Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Jumaat, 4 Mac 2011

Review: D'Arab Cafe, Shah Alam


@fizi01
Bak kata KaramSingh Walia;
"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya"

Heheee...

Haaaa... lenkali bile wat sesuatu keje, jangan la niat kalau berjaya kene wat itu, ini. Haaa... kan tak pasal-pasal dah kena belanja! senyumkenyit Hahahaaa... Ni kes pak ustad la ni. Dia dok mengupgrade meter Kenari dia tu, pastu pi berniat plak tu, kalau dia berjaya, nak bawak kiteorang sume anak-beranak gi makan kat kedai arab yang sedap kat Shah Alam. Dari siang dia dok godek menatang tu tapi tak berjaya-jaya. Tetiba dah nak hampir maghrib dia pasang niat, terus berjaya connect pulak! Hahaha... alhamdulillah... rezeki! Rezeki!... jelir Kalau dari Gombak ni agak jauh gak la rasanya nak sampai ke sana. Sempatla aku menguap dan membuat ngauman beberapa kali sebelum nak sampai ke destinasinya. :mBerangan: Amirul dah siap mimpi sampai ke Dubai lagi dah dalam kete tu. Rayyan je steady sebab dia baru bangun tido, heh! Maria tinggal umah Wan dia sebab dia demam. Aku takut dia naik kete kang dia uwekkkk...



Okeh... nama kedai yang aku gi makan ni yelah D'Arab Cafe. Sebelum ni pak ustad penah gi makan kat sini dan dia sangat suka (f.y.i. dia ni sangat susah nak ske masakan kedai. So once dia ske tu maknanya sedaplah tu!) Menu yang disajikan sumenya berasakan masakan Arab. Dulu pak ustad pernah tapau Nasi Ayam dan Kambing Kabshah. Memang sedap dan kuantitinya banyak. So kali ni pergi nak cubalah menu lain plak rindu hehe.

Kali ni aku order Shawarma, Mandey Chicken, Spaghetti Jambarri dan air teh arab. Shawarma ni dia ialah hidangan roti arab yang dimakan dengan stew kambing Arab style. Kuahnya menarik gak la sebab biase la... orang jakun cam aku ni sure la rase teruja lebih sengihnampakgigi . Rayyan sangat suka dengan dish ni sampai tambah order satu set lagi.



Mandey Chicken pulak ala-ala cam ayam kat KFC yang diroll dengan roti pita nipis pastu boh sayur2an tu. Sedap gak tapi yang ni cam dah biase makan so takla jakun sangat hehe. Spaghetti Jambarri dia yelah spaghetti yang kuahnya ala-ala stew kambing Shawarma tu jugak. Yang style ni first time la aku rasa dan rasanya sedap.
Aku kongsi ngan pak ustad sebab banyak. Alaa.. lagipun bile time nak romantik-romantik makan sepinggan kannnnnn... huahaha... (:35:sile jeles)

Lain-lain dish dia yelah lamb kabsah, roasted chicken, beef liver, omelet, foal madamas, hummos, royale arabic, mandey lahhm, spaghetti lahhm, lahhm chop dan kebab. Desert ade icecream dan puding. Air cume ade teh arab panas dan sejuk serta susu kambing panas. Tapi ade jugak air buah dalam botol yang dibawa khas dari Arab dan aku pernah try air buah ni, memang sedap.

Oh ya, restoren ni terletak kat Lot 3, Kompleks Anjung 7, Jalan Zikro B7/B, Section 7, Shah Alam, Selangor. Landmark paling senang yelah dia betul-betul kat belakang Unisel. Ada banyak lagi cawangan dia so jangan susah hati, hoho. Kalau korang nak info lanjut, bolehlah layari website dorang kat sini ataupun add FB dorang kat sini. Daaa..!!!

RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstarstar


Update 23 April 2011- Gambar baru hehe... (pegi lagiii... tak tahan asek teringat!)


Ni la lamb kabshah dia... seeeedappppp!!! Nyum, nyum!


Ni stew. Haritu dah amek tapi saje je amek lagi tapi kali ni zoom sket bagi korang terliur, ahaks!


:wink:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .