Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Selasa, 30 September 2014

JJCM: Restoran Niarasa, Saujana Utama 2


 

Tak taulah korang perasan ke tak, kan... sebelum ni, kat sini memang ada satu restoran namanya Mummy's Kitchen. Tapi ownernya kata dorang dah tak mampu nak teruskan. Jadi owner baru ni beli restoran tu dan tukar nama menjadik 'Niarasa'. Asal restoran ni kat Puncak Alam tapi ownernya dok kat Sungai Buloh Country Resort tu hajer... Wahh hebat tul saya boleh tau sejarah silam sume tu kan? Hagaga.. ekcelli owner dia sangatlah friendly. Dia yang tarik kosi duduk bersembang ngan pak ustad waktu kiteorang tengah menjamu selera. Tersiput malu i nak makan tauuu kahkah...

Dah! Meh kite review makanan kat sini: -

MEE GORENG MAMAK
Nak cakap ape ek? Sedap? Ak-ah.. sedap!

TOMYAM CAMPUR
Kuah tomyam kat sini kan lain sikit tau dari tempat lain. Rasanya pes dia buat sendiri sebab ianya sangat power dan kawwwww kawwwww! Owh ye, jangan lupe amek tisu lebih lap ingus! Heh!

NASI GORENG CINA
Yang ni tatau rasa tapi pak ustad kata sedap. Tak baik tau pak ustad tanak offer bini rasa... huhu...

UDANG CELOP TEPUNG
...yang sangat besar!!!! Macam saiz XXL udang nih! Makan satu dah penuh perut haha ayat menipu..
Tapi siyes besor dan sodap!

Lusanya kiteorang datang singgah sini lagi lepas balik dari Projek Runaway tu. Masa tu makan nasi goreng USA, kuetiaw goreng basah dan sup ayam. Saya tak amek gambar sebab malam tu saya tak sihat *siannn...* Overall boleh kata takde yang slack la kat sume yang kiteorang order tu. Semuanya sedap! So sesapa yang nak cuba, silelah belanja saya ke restoran ni. Tempatnya dekat-dekat dengan Restoran Shida tapi belok ke kiri. Kedainya sebelah kedai farmasi tu aje. Owh ye, dia jugak ada khidmat penghantaran. Ate tak reti nak tepon? *wink*

RATING

Service: starstarstar starstar
Food: starstarstarstarstar

  Signature

8 ulasan:

  1. sedapnya, lah dah klu pak ustad tak offer tak reti2 nak cilok haha

    BalasPadam
  2. Terima kasih Farah Deeb kerana komen restoran kami.... dari Niarasa Team :)

    BalasPadam
  3. @Tina OthmanHahahaha... kata kauuuu kannn... Malu le plak. Ate dah pak ustad tau binik dia diet tetiba bizibodi ceduk nasik dia kan nanti jadik bahan ketawa nanti hagaga...

    BalasPadam
  4. @Nik Hafiz a.k.a Chief DreamerOk lepas ni free meal kan untuk kiteorang thee.. *blush*

    BalasPadam
  5. Okesh. nanti saya bagi diskaun :) . Saya minta kebenaran masukkan komen Farah dalam facebook Niarasa http://www.facebook.com/restoranniarasa . Tq

    BalasPadam
  6. @Nik Hafiz a.k.a Chief Dreamer*Blush*Blush* lompat heheh... Wahh masehhh.. very honoured!

    BalasPadam
  7. mee goreng mamak tu nampak cam awesome sungguh!

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .