Mari kita mulakan intro entri ni dengan membaca surah Al-Fatihah kerana disaat ini seluruh rakyat Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor sedang menghadapi ujian banjir dari Allah SWT. Semoga mereka redha menerima ujian ini sebagai suatu rahmat dari Allah SWT, amin.
Okeh. Alhamdulillah. Syukur. Masa saya pergi Kelantan haritu cuaca sangat baik. Walaupun ada hari yang hujan renyai dari pagi sampai ke malam tapi tak berlaku lagi banjir waktu tu. So ini akan jadi JJCM saya yang terakhir ditanah Kelantan iaitu dinner saya yang terakhir sebelum saya balik ke rumah manis rumah haritu. Nama restoren ni yelah Cafe D'Klasik White Coffee. Lokasi dia sonang ya amat sebab dia betul-betul kat tepi jalan dan mengadap restoren Istana Impian Catering dan kedai makan Zaine yang saya cite dulu tu. Jom nengok apa yang ada kat sini!
Ni ialah encik nasik goreng kampung. Rasa dia biasa-biasa je kot. Seb baik Maria punye hehe... |
Nasi goreng biasa ni pak ustad punya. Dia makan sekali dengan padprik... eh mana gambo padprik? Laaa lari bawah sekali pulakkkk... ngeh, ngeh... ermmm rasa dia ok ok je. |
Nasi Goreng Daging Merah kepunyaan Mirul. Nasi goreng dia biasa-biasa gak tapi daging merah tu bernaseb baik la sebab kehadiran dia menyebabkan nasi goreng tu berjaya dihabiskan siMirul. |
Nasi putih ngan telur dadar (tidak kenampakan di situ). Erkk- tayah review la kot! |
Haaaaa yang ni baru saya punya! Mee goreng mamak! Saya patut cuba benda lain rasanya huhu... |
Haaa ni la padprik toklaki saya punya tadi. Takpa lah dia suka dok bawah. Hat ni sedap gak. Okeh memang nyesal order mee goreng masin dan terpaksa habiskan! Adehhh!!! |
Overall yang saya boleh kata pasal cafe ni yelah, rasa dia tak berapa menepati selera kiteorang yang banyak songeh ni kot hehe... Rasa macam ada something yang tak cukup bila makan *okeh kiteorang tamak* tapi no wonder kot saya hari-hari lalu kedai ni masa hantar toklaki gi keje dan saya tengok pengunjungnya memang tak ramai berbanding kedai yang lain. Apapun korang kenalah cuba dulu baru tau yek! Dengan itu, saya memberi markah: -
RATING
Servis:
Food:
Klik sini untuk baca kisah masa dalam perjalanan ke sini!
Sini plak cite pasal homestay yang kami stay masa kat sana!
Review pasal Restoran Istana Impian Catering kat sini: -
http://deebpunyecite.blogspot.com/2014/12/cuti2-malaysia-wakaf-che-yeh-siri-iii.html
Review pasal kedai makan bernama Zaine pula di sini: -
Review Western food kat Cafe Jiran pulak di sini: -
Kalau ke kedai tomyam, saya mmg x pernah order mee goreng sbb rasanya mee goreng ala siam mcm tk menepati citarasa .. mcm kak deeb punya mee rasa masin!! hehehe...
BalasPadam@Eny AbdullahLorrr awat baru la ni nak kabo! Hagaga! Nyesal!
BalasPadam