Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Isnin, 29 Disember 2014

Cuti2 Malaysia: Wakaf Che Yeh- Siri VI: JJCM- Cafe D'Klasik White Coffee

Isnin, Disember 29, 2014 2 Comments

 

Mari kita mulakan intro entri ni dengan membaca surah Al-Fatihah kerana disaat ini seluruh rakyat Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor sedang menghadapi ujian banjir dari Allah SWT. Semoga mereka redha menerima ujian ini sebagai suatu rahmat dari Allah SWT, amin.


Okeh. Alhamdulillah. Syukur. Masa saya pergi Kelantan haritu cuaca sangat baik. Walaupun ada hari yang hujan renyai dari pagi sampai ke malam tapi tak berlaku lagi banjir waktu tu. So ini akan jadi JJCM saya yang terakhir ditanah Kelantan iaitu dinner saya yang terakhir sebelum saya balik ke rumah manis rumah haritu. Nama restoren ni yelah Cafe D'Klasik White Coffee. Lokasi dia sonang ya amat sebab dia betul-betul kat tepi jalan dan mengadap restoren Istana Impian Catering dan kedai makan Zaine yang saya cite dulu tu. Jom nengok apa yang ada kat sini!

Siyesli... err saya dah lupa nama kebenda alah ni hehe... *lenkali peram lagi entri sampai sebulan ye!* Bunyinye macam udang jangot ke maggot ke eh takkanlah maggot (ulat bangkai) pulakkan! Heheh... Dalam dia yelah udang yang dibungkus dengan apa saya pun tak dapat nak pastikan. Nak kata mee bukan mee, macam tepung tapi bukan tepung. Tapi rasa dia slack sket sebab tepung ke mende tu sangat tebal maka tak dapat menikmati rasa udang tu sangat.

Ni ialah encik nasik goreng kampung. Rasa dia biasa-biasa je kot. Seb baik Maria punye hehe...

Nasi goreng biasa ni pak ustad punya. Dia makan sekali dengan padprik... eh mana gambo padprik? Laaa lari bawah sekali pulakkkk... ngeh, ngeh... ermmm rasa dia ok ok je.

Nasi Goreng Daging Merah kepunyaan Mirul. Nasi goreng dia biasa-biasa gak tapi daging merah tu bernaseb baik la sebab kehadiran dia menyebabkan nasi goreng tu berjaya dihabiskan siMirul.

Nasi putih ngan telur dadar (tidak kenampakan di situ). Erkk- tayah review la kot!

Haaaaa yang ni baru saya punya! Mee goreng mamak! Saya patut cuba benda lain rasanya huhu...

Haaa ni la padprik toklaki saya punya tadi. Takpa lah dia suka dok bawah. Hat ni sedap gak. Okeh memang nyesal order mee goreng masin dan terpaksa habiskan! Adehhh!!!


Overall yang saya boleh kata pasal cafe ni yelah, rasa dia tak berapa menepati selera kiteorang yang banyak songeh ni kot hehe... Rasa macam ada something yang tak cukup bila makan *okeh kiteorang tamak* tapi no wonder kot saya hari-hari lalu kedai ni masa hantar toklaki gi keje dan saya tengok pengunjungnya memang tak ramai berbanding kedai yang lain. Apapun korang kenalah cuba dulu baru tau yek! Dengan itu, saya memberi markah: -

RATING
Servis: starstarstarstar
Food: starstarstar


Klik sini untuk baca kisah masa dalam perjalanan ke sini!

Sini plak cite pasal homestay yang kami stay masa kat sana!

Review pasal Restoran Istana Impian Catering kat sini: -

  Signature

Selasa, 23 Disember 2014

Cuti2 Malaysia: Wakaf Che Yeh- Siri V: JJCM- Cafe Jiran

Selasa, Disember 23, 2014 8 Comments


Sambung lagi kisah makan haha... 

Malam ni tetiba rasa cam nak makan Western plak kan. Ate hari-hari dok makan Kelantanese food, baka-baka mat saleh ni mulelah bising nak makanan omputeh, konon!.. Restoran yang kiteorang pegi ni ekcelli disuggest oleh kawan pak ustad. Lokasi dia 10 minit dari Wakaf Che Yeh. Jom nengok apa yang hado: -

Kite mulekan dengan teh ais. Kepunyaan Maria. Gelasnya mengingatkan rumah yang ditinggalkan hehe...

Lasagna Maria punya. Boleh tahan... cuma saya lebih suka kalau lebih baaaanyaaaakkkk cheese! Eh, kata Maria punya! Ahaks!

Ini yelah sup mushroom buatan sendiri so sedap sebab tak rasa banyak Aji Naik Moto macam yang dalam tin.

Fish & Chip-  Ikan dia fresh & lembut. Sedap.

Pak ustad selalu order yang super sedap, nyampah! Yang ni lamb grilled!

Overall makanan dia sedap dan servis pun laju even masa kiteorang pegi tu tinggal setengah jam nak tutup tapi dorang tetap layan kiteorang. Yang teruja tu sebab saya nampak restoran ni diusahakan oleh chef melayu muda-muda dan kalau dok dalam ni, korang akan rasa macam dok dalam restoran chef 5 bintang. Dari pakaian, menu, plating... sumenya menarik. So ini rating saya!


RATING
Servis: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstar


Klik sini untuk baca kisah masa dalam perjalanan ke sini!

Sini plak cite pasal homestay yang kami stay masa kat sana!

Review pasal Restoran Istana Impian Catering kat sini: -

Signature

Rabu, 10 Disember 2014

Cuti2 Malaysia: Wakaf Che Yeh- Siri IV: JJCM- Restoran Zaine

Rabu, Disember 10, 2014 4 Comments


Satu je wording yang sesuai untuk makanan kat kedai ni- 

MABELES & OWHSEM! 

Yelah, yelah........ dua!

Kedai ni berdekatan je dengan Restoren Istana Impian Catering yang saya cite kat sini tu. Kire macam selang beberapa buah kedai jelah. Tapi yang ni memang dah ngadap dengan pasar Wakaf Che Yeh tu betul-betul. Tukang masak dia orang Pakistan pior so masakan dia memang perghhh sedap!!! Bukan tu je, pakcik owner ni sangatlah friendly sampai dia sudah tertarik nak jadikan Rayyan menantu cucu dia! Ade canlah mak mentua makan sedap free hari-hari napok gayanye! Kihkih...


Kat sini menu dia cuma ada beriani kambing, beriana ayam, nan cheese dan kebab. So haritu kiteorang sume diet *jangan percaya sangat* so kiteorang order nan cheese dengan kebab. Repeat order 2 kali sebab punyelah sedap okeh so takde maknelah diet agaga... Ekcelli kedai ni bukan la kedai sangat tapi dia cuma satu sudut tepi jalan yang dia pasang banner dan boleh muat 2,3 meja aje. Tapi saya sangat respek & tabik spring kat foreigners ni sebab dengan hanya kedai yang tak macam kedai tu tapi siapa sangka makanannya sodap hingga menjilat kepala lutut! *okeh tipu disitu*
So sesapa nak carik, landmark paling senang yelah pasar Wakaf Che Yeh dan jugak McDonald's. Konpem kedai makan Zaine ni ada di sinun!


RATING
Servis: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstarstar


Klik sini untuk baca kisah masa dalam perjalanan ke sini!

Sini plak cite pasal homestay yang kami stay masa kat sana!

Review pasal Restoran Istana Impian Catering kat sini: -

Signature

Selasa, 9 Disember 2014

Cuti2 Malaysia: Wakaf Che Yeh- Siri III: JJCM-Restoren Istana Impian Katering

Selasa, Disember 09, 2014 2 Comments


Kedai makan ni yelah kedai makan yang pertama kiteorang singgah bila dah sampai kat Wakaf Che Yeh. Ada banyak ekcelli kedai makan area ni tapi ntah nape kedai makan ni nampak ramai orang so macam tertarik plak nak cuba. Meh kite nengok best ke dok!

Kat menu bunyik cam menarik- Air Jagung Laici tapi hakikatnya rasa dia macam air jagung kordial yang jual kat paso malam tu dan 2 bijik laici diternak di dalamnya. Sebelahnya ialah air bandung laici yang sepatutnya mengandungi anak-anak laici tetapi tidak ditemui.

Nasi goreng ayam blackpepper. Not bad. Nasi goreng dia guna nasi yang agak lembik tapi saya tak sure lah kot kat sini memang orang masak nasi goreng guna nasi yang agak lembik macam tu.

Sup daging ni sedap. Rasanya memang specialty kat sini yelah sup sebab kat banner dia ade macam-macam jenis sup termasuk yang rare macam sup belut dan sup urat.

Untuk orang yang baru je datang kat Wakaf Che Yeh ni.. kedai makan ni agak quiet frustation la gak. Pertama sebab masa untuk serve air je pun amek masa sampai 30 minit. Tapi takleh nak salahkan kot sebab orang ramai. Cuma beza kat KL walaupun makanan sampai lambat tapi biasanya air amek masa less then 10 minutes je kot untuk sampai kat meja kastemer.

Secondly, saya rasa rege dia macam mahal sikit kot. Nasi goreng ayam blackpper, sup daging, nasi putih separuh 2 pinggan dengan telur dadar dan air jagung, air bandung, air milo dan air teh.. semuanya RM37/-. Kami penah makan lauk yang pelbagai dengan harga ni kat KL huhu... Untuk itu, saya bagi: -



RATING
Servis: star
Food: starstar



Klik sini untuk baca kisah masa dalam perjalanan ke sini!

Sini plak cite pasal homestay yang kami stay masa kat sana!

Signature
Follow Me at flickr! .