Mari belajo SIVIK bersama Che'gu Ummi
Farah Deeb
Ahad, Julai 10, 2011
0 Comments
Yes anak-anak. Seperti yang dijanjikan, hari ini che'gu ingin sama-sama mengajak anak-anak sume untuk mengenali apakah itu erti 'Sivik'.
Yaaa... pertama sekali, mari kite sama-sama lihat contoh gambar di atas. Apabila kite ingin mem'parking'kan kete kite, jangan sama-sekali menghalang kete orang lain untuk keluar seperti gambar di atas ye. Kerana manalah kite tahu, mungkin pemilik kenderaan tersebut kena cepat balik ghumah sebab nak masak tengahari untuk anak-anaknya tapi terbantut sehingga tiga jam hanya sebab menunggu kete anda dialihkan. Kesudahannya, anak-anaknya sume terpakse berlapo dan kena makan kerepek pedas je dulu sehingga nasik siap dimasak.
Oleh sebab itu, sekiranya anda mempunyai keinginan untuk melakukan aksi 'parking' yang sebegitu, adalah disarankan supaya anda menulis nota yang mengandungi nombor tepon anda dan diletakkan di dashboard kete supaye orang yang nak kuar tu bleh menelepon anda dan anda pun bleh berlagak takdepe berlari-lari anak mengalihkan kete anda itu ye. Dengan cara itu, anak-anak orang itu takla kelaparan dan anda pun bleh amek parking orang tersebut pulak dengan hematnye.
Mari kite beralih ke gambar yang kedua pula. Ini adalah contoh gambar sebuah kete yang kena langgar dan pemandu yang melanggarnya 'cabut lari' dengan vannya sekali dengan slumbernya. Nampak hebatkan? Dah hentam cam Transformer bantai bangunan sampai bengkok ke dalam jadiknya, cermin lampu pecah; pastu boleh blah camtu je. Syabbas... syabbas Inspektor Saab. Itu menunjukkan yang orang itew tidak mempunyai nilai-nilai sivik seperti yang kite bincangkan. Sekiranya anda mempunyai masalah seperti orang ini, sile ajak kete lain hentam balik kete korang tu cam transformer dan masalah mental anda insyaallah akan selesai.
Ye... untuk pengetahuan korang, dua-dua gambo tu yelah kete yang same yeitu sejibik kete Kenari berwarna merah yang telah dijaga dengan baiknya selama 8 tahun. Gambar yang pertama tu dia kena dajal mase kat UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Manakala gambo yang kedua tu plak mase parking kat depan umah mak tuannya sendiri. Dan untuk pengetahuan korang jugak... kete Kenari yang kena dajal tu yelah kete akuuuuuuuuuuuuuuu...!!!!!!
*Memang siamang tul la korang yang takde sivik neh!!!*