Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 2 Oktober 2014

Resepi: Ketam Juru Style!

Khamis, Oktober 02, 2014 8 Comments



Okeh nak mengaku.

Nama tu saya bantai je! Hagaga... Tapi kan, kalau korang pi Juru kat Penang nun, inilah style ketam/ udang yang korang jumpak bila pi makan kat kedai depa. Saya tak konpem la 100% resepi ni betui sebab saya main bantai gak hasil trial and error beberapa kali tapi rasa dia macam sama *kembang hidung*. In case orang-orang Juru yang tau resepi sebenarnya mintaklah jasa baik betulkan resepi ni kat ruangan komen tu ek hee...


Bahan-bahannya: -

  • Ketam/ udang 1/2 kilo
  • Bawang besar setengah ketui
  • Bawang merah 2,3 ulas
  • Bawang putih seulas
  • Halia seinci
  • Daun kari 2 tangkai
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 2-3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 senduk cili sos
  • 1/2 senduk sos tomato
  • sedikit daun bawang dan daun sup dihiris nipis
  • bawang goreng (lagi banyak lagi sodap!)
  • garam, gula dan perasa


Caranya: -

Ketam tu cam biasa bersihkan la dulu pastu gaul garam dan serbuk perasa dan biorkan. Bawang merah, bawang besar, bawang putih dan halia tu tumbuk sampai berkecai. Panaskan minyak/ butter dan tumiskan depa. Bila dah naik nampak garing sikit, masukkan daun kari dan rempah kari. 


Kaco dan bior sampai rempah tu pecah minyak. Api slow na. Kang hangit. Pastu masuk air dalam secawan atau kurang (depends pada kuantiti ketam/ udang korang la ye sebab nanti bila masak ketam/ udang ni akan kuarkan air)

Kaco sikit then masukkan sos cili, sos tomato, serbuk lada hitam, gula dan garam. Harus diingat yang kuah ni supposed kena rasa masam, manis dan masin okeh.
Bila nampak dah mendidih, masukkanlah ketam/ udang tu. Kacau sikit pastu tutup dan perlahan api. Biarkan dia masak dalam 10 minit. Akhir sekali, bolehlah hidangkan atas pinggan. Tabur daun bawang dan sup dengan bawang goreng.



TAK PAYAH SENDUK NASI,
 RATAH PUN SODAP SEH!





Signature

Selasa, 30 September 2014

JJCM: Restoran Niarasa, Saujana Utama 2

Selasa, September 30, 2014 8 Comments

 

Tak taulah korang perasan ke tak, kan... sebelum ni, kat sini memang ada satu restoran namanya Mummy's Kitchen. Tapi ownernya kata dorang dah tak mampu nak teruskan. Jadi owner baru ni beli restoran tu dan tukar nama menjadik 'Niarasa'. Asal restoran ni kat Puncak Alam tapi ownernya dok kat Sungai Buloh Country Resort tu hajer... Wahh hebat tul saya boleh tau sejarah silam sume tu kan? Hagaga.. ekcelli owner dia sangatlah friendly. Dia yang tarik kosi duduk bersembang ngan pak ustad waktu kiteorang tengah menjamu selera. Tersiput malu i nak makan tauuu kahkah...

Dah! Meh kite review makanan kat sini: -

MEE GORENG MAMAK
Nak cakap ape ek? Sedap? Ak-ah.. sedap!

TOMYAM CAMPUR
Kuah tomyam kat sini kan lain sikit tau dari tempat lain. Rasanya pes dia buat sendiri sebab ianya sangat power dan kawwwww kawwwww! Owh ye, jangan lupe amek tisu lebih lap ingus! Heh!

NASI GORENG CINA
Yang ni tatau rasa tapi pak ustad kata sedap. Tak baik tau pak ustad tanak offer bini rasa... huhu...

UDANG CELOP TEPUNG
...yang sangat besar!!!! Macam saiz XXL udang nih! Makan satu dah penuh perut haha ayat menipu..
Tapi siyes besor dan sodap!

Lusanya kiteorang datang singgah sini lagi lepas balik dari Projek Runaway tu. Masa tu makan nasi goreng USA, kuetiaw goreng basah dan sup ayam. Saya tak amek gambar sebab malam tu saya tak sihat *siannn...* Overall boleh kata takde yang slack la kat sume yang kiteorang order tu. Semuanya sedap! So sesapa yang nak cuba, silelah belanja saya ke restoran ni. Tempatnya dekat-dekat dengan Restoran Shida tapi belok ke kiri. Kedainya sebelah kedai farmasi tu aje. Owh ye, dia jugak ada khidmat penghantaran. Ate tak reti nak tepon? *wink*

RATING

Service: starstarstar starstar
Food: starstarstarstarstar

  Signature

Isnin, 29 September 2014

D.A: Lunch/ Dinner Menu #8

Isnin, September 29, 2014 7 Comments


... sebenarnya kan dah tak ingat apa nama dia hehe.. Ambek resepi ni kat dalam grup atkiners tapi dah tak ingat siapa yang punya resepi. Sesapa yang rasa dia punya, angkat tangan eh! Ngeh, ngeh..


Ni bahan-bahannya: -
3 biji telur
Sesudu mayonis
Beberapa ekor udang (ikut suka)
Bawang kecil dihiris
Cili masak dan capsicum dihiris nipis
Tomato dipotong dadu
Sedikit minyak
Daun basil/ origano atau apa je daun yang ada hehe...

Cara masaknya: -


Telur tu korang pukul dengan mayonis. Bila dah sebati, tambahkan garam, lada sulah atau perasa ikut suke korang. Kendian, bagi dia rehat jap. Ingat tak sakit ke kena pukul weh?! Heh!

Panaskan sedikit minyak/ butter pastu gorengkan bawang. Bila dah layu, masukkan segala tok nenek cili tadi dan kacau jap sampai dia layu sket. Campakkan udang dan kacau cepat-cepat. Masak udang ni takleh lama nanti dia dah tak best. Terus perisakan dengan garam dan perasa ikut suka engkorang.
Sekarang oleskan sikit minyak atau butter kat keliling pan. Pan tu acuanlah macam acuan buat roti ke atau kek ke tapi jangan guna acuan yang besar sebab telurnya sikit. Kalau buat untuk ramai lebihkan telur haa.. bolehlah pakai acuan yang besar. Kalau tak nanti hasil dia leper je tak cantik. Dah sudah tu, masukkan gorengan udang tadi dan curah adunan telur kat atas. Akhiri keje dengan menabur daun basil/ origano kat atasnya. Pakai daup sup ke daun bawang pun okeh gak.
Bakar dalam oven 200 darjah Celcius sampai lebam kuning. Dah siap! Nyum, nyum!
p/s: Kalau tabur cheese kat atas tu pun lagi sodap!



Signature

Khamis, 25 September 2014

JJCM: The Chicken Rice Shop, Festival City Mall

Khamis, September 25, 2014 4 Comments

 

Lama dah tak belanja mak makan. Dulu kan tiap kali hari dapat gaji, konpem bawak mak gi makan busat. Kalau tak makan kat luar pun, tapau makan kat ghumah tu dah memang konpem. Tapi semenjak pegang title D.O. ni, ini lah kali pertama pegi makan kat luar dengan mak selepas 2 tahun weh! Sob, sob...! Tapi haritu sebenarnya tak tau pun nak pi lunch kat mana. Saje je jenjalan kat dalam Festival City Mall tu. Usha-usha tempat lain macam mahal tak menarik aje jadik kiteorang gi The Chicken Rice Shop. Ekcelli dulu penah pegi tapi kat dalam AEON Mall Wangsa Maju tu tapi takpa lah, kita nakan menu lain plak hehe... Jom layan...


ROJAK PENANG
Ni mak yang ndak. Dalam gambo kat menu macam roja mamak rupenya rojak buah kehkeh... Portion dia boleh 2 orang makan. Kicapnya pekat giler dan rasanya dia campur pes udang. Buah-buahan yang dia guna pun banyak macam sengkuang, timun, nenas, kedondong dan jambu batu. Sodappp!!!

PAI TEE
Ini feveret mak dan saya, hoyeh! Mak amek set mee so dia datang sekali dengan 2 ketul pai tee. Yang banyak ni saya order lagi sepinggan. Biaselah tamak. Ngeh, ngeh...

SLICE NOODLE MEE
Mi ni kita boleh pilih ayam dia nak macamana. Ada BBQ, roasted, steamed ngan ape ntah panjang namanya lupe dah hehe... Ni mak saya yang punya!

BBQ CHICKEN
Ayam ni datang sekali dalam set nasi di bawah ni sebenarnya. Hat ni Maria kongsi ngan Rayyan. Beli dua pinggan kang tak habes. Ayam ni korang boleh pilih gak nak ayam masak style apa. jangan mintak style lain dari apa yang ada dalam menu sudah!

CHICKEN RICE SET
Ni nasi ngan sup yang dapat sekali ngan ayam di atas hehe...

RAINBOW SOYA DRINK
Ni juara! Sangat sedap okeh! Gabungan air soya, gula melaka dan segala jelly-melly, kekacang yang korang boleh dapat dalam ABC!

1 set nasik ayam
1 set slice noodle
1 set large pie tee
1 plate rojak penang
3 rainbow soya drinks
TOTAL SUME
RM33.00!

Okeh la tu kan? Burp!

 Sekarang rating time! 

RATING

Service: starstarstar starstar
Food: starstarstarstarstar



  Signature
Follow Me at flickr! .