Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 2 Oktober 2014

Resepi: Ketam Juru Style!




Okeh nak mengaku.

Nama tu saya bantai je! Hagaga... Tapi kan, kalau korang pi Juru kat Penang nun, inilah style ketam/ udang yang korang jumpak bila pi makan kat kedai depa. Saya tak konpem la 100% resepi ni betui sebab saya main bantai gak hasil trial and error beberapa kali tapi rasa dia macam sama *kembang hidung*. In case orang-orang Juru yang tau resepi sebenarnya mintaklah jasa baik betulkan resepi ni kat ruangan komen tu ek hee...


Bahan-bahannya: -

  • Ketam/ udang 1/2 kilo
  • Bawang besar setengah ketui
  • Bawang merah 2,3 ulas
  • Bawang putih seulas
  • Halia seinci
  • Daun kari 2 tangkai
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 2-3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 senduk cili sos
  • 1/2 senduk sos tomato
  • sedikit daun bawang dan daun sup dihiris nipis
  • bawang goreng (lagi banyak lagi sodap!)
  • garam, gula dan perasa


Caranya: -

Ketam tu cam biasa bersihkan la dulu pastu gaul garam dan serbuk perasa dan biorkan. Bawang merah, bawang besar, bawang putih dan halia tu tumbuk sampai berkecai. Panaskan minyak/ butter dan tumiskan depa. Bila dah naik nampak garing sikit, masukkan daun kari dan rempah kari. 


Kaco dan bior sampai rempah tu pecah minyak. Api slow na. Kang hangit. Pastu masuk air dalam secawan atau kurang (depends pada kuantiti ketam/ udang korang la ye sebab nanti bila masak ketam/ udang ni akan kuarkan air)

Kaco sikit then masukkan sos cili, sos tomato, serbuk lada hitam, gula dan garam. Harus diingat yang kuah ni supposed kena rasa masam, manis dan masin okeh.
Bila nampak dah mendidih, masukkanlah ketam/ udang tu. Kacau sikit pastu tutup dan perlahan api. Biarkan dia masak dalam 10 minit. Akhir sekali, bolehlah hidangkan atas pinggan. Tabur daun bawang dan sup dengan bawang goreng.



TAK PAYAH SENDUK NASI,
 RATAH PUN SODAP SEH!





Signature

8 ulasan:

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .