SPM2019: Budak Akaun... Post ini untuk anda!
Farah Deeb
Ahad, Mac 08, 2020
13 Comments
Mari kita mulakan entri ni dengan ucapan 'Alhamdulillah' dan 'Tahniah' buat semua SPM candidates 2019 walau dimana anda berada. Walau apa pun keputusan yang korang dapat, percayalah...
ITULAH PERANCANGAN ALLAH YANG TERBAIK UNTUK ENGKORANG, insyaallah!
Siyesli, saya teruja
1) Gred English=
Kod 1119 tu adalah result English SPM biasa yang merangkumi markah dari paper 1 dan paper 2.
GCE lak ialah markah dari Kertas 1 je dan diperiksa menggunakan standard Cambridge English oleh pemeriksa GCE Cambridge. Kegunaan GCE ni bila nak apply study ke luar negara tapi laku setahun sahaja okay... sama macam exam IELTS or TOEFL.
Tapi kan, senang betui hidup korang eh skang ni. Saya dulu kena menapak dari sekolah pegi kedewan sekolah STAR nak amek periksa English 1119 ni tau. Sampai dewan dengan bau ketiak panas, penat lak tu terus kena jawab soklan. Jadi jangan salahkan saya gred tak cantik haha! *alasan
2) 3756 LCCI=
LCCI tu stand for London Chamber of Commerce & Industry (LCCI) International Qualifications yang merupakan salah satu badan pengiktirafan antarabangsa yang terkemuka dari United Kingdom yang mengiktiraf kursus-kursus berkaitan dgn bidang perniagaan. So ada la gred-gred dia macam jadual kat bawah ni:
Nota: Permohonan sijil LCCI hanya boleh dibuat oleh calon yg mempunyai KOD KELAYAKAN MEMOHON SIJIL LCCI pd keratan keputusan SPM.
Kod
|
Kelayakan
|
Jenis sijil LCCI
|
1
|
Pass with Distinction
|
Level 2 Book - Keeping & Accounts
|
2
|
Pass with Credit
| |
3
|
Pass
| |
4
|
Pass with Distinction
|
Level 2 Book - keeping & Accounts
(Bahasa Melayu)
|
5
|
Pass with Credit
| |
6
|
Pass
|
3) 3756 LCCI-Prinsip Perakaunan=
Ada 2 keistimewaan siapa yang ambil Prinsip Perakaunan SPM...
1- Layak memohon Sijil LCCI
2- Layak mendapat pengecualian ACCA-CAT-FA1.
Istimewanya sebab ambil satu subjek tapi bila dapat result boleh dapat lagi satu sijil selain sijil SPM. Kegunaannya bila mohon kerja ada syarikat yang minta sijil ni so kat sini korang dah dapat jimat kos.
Pengecualian FA1 tu kalau sambung dengan ACCA akan terus dapat pengecualian CAT-FA1 so itu pun dapat jimatkan masa dan kos jugak.
5) Layak atau tidak mendapat sijil.
Okeh, sekarang kita cite bab cemana nak apply sijil LCCI tu, ye. Memula kita ucapkan mekaseh kepada hencek OmarFaayiz sebab kerana tweetnyalah saya dapat info ni. Mekaseh!
kredit to: https://twitter.com/omarfaayiz |
Untuk pengetahuan, dolu-dolu permohonan bleh dibuat secara manual tapi selepas SPM 2018, permohonan hanya diterima melalui online sajer kat website dibawah ni. Benda boleh online buat apa nak manual, kan? Heheh!
https://www.lcciasia.com/
kredit to: https://twitter.com/omarfaayiz |
Korang isi details & follow je step. Sila isi dan jangan lari.
kredit to: https://twitter.com/omarfaayiz |
Dekat select result, check la slip exam tu tulis dapat Distinction, Merit atau Pass, pastu tandakan. Jangan tipu ye.
kredit to: https://twitter.com/omarfaayiz |
Step seterusnya, amek je gambar slip sementara SPM korang tu dengan gambar kad pengenalan dan submit! Sonang sungguh, kan? Next, dia akan mintak kita buat bayaran RM35.00 untuk yuran pemprosesan + RM2.25 untuk caj e-service. Bayar jangan tak bayar! Demi masa depan okeh, apelah sangat mengorbankan RM37.25 itu huhu... Dah habis bayar, printlah permohonan korang tu so that nanti korang bleh gi cek kat sekolah samada sijil tu dah ready ke belum untuk di-collect ok!
Last but not least, dak Omarfaayiz ni ada jual buku soklan KBAT dan LCCI klon untuk kegunaan budak akaun SPM. So kalau berminat bolehlah dapatkan dari IG beliau! (Terlambat tau pasal buku ni. Budak dah dapat result baru tau kewujudannya, huhu...)
SEMOGA BERMANFAAT!