Dataran Merdeka. Tiga hari beb dia kena berlatih. Tiga hari tulah balik sekolah ada 4 jam jek untuk rehat sebelum kena gi sekolah balik. Pastu bas datang bawak dorang gi berlatih kat Dataran sampai malam kol 10:++ Sampai umah kol 11:00 malam camtu, terus makan cam kebuluran, mandi pastu pengsan. Pagi-pagi lak dah bangun kol 6:30 pagi pergi sekolah dan berulang cenggitulah 3 hari berturut-turut. Hari terakhir latihan tu pulak paginya kat sekolah dah stat peksa. Sian pulak nengok dia tapi tulahkan... budak-budak memang suke masuk menda-menda camni. Tak ingat lansung ke tak cukup tidonya, penatnya, laparnya... janji dapat jo-in!


So hari Sabtu tu acara stat kol 8:30 malam. Ngam-ngam jek daku sampai sana nampak budak-budak dah masuk ke jalanraya nak berarak dah. Mulelah part sedih ni. Jap amek tisu lap hingus. Taulah den ni kecik *perasan* rendah kiut pulak tu... sume orang taknak bagi laluan nak tengok anak wat persembahan tauuu... jahat tul. Nak lompat rasa cam jatuh saham pulak. Kena-kena kalau terjatuh, pergh... mau gempa bumi tiga kali Sabtu tu. Makanya terjadilah peristiwa di mana den nengok belakang orang je sampai sudah. Sedih tak? Huaaa...

Sate panas, sate panas hehehe.... Untung tul jadik budak tecit tu kan?

Lagi sate panas di siniii... mari, mariii...
Se baik le der TV besar ni haa.. dapat la gak nengok apa yang sedang berlaku disebalik orang-orang yang berlapis-lapis dihadapan.

Ekcelli dorang ade sediakan tempat duduk tinggi tapi orang pack gile berdiri kat entrancenya, abes nak masuk pun takleh. Walhal kalau tengok dari bawah nampak manyak lagi kosi kosong. Hishhh... takperlah takde rezeki nak tengok Mirul *emo* Mulelah nak rasa cam mak Saripah Aini dalam cite 'Hapuslah Airmatamu' masa dia datang bawak karipap untuk dia tuh boleh? Hahaha... sian Mirul, tak pepasal dipersalahkan kui, kui..!

Gambar selingan takde kena-mengena. Takde lak gambar mase mak dia datang bawak karipap tu ek? Dem! Akaka...

Tapi akhirnya saya dapat gak la surprisekan Mirul (sebab dia tak tau saya nak datang tengok) Itupun sebab jumpe dia kat khemah peserta lepas dia dah habis persembahan, huk alohhh...!

Ni pengacara RTM tapi ntah bile nak tayangkan entah sebab sepatutnya siaran lansung tapi sebab ade Piala FA dia tunda kot! Kalau den yang jadik pengacara ni sure gayat. Tinggi tu tempat dia bersiaran!

Kat dalam-dalam nilah ada Mirul tapi takat ni je yang mampu ku selitkan diri huhuuu... Gi dekat sikit dah datang pasukan RELA tiup wisel kat saya. Ceh! Cam nak wat rusuhan.
Percubaan menggunakan built-in Digi Teleconverter. Lense yang saya guna 14-150mm so dengan activatedkan converter ni, automatik lense saya jadik 2x. Gambar ni saya zoom abes @150mm so means dia captured pada jarak 300mm. Hebat tak teknologi baru Oly ni? Heheh! Impressed sangat! Yang penting tayah beli lense panjang!
Seb baiklah ade gambar ehsan dari Facebook Tourism Malaysia ni. Kalau tak sekeping gambar Mirul pun takde. Baju ngan
kaki je pun jadiklah! Theee...

Ok dengar ni ye. Lepas ni kalau korang-korang nak masuk apa-apa, ummi secara rasminya mengumumkan bahawa ummi akan datang awal 8 jam supaya dapat spot dan tempat duduk.

'Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia siapa yang tahu!'

Ewah! Sekian, maseh!

Signature

18 ulasan:

  1. hohohh...cian akk...len x bukan kol 8 kan..kol 6.30-7.00 dah nk kne ade tao....kena semayang kt ctu la gayanye..hehe.... :)

    BalasPadam
  2. Pastu mirul surprised tak bila tgk mak dia dtg? Bahaya menyelit. Naik baik tak kena sembur pemedih mata. huhuhu.

    BalasPadam
  3. hihihi..comelll....

    mesti la nak tengok bila anak sendiri join event besau kan?

    digi teleconverter itu macam menariklah. jap nak gugel! :D

    BalasPadam
  4. @oshin-jamelOshin pembetulan... bukan kol 8 tapi 8 jam sebelum! Hahaha... (itu over-excited namanya!)

    BalasPadam
  5. @LydSunshineAlahh dia tu cam bapak dia gak takde perasaan akaka... muke dek je dah nampak kite. Kite plak sebok nanye, mirul terkejut tak nampak umi. Dia boleh ckp, takkk! Huaahuaa...

    BalasPadam
  6. @gadisBungaTulah pslnye. Digi teleconverter tu built in dalam OMD-EM5 Gadis Bunga! Heheee...

    BalasPadam
  7. ramai gila orang. tengok dekat tv je masa tu. kehkeh

    BalasPadam
  8. wah mirul pun turut serta yer.. pasti seronok kan:)

    BalasPadam
  9. @Abang ZamEh ade ke kat TV abg Zam? Mak den tunggu depan TV sampai kol 12 dia kate takdok. Sian org tue tu nak nengok cucu haha...

    BalasPadam
  10. @Diana @ Melley MeyDia memang seronok tapi mak dia ni lagi over seronok tah hape-hape ntah! Hahaha... (mak camni pun ada)

    BalasPadam
  11. jadilah nampak sikit..bukti tu kan..hehehe..

    mesti dia pun happy kan..

    BalasPadam
  12. @MamaEmaHuhuuu itulah nak tunjuk kat dia pun bile dia dah besar aka tua besok. Nak tunjuk kat cucu-cicit, cewahhh... seb baik hado!

    BalasPadam
  13. ade jugak dr takde kan kan kan..walaupun sipi jek..hehehe..

    BalasPadam
  14. @:: Mrs.Eady ::Huhuuu.. tulah tapi kan best kalau gambarnya tu hasil dari ummi dia gaks! Uwawaaa...

    BalasPadam
  15. Didie datang ziarah tuan rumah...

    BalasPadam
  16. Nice pics! Should invite you to join me shooting Maya Karin next time!

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .