Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Selasa, 22 November 2011

TErime... KAAA...sih Cek..GU! (nada macam dalam kelas)

Selasa, November 22, 2011 2 Comments


Entry ni yelah satu entry khas buat semua guru-guru kelas 3 Bestari dan 5 Cemerlang yang telah membimbing dan mendidik anak-anak saya yeitu; Said Amirul dan kakaknya, Mariatul Qibityah sebagai tanda TERIMA KASIH dari saya dan bapa mereka kepada semua. Pencapaian cemerlang mereka berdua dalam peperiksaan akhir tahun 2011 baru-baru ini amat-amat mengharukan saya sebagai seorang ibu kerana akhirnya penat-lelah saya untuk memastikan kejayaan mereka berdua telah pun membuahkan hasil. Bagaimanapun, sudah pastinya kejayaan mereka juga adalah hasil usaha yang tidak jemu dari guru-guru mereka berdua dari awal persekolahan hinggalah sekarang. Oleh sebab itu, saya ingin mendedikasikan entry kali ini buat sume guru-guru yang mengajar mereka berdua yeitu: -


  • Ustazah Rosnirah
  • Puan Kalaivani
  • Encik Fairuz
  • Ustad Hafifi
  • Puan Rohaya
  • Puan Malini
  • Puan Nabilah
  • Puan Maslianee
  • Cik Nurulhaizan
  • Puan Norlela
  • Puan Norlina
  • Ustazah Arikah
  • Puan Rosnita
  • Encik Rizal
  • Puan Salwah
  • Ustad Saiful Azli
  • Encik Shahrul
  • serta semua guru-guru yang terlibat secara tidak lansung mengajar mereka berdua tetapi tidak disebutkan di sini.

Oleh sebab saya tak pandai bersajak *malu*, maka saya tujukan sajak dari Encik Gugel yang telah diubah-suai ni buat semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Danau Kota, Kuala Lumpur. Sekian, sekali lagi TERIMA KASIH!


Thank you teacher,
for your commitment
to impact your students in a positive way
with the dynamic gift of knowledge
We have not grasped before today.

Thank you for coming to work early
and staying long into the night
making sure each of our children has gotten the lesson right.
Thank you for the hours you spend
doing work for administration,
attending meeting and often-
sacrifying your vacation.

Thank you for the progress reports
we need to see
so we will know that our children
are improving gradually.

Thank you for repeating each lesson
when our children's concentration wanes,
for answering their endless question,
And remembering their names.

Thank you for teaching them to obey the rules,
and to do as they are told.
Thank you for enduring their restlessness
as their character you mold.

Thank you for continuing your own education,
learning more each year
about advancements and teaching techniques
that are essential in your career.

And, we thank you for your family
for all the time you spend with our children.
We appreciate them too,
for they are truly generous.

Thank You, teacher!

Mariatul Qibtiyah merupakan penerima Anugerah Anjakan Saujana manakala Said Amirul  berjaya mendapatkan 9A dalam keputusan peperiksaannya.

Nak gak interprem! Haha... gambo muka tahan nanges! Gambar kredit to Cikgu Jasni Daud (pun salah sorang cikgu yang dah banyak tolong saya ni. Mekaseh!)


Signature

Jumaat, 18 November 2011

Resepi: Jelly Konyaku versi Deeb!

Jumaat, November 18, 2011 2 Comments


Haritukan si Maria soh saya (SAYA???) wat apam polka dot versi stroberi? Dah jenuh saya wat eksperimen, tetiba dia tuka pikiran nak bawak jelly pulak ke jamuan akhir tahun kelas dia tu. :puteh_16: Baran? Owh tidakkk... saya ni kan penyabar orangnya. Saya wat jugak jelly tu selepas membuat bunyi-bunyian guna subwoofer semulajadi saya sebab dah dia ndakkan? Alahh, bukan selalu pun, setahun sekali je...


So saya pun decide jelly yang paling malas sedap yelah jelly Konyaku. Korang pernah terai tak? Sure la pernahkan? So ekcelli bukanlah saya nak bagi resepinya pun :14: sebab kalau korang beli jelly tu, resepinya dah memang ade kat belakang peketnya. Yang nak saya bagitau ni yelah cara-cara caner nak bagi lagi sedap. Ahaaa...! :mDarah:


Kalau ikut cara saya, kurangkan 250ml dari air yang sepatutnya korang masukkan dengan jelly tu (rasanya air supposedly 1000ml). Pastu gantikan amaun air yang sepatutnya korang masuk tu dengan kordial apa-apa perisa yang korang suka contohnya cam sarsi ke, grape ke... tapi yang penting pastikan kordial tu yang dah siap air gula okeh contohnya cam brand F&N dan Jalen. Pehtu masak la jelly tu ikut aturan belakang peketnya tu cam biasa. Nak lagi sedap, masukkan sebijik dua nata de coco dalam acuan sebelum tuangkan jelly ke dalamnya. Hmmm... memang sedap! :07:


Notakaki saiz tujuh:
Hopefully entry ni telah menjawab soklan cikgu-cikgu Maria yang mintak resepi haritu ye, hehe....

Psstt lagi satu: ... *sambil tersipu-siput malu* skang dah bahasakan diri 'saye'... lagi! Cam ayu je mak kan? *muntah 3 baldi* Haaalaaa... since rasanye cam ramai yang masuk sini dah tak diketahui umur dan latar-belakangnya so rasanya saya kena tukar kot supaya lebih 'mesra alam' *Kate kau* (tak kena potong markah sebab sebut 'kau' bukan 'aku' kan? Ngeee...)


Signature:03:

Rabu, 16 November 2011

Resepi: Kek Confetti Madeleines Berkelapa

Rabu, November 16, 2011 4 Comments


Nama kan main panjang walhal kek biase je pun, haha... :pandaGeli_11: Ekcelli namanya gitu sebab ghupe asal kek ni berbentuk ala kon (atau 'Madeleine') menggunakan acuan nama yang serupa. Kek ni memang 'trademark' mak aku sebab bile hari perayaan cam hari raya ke, besday ke... kek nilah yang dia akan wat. Cuma bezanya mak aku bakar dalam acuan empat segi jek so takdelah kek tu berbentuk kon aka madeleine itu.



Meh kaji bahan-bahannya dulu:
  • 1 cawan kelapa kering (diwarnakan lain-lain kaler. Kalau maleh cam mak aku bior je kaler putih tu)
  • 2/3 cawan= 133gm Buttercup (wajib- kalau pakai butter lain tak sodap!)
  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 biji telur saiz A
  • 1 3/4 cawan= 200gm Tepung naik sindri
  • 3 sudu besar air



Skang cara membikinnya: -
  1. Gaulkan mentega dengan gula sampai ringan dan lembut. Kalau tak, tak aci.
  2. Masukkan telur secara sikit demi sikit sambil pukul sampai abes.
  3. Masukkan berganti-ganti tepung dan air. Kalau mula dengan tepung, akhirnya pun mesti tepung gak. Ko tak langgar syarat.
  4. Lepas tu bakar dalam oven suhu 180 darjah Celcius selama 50-60 minit sampai lebam masak.
  5. Bila dah masak, sejukkan dan sapu jem di permukaan kek (Ak-ahkan? :pandaGeli_31: Kat bahan tu tadi tak taruk jem. Ahaks! Dah- gi beli skang!) Pastu taburlah kelapa kering kat atasnya. Dah siapppp...!

Owh ye, lupe lak. Mak aku tak kalerkan kelapa kering tu. Instead dia kalerkan kek tu ala-ala marble technique gitu je.

Notakaki saiz tujuh:
Wah, wahhh... pict Farah skang sume dah de watermark blogspot dowh! Ak-ah! Kalau tak wat senaseb gak gamaknye aku ngan rakan blogger aku yg gambonye kena curik! Pastu tak malu lak ngaku gambo tu dia yg hamek. :bofu_10: Dia tak tau yg kite ni banyak tul mase nak masak pastu amek gambo lagik, tertonggang-tonggeng! Dia slumber badak je curik pastu ngaku dia yg punye. Erk!!! Takmo, takmooo... tak baikkk...!


Signature:buzz:

Selasa, 15 November 2011

Film Review: Signs

Selasa, November 15, 2011 0 Comments


Ada tak sesape yang penah tengok cite lakonan Mel Gibson nih? Cite ni movie tahun 2002 tapi aku baru je tengo kat channel StarWorld Movies haritu. Kalau korang nak tengok, bolehlah tangok under channel SWM kat Astro tu. Alah... biaselah kan Astro, cite ni ulang-ulang je sampai sebulan jadik korang bolehlah tengok sampai lebam! Ahaks! Aaa??? Tak subscribe? Tulah.. kan aku dah soh pakai Dreambox... bayar RM25/- je sebulan sume channel boleh layan! Ahaks! *riak*

Jom tengok barisan pelakon utamanya:


Mel Gibson...Rev. Graham Hess
Joaquin Phoenix...Merrill Hess
Rory Culkin...Morgan Hess
Abigail Breslin...Bo Hess




Sinopsis citenya: -


Selepas kematian isterinya dalam satu kemalangan luarbiasa, Paderi Graham (lakonan Mel Gibson) mula hilang kepercayaannya kepada tuhan dan terus meninggalkan gereja. Lantas beliau memilih untuk mengerjakan ladang jagungnya yang berekar-ekar tu. Adiknya yang merupakan juara pemain besbol dan pernah beberapa kali mendapat anugerah atas kehebatannya membuat hayunan yang kuat; tinggal bersamanya untuk menjaga anak-anak abangnya itu yeitu Morgan (budak yang berlakon Home Alone tu) pengidap asma kronik dan adiknya, Bo yang mempunyai satu tabiat pelik yeitu minum air yang banyak dan cerewet mengenai kebersihan minumannya itu. (Korang akan tau kat ending upenya ade sebab nape tuhan jadikan dia camtu) Owh ye, budak Bo ni gak ade deria rasa hati yang kuat (dan dia sangat comel! Ahaks!)


Pada suatu hari, dorang menjumpai bentuk bulatan yang sangat besar kat ladang jagung tu. Memula dorang ingat itu cuma keje budak-budak liar kat kampung tu tapi bila banyak tempat diseluruh dunia yang alami benda tu, dorang mula rasa ade sesuatu yang tak kena. Binatang-binatang peliharaan pun jadi liar dan ganas. Morgan percaya itu adalah perbuatan makhluk asing dan membeli sebuah buku untuk mengkajinya. Memula, ayahnya tak percaya tapi bile dah kuar brite kat TV barulah dia akui kebenaran kata-kata anak dia tu.


Bermulalah episod cemas bile makhluk asing membuat percubaan memasuki rumah dorang. Tapi biasalah, mestilah dorang selamatkan. Cuma waktu ni penuh dengan babak-babak yang mencemaskan la. Akhirnya selepas satu malam dorang berkurung menyelamatkan diri, pagi esoknya dorang pun kuar dari tempat persembunyian tu. Tapi rupa-rupanya ade lagi sekor makhluk asing yang tinggal kat situ nak balas dendam kat Graham sebab dia pernah tetak jari dia sebelum tu. Mase ni Morgan dah pengsan sebab kena serangan asma dari malam tu lagi. Mase ni makhluk asing tu berjaya dapatkan Morgan dan sembur racun dalam hidung dia. Tapi akhirnya makhluk asing tu berjaya dihapuskan bile adik Graham membuat hayunan berani mati menggunakan kayu besbol yang dah lama dia wat perhiasan kat dinding dan air yang Bo selalu tinggalkan merata-rata atas TV dan meja tu tumpah lalu memusnahkan makhluk asing tu (skang baru tau nape Bo selalu ade tabiat suke tinggalkan air merata-rata tu)


Last sekali, tiba part sedih. Mase ni Morgan dah cam takde harapan dah nak idup. Akhirnya bapak dia mengakui yang tuhan boleh membuat keajaiban dan berdoa mintak selamatkan anaknya tu (dia sebenarnya dah lama tak percayakan kuasa tuhan sebab dia salahkan tuhan menyebabkan isterinya mati tu). Akhirnya cam biaselahkan... Morgan pun tetiba sedar semula. Dan ending cite ni menunjukkan yang Graham dah jadik paderi balik lepas tu.


Ape yang best pasal cite ni: -

  • Ekcelli cite ni bukan pasal makhluk asing la sesangat macam cite-cite makhluk asing yang biasa aku nengok tu. Tapi apa yang ingin disampaikan dalam cite ni yelah bagaimana hebatnya kuasa Tuhan dalam menentukan setiap apa yang sedang dan akan berlaku.

  • Cite ni penuh dengan mainan emosi. Ade masanya klaka dengan watak Graham yang cam blur dan kerenah anak-anaknya; ade masanya pula meruntun jiwa sebagai ayah yang sangat sabar dan sangat sayangkan anak-anaknya. Memang dalam cite ni kekuatan utamanya yelah kehebatan Mel Gibson menguasai emosi dan mengekspresikannya melalui memek wajah.

Pengajaran yang aku dapat dari cite ni yelah: -
  1. Kite takleh berputus asa dengan qada dan qadar Tuhan.
  2. Setiap yang berlaku adalah kehebatan perancangan Tuhan yang Maha Mengetahui sedangkan apa yang kite tau cume sebesar kuman saja.
  3. Walau apa pun yang berlaku, hanya Tuhanlah tempat kite memohon dan berdoa untuk kebaikan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
  4. ... akhir sekali, kasih-sayang seorang ayah biarpun tidak ditunjukkan tetapi mereka sangat menyayangi anak-anak mereka.

So, pelagi? cube-cubelah gugel kot-kot ade DVDRip yang boleh korang download. Kalau nak puas ati, layan je kat TV tu!


Notakaki saiz tujuh:
Tetiba tingat kat arwah abah. Dia pernah tulis dalam buku autograf aku- 'Kasih seorang ayah- walau apa yang berlaku kepada anak, ayah tetap menyebelahimu'...







Signature

Rabu, 9 November 2011

Resepi: Apam Polka Dot versi Strawberry

Rabu, November 09, 2011 2 Comments


Kalau korang masih ingat, dulu aku pernah wat Apam Polka Dot, kan? Well, haritu Maria mintak aku wat versi strawberry pulak untuk jamuan akhir tahun kelas dia. So, still gunakan resepi polka dot tu, cuma aku ubah certain part untuk resepi ni untuk bagi lagi sodap. Marilah mencuba!


Bahan-bahan
3 biji telur
275 gm tepung naik sendiri
220 gm gula halus/ kastor
150gm susu segar perasa strawberry Dutch Lady atau yang sewaktu dengannya
1 sudu kecil ovallete
Pewarna hijau dan pink


Cara membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit. Masukkan satu per satu bahan ye bukan hantam masuk sume hehe.
  2. Bahagikan adunan tiga bahagian: 1 senduk tanpa warna, 2 senduk warna hijau dan selebihnya masukkan kaler pink. Pastu yang kaler ijau ngan takde kaler tu masukkan dalam piping beg ye.
  3. Masukkan satu sudu teh adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  4. Picitkan warna ijo kat bahagian atasnya sikit je untuk membentuk daun. Pastu dot dotkan bahagian bawahnya dengan adunan yang takde kaler tuh tadi.
  5. Kukus dalam pengukus (yang telah dipanaskan sehingga air menggelegak terlebih dahulu) selama 10 minit atau sehingga konpem masak.


Tadaaaa... skang boley makan!




Signature

Selasa, 8 November 2011

Resepi: Dodol

Selasa, November 08, 2011 2 Comments


Sila sebut betul-betul ye- DODOL bukan Badul! Ape itu dodol? Haaa.. meh kite tambah pengetahuan sket. Mengikut kata Wikipedia: -


Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka dan di Muar,Johor . Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapatepung beras,gula pasirgula melaka dan garam.

Kini, Dodol merupakan suatu makanan manisan yang amat popular dan digemari di Indonesia,MalaysiaFilipinaSingapura, dan Sri Lanka. Manakala di Filipina, khususnya pada wilayahIlocosLuzon dan di bahagian LanaoMindanao serta di India khususnya pada wilayah Goa.

Pada asasnya, manisan Dodol ini diperbuat daripada perahan susu dari buah kelapa tua, jageri (gula batu merah yang diperbuat dari ekstrak tebu atau gula melaka) serta tepung beras ataupuntepung pulut. Semua ramuan ini akan diadunkan melalui kaedah kacauan yang berlangsung berterusan selama lebih kurang 3 hingga 4 jam pada suhu tinggi untuk masakan yang sesuai. Hasilnya, fizikal dan rasa Dodol akan berubah menjadi melekittebal dan manis. Di kebanyakan negara Asean, Dodol telah menjadi bahan santapan khususnya pada hari perayaan Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Haji. Terdapat banyak versi Dodol yang berlainan samaada dari segi warnanya yang kebanyakannya berwarna perang gelaphijau dan kuning. Rasa Dodol juga turut dipelbagaikan, namun versi rasanya yang selalu dinikmati adalah dalam keadaan rasa Durian,Kelapa dan Pisang.

Ye... selain kite ade tukang kacau yang gagah, kite juge mesti ade sorang mandor pemerhati dan sorang tukang rasa untuk melengkapkan korum.

Haritu kami sume adik-beradik belah pak ustad diseru balik untuk menggodek dodol. Mentua's aku memang suke buat sendiri sume kuih tradisional ni. Yelah kalau beli blom tentu dapat yang sedapkan. So haritu sume kaum bapa selinsing lengan la mendayung dodol satu kawah, hehe... Resepi ni aku tak sure same ke tak dengan mentua aku punye tapi bolehlah kalau nak terai. Aku tau bedal je ngeee...



Bahan-bahan:
  • 1.8 kg tepung pulut
  • 300 gm tepung beras
  • 3.6 kg gula melaka 12 biji kelapa parut
  • 15 helai daun pandan
Cara penyediaannya:
Bancuh tepung beras dan tepung pulut dengan santan. Setelah itu tapis ke dalam kuali besi. Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan. Bila telah larut masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Dengan menggunakan api yang perlahan jerangkan adunan ini sambil dikacau dan apabila setengah masak, masukkan pati santan dan terus kacau sehingga masak.
Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu, dodol hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Setelah 2 jam dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.
Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat. Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat.


Dah puas makan kacau dodol, petangnya sambut besday mak mentua, adik ipar ngan Maria pulak. Turutan tarikh besday dorang ni cam ketapi- 20/21/22hb - selang sehari je beranak weh, heheh! Tapi sumenya wat cepat-cepat since sume nak kena balik sebelum Maghrib haritu. So ini jelah yang ada. Layannn...

Kek ditaja oleh ibu dan anak-anak

Ni je yang sempat wat. Kuih lapis tu kakak ipar wat. Jangan tanye dibelakangnya tu kek apa. Itu kek tak jadi *Malas nak cite*

Akhil- nak dapat adik lagi... ! Jelesnya i.... haha!

Sesi berebut ngaku siapa punya


Notakaki saiz tujuh:
Toksah mintak nak rase dodol tu ye. Belom sempat ghaye dah abes!!! Pelahap betul lah korang nih! Haha!


Signature
Follow Me at flickr! .