JJCM: Restoran Barracuda
Farah Deeb
Ahad, November 25, 2018
1 Comments
RATING
Service:
Food:
Food:
AMARAN! IMEJ MUNGKIN MENYEBABKAN KEROSAKAN KELENJAR AIRLIUR.
GRILLED PEPPER CHICKEN
Kalau korang dah baca review saya dulu, menu ni memang sedap dan percaya atau tak, rasanya masih sesedap enam tahun lepas. Kepingan ayam tu disalut dengan rempah dan dipanggang elok-elok on time je so bila korang makan, menitik-nitik jusnya tau huhuuu...
Dulu, kini dan selamanya, ni lah satu-satunya Chicken Chop yang paling saya suka sebab ianya sangatlah crunchy dan tak berminyak! Itu sangat penting ok untuk mengurangkan lelemaks yang ada haha! Apa yang saya perasan portion dia dah semakin besar sampaikan saya kena kongsi berdua dengan budak tahun 4 itu. Ini kalau Wan Dolly ada sini konprem dah dia order menu asasi dia nih!
Well, lamb chop ni sememangnya satu kemestian bagi pak ostad kalau makan makanan Western. Yang best pasal lamb chop kat sini yelah dagingnya tak bau hamis lansung. Dagingnya pun masih selamat digigit oleh orang yang pakai gigi pelesu heheh! Kalu nak kurus cepat, pilihlah lamb chop ni sebab berdasarkan kajian pak ostad punya reading timbang berat tak pernahnya naik. I is jeles.
Owh ye, kesemua menu-menu ni datang dengan set fries (yang giler banyak), sos cili, sos blackpepper (tak pedas so budak-budak boleh makan tanpa ada risiko menjadi penghuni jamban selepas itu), coleslaw (homemade yang sedap weh!) dan sayuran segar. Ekceli kan, ada banyak lagi menu selain tiga yang saya review ni. Antaranya fish & chip, beef steak, spaghetti aglio olio, carbonara, classic macaroni cheese, spaghetti bolognese dan lain-lain lagi. Dengo cite ada menu pasta yang baru nak masuk. Nanti boleh try hehe!
Bagi korang yang nak cuba meh la datang ke Restoran Barracuda ni di No. 39, Jalan Jati, Saujana Utama 2, Sungai Buloh, Selangor. Kalau hagak-hagak angin kemalasan melanda ataupun minyak kete tinggai nyawa-nyawa ikan je kan, dun wuri- call aje nombor Barracuda Delivery (018) 9186.196, buat pesanan tamak anda dan tunggu aje depan pintu!
Wei, kalau korang nak jimat, bermula dari 26hb hingga 29 November 2018 ni (hari Isnin sampai Khamis ye. Jemahat datang takde oper jangan bisin pulak!) bermula dari jam 5:00 petang bawak la ke pukul 11:00 malam, restoran ni ada buat promotion beli 3 set menu dapat 1 set menu PERCUMA tau! Maknanya korang save hampir 30% gak tu. (Duit lebih tu simpan buat beli shawl baru, kihkih!). Promo ni sempena Fiesta Jom Makan Western bersempena 6 tahun ulangtahun restoran ni beroperasi. Alah kira hadiah besday la ni tapi instead dapat hadiah tapi bersedekah dan berkongsi kegembiraan, eceh!
Okeh kalau korang usha-usha dulu sebelum datang bolehlah jenguk kat IG depa: restoran_barracuda ataupun kat Facebook: restoranbarracuda.
Sesapa yang datang makan kat sini boleh refer map ni ye!
Jom layan!