Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Rabu, 16 November 2011

Resepi: Kek Confetti Madeleines Berkelapa



Nama kan main panjang walhal kek biase je pun, haha... :pandaGeli_11: Ekcelli namanya gitu sebab ghupe asal kek ni berbentuk ala kon (atau 'Madeleine') menggunakan acuan nama yang serupa. Kek ni memang 'trademark' mak aku sebab bile hari perayaan cam hari raya ke, besday ke... kek nilah yang dia akan wat. Cuma bezanya mak aku bakar dalam acuan empat segi jek so takdelah kek tu berbentuk kon aka madeleine itu.



Meh kaji bahan-bahannya dulu:
  • 1 cawan kelapa kering (diwarnakan lain-lain kaler. Kalau maleh cam mak aku bior je kaler putih tu)
  • 2/3 cawan= 133gm Buttercup (wajib- kalau pakai butter lain tak sodap!)
  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 biji telur saiz A
  • 1 3/4 cawan= 200gm Tepung naik sindri
  • 3 sudu besar air



Skang cara membikinnya: -
  1. Gaulkan mentega dengan gula sampai ringan dan lembut. Kalau tak, tak aci.
  2. Masukkan telur secara sikit demi sikit sambil pukul sampai abes.
  3. Masukkan berganti-ganti tepung dan air. Kalau mula dengan tepung, akhirnya pun mesti tepung gak. Ko tak langgar syarat.
  4. Lepas tu bakar dalam oven suhu 180 darjah Celcius selama 50-60 minit sampai lebam masak.
  5. Bila dah masak, sejukkan dan sapu jem di permukaan kek (Ak-ahkan? :pandaGeli_31: Kat bahan tu tadi tak taruk jem. Ahaks! Dah- gi beli skang!) Pastu taburlah kelapa kering kat atasnya. Dah siapppp...!

Owh ye, lupe lak. Mak aku tak kalerkan kelapa kering tu. Instead dia kalerkan kek tu ala-ala marble technique gitu je.

Notakaki saiz tujuh:
Wah, wahhh... pict Farah skang sume dah de watermark blogspot dowh! Ak-ah! Kalau tak wat senaseb gak gamaknye aku ngan rakan blogger aku yg gambonye kena curik! Pastu tak malu lak ngaku gambo tu dia yg hamek. :bofu_10: Dia tak tau yg kite ni banyak tul mase nak masak pastu amek gambo lagik, tertonggang-tonggeng! Dia slumber badak je curik pastu ngaku dia yg punye. Erk!!! Takmo, takmooo... tak baikkk...!


Signature:buzz:

4 ulasan:

  1. wah menarik jugak ni, nanti boleh try

    ada ye yg curik gambar? risau jugak ni, sebab tu skrg tina pun letak watermark, manalah tau kan, gambar tak comel pun kot ada org berkenan nak curik

    BalasPadam
  2. @Tina OthmanItulah Tina. Bukan setakat gambo makanan, sume gambo pun dia hentam curik. Sengal tul. Better beware ngan orang tak siuman camtu.

    BalasPadam
  3. @Fabulous MeYe memang sedap. Cubelah! Pastu wajib anta sini sebab nak bg markah jadi ke tak haha!

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .