Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 16 Oktober 2014

Resepi: Potato Fritters

 

 

Potato Fritters la cekononnya kannn.. padahal cekodok ubi kentang je pun! Ahaks!

Tau jelah kan hakak ni pantang nampak menda baru musti nak terai hehe... Nak membuatnya idok le susah lansung, ala-ala buat cekodok aje pun. Sebenarnya korang boleh olah ikut versi korang sendiri untuk buat potato fritters ni jadi lagi sedap. Meh kite tengok basic dia dulu okey?...


Bahan basic: -

  • 3 ketul ubi kentang disagat halus
  • 4 sudu tepung jagung + 2 sudu tepung gandum (saya guna tepung naik sendiri sebab nak bagi dia tembam sikit)
  • Air suam kurang segelas (kena agak-agak tuang sambil kacau hingga dapat adunan yang tak cair sangat dan tak pekat sangat)
  • Sebijik telur


Bahan cadangan pilihan: -

  • Bawang besar dipotong dadu
  • Daun bawang dan daun sup dihiris nipis
  • Nenas dipotong dadu
  • Udang/ ikan bilis
  • Serbuk lada putih/ lada hitam
  • Cheese yang disagat
  • garam & bahan perasa ikut suka

Notes: Untuk percubaan pertama ni saya masukkan bawang besar, nenas, serbuk lada putih, garam dan cheese.

Pastikan bancuhan adunan tak terlalu cair dan tak terlalu pekat okeh!

Panaskan minyak dan masukkan satu senduk adunan tadi dan biar sampai garing. Kalih supaya kedua-dua belah masak. Eh tu pun nak cite ke kahkah... Jangan senduk adunan terlalu tebal sebab nanti dalam tak masak lagi tapi ubi kat luarnya dah garing tau. Dah siap tu bolehlah hidangkan dengan sos!

P/s: Budak-budak memang suke betul benda alah ni. Rasa dia ala-ala gabungan cekodok dan hashbrown gituh... kelas ko ubi!


  Signature

8 ulasan:

  1. lapar tengok potato fritters ni..nyum2

    BalasPadam
  2. Trending sangat kan dia ni, ada kawan share dia letak udang

    BalasPadam
  3. @Hernee NazirBaru tengok belum bau dia lagi Hernee... lagi rase nak gulin-gulin 2 km hahaha...!

    BalasPadam
  4. @Tina OthmanTulah.. havoc sangat walhal cekodok aje hagaga! Ak-ah Tina, selepas percubaan pertama ni kite rasa kalau bubuh udang memang sangat ohsem rasanye nanti!

    BalasPadam
  5. oooo... benda ni... tau2... wife penah masak...

    BalasPadam
  6. @Alongxp.comOoo penah masak ye.. nape dia takpenah hantar kat sini pun hehe...

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .