Sila sebut betul-betul ye- DODOL bukan Badul! Ape itu dodol? Haaa.. meh kite tambah pengetahuan sket. Mengikut kata Wikipedia: -
Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka dan di Muar,Johor . Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras,gula pasir, gula melaka dan garam.
Kini, Dodol merupakan suatu makanan manisan yang amat popular dan digemari di Indonesia,Malaysia, Filipina, Singapura, dan Sri Lanka. Manakala di Filipina, khususnya pada wilayahIlocos, Luzon dan di bahagian Lanao, Mindanao serta di India khususnya pada wilayah Goa.
Pada asasnya, manisan Dodol ini diperbuat daripada perahan susu dari buah kelapa tua, jageri (gula batu merah yang diperbuat dari ekstrak tebu atau gula melaka) serta tepung beras ataupuntepung pulut. Semua ramuan ini akan diadunkan melalui kaedah kacauan yang berlangsung berterusan selama lebih kurang 3 hingga 4 jam pada suhu tinggi untuk masakan yang sesuai. Hasilnya, fizikal dan rasa Dodol akan berubah menjadi melekit, tebal dan manis. Di kebanyakan negara Asean, Dodol telah menjadi bahan santapan khususnya pada hari perayaan Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Haji. Terdapat banyak versi Dodol yang berlainan samaada dari segi warnanya yang kebanyakannya berwarna perang gelap, hijau dan kuning. Rasa Dodol juga turut dipelbagaikan, namun versi rasanya yang selalu dinikmati adalah dalam keadaan rasa Durian,Kelapa dan Pisang.
|
Ye... selain kite ade tukang kacau yang gagah, kite juge mesti ade sorang mandor pemerhati dan sorang tukang rasa untuk melengkapkan korum. |
Haritu kami sume adik-beradik belah pak ustad diseru balik untuk menggodek dodol. Mentua's aku memang suke buat sendiri sume kuih tradisional ni. Yelah kalau beli blom tentu dapat yang sedapkan. So haritu sume kaum bapa selinsing lengan la mendayung dodol satu kawah, hehe... Resepi ni aku tak sure same ke tak dengan mentua aku punye tapi bolehlah kalau nak terai. Aku tau bedal je ngeee...
Bahan-bahan:
- 3.6 kg gula melaka 12 biji kelapa parut
Cara penyediaannya:
Bancuh tepung beras dan tepung pulut dengan santan. Setelah itu tapis ke dalam kuali besi. Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan. Bila telah larut masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Dengan menggunakan api yang perlahan jerangkan adunan ini sambil dikacau dan apabila setengah masak, masukkan pati santan dan terus kacau sehingga masak.
Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu, dodol hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Setelah 2 jam dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.
Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat. Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat.
Dah puas
makan kacau dodol, petangnya sambut besday mak mentua, adik ipar ngan Maria pulak. Turutan tarikh besday dorang ni cam ketapi- 20/21/22hb - selang sehari je beranak weh, heheh! Tapi sumenya wat cepat-cepat since sume nak kena balik sebelum Maghrib haritu. So ini jelah yang ada. Layannn...
|
Kek ditaja oleh ibu dan anak-anak |
|
Ni je yang sempat wat. Kuih lapis tu kakak ipar wat. Jangan tanye dibelakangnya tu kek apa. Itu kek tak jadi *Malas nak cite* |
|
Akhil- nak dapat adik lagi... ! Jelesnya i.... haha! |
|
Sesi berebut ngaku siapa punya |
Notakaki saiz tujuh:
Toksah mintak nak rase dodol tu ye. Belom sempat ghaye dah abes!!! Pelahap betul lah korang nih! Haha!
Minggu lalu ketika saya mengendarai Perodua Bezza 2020 saya, saya juga tiba di tempat ini untuk makan.
BalasPadamSerius arr... kot ya pun nak spam beragak la sket. Tu kat umah mentua tu hahahaha!
Padam