Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Jumaat, 27 Februari 2015

Indahnya Usrotul Baiti Jannati!

Jumaat, Februari 27, 2015 0 Comments


Seriously nak kabo...

Dulukan... masa zaman-zaman gile keje tak hengat, zaman dimana gadget harus sentiasa hapdet setiap bulan, juga zaman dimana tudung wajib mengikut trend semasa.. masa tu saya lansung tak tau apa itu usroh dan macamana usroh tu berlansung.

Satu hari saya terbaca tentang seronoknya sahabat blogger, InaAchik bila berusroh dengan muslimah tetangganya, saya rasa teruja nak cuba... tapi... masih... disebabkan sibuknya dengan urusan dunia, sibuknya memikirkan hal dunia... saya tak berusaha pun untuk carik majlis ilmu *huhu... moga Allah ampunkan kezaliman saya ke atas diri sendiri, amin!*

Sori Lut... terambek gambo hang tertido plak kuikui...

Hinggalah bila saya berpindah ke Bukit Saujana ni... Allah buka jalan yang mudah untuk saya mencari ilmu. Bermula dengan pengajian solat jenazah di surau, saya terus dipermudahkan jalan olehNya bertemu dengan muslimat-muslimat BS yang sangat mesra sehinggakan dari saling tak mengenali, sekarang kami sudah bagai adik-beradik, huhu... *terharu* Di sinilah saya mendapat kemanisan berusroh dan menghadiri majlis ilmu yang tak putus setiap minggu.

Misi menggemukkan muslimah BS ngeh, ngeh... Mekaseh wei susah-susah datang bawak makanan hehe...
Diyana: Kek Gula Hangus;
 Izan: Roti Jala
(senduk nanti i pulang balik ngan sesenduk cucuq udang na agaga!)
Kak Fie: Bihun Goreng;
Mee tak tau sapa bawak. Sila angkat tangan hehe!
Kuih-muih: Siti, Ina;
Kak Ila: Puding roti;
Kak Maznah/ Bai/ Ija/ Kak Leha: Buah-buahan.
Tuan ghomah? Hee... saya tak pandai masak ngee jadi saya wat Aglio Olio dengan Mushroom Soup & Garlic Bread. Dessert sempat Japanese Cheese aje tapi subhanallah, jiran-jiran saya ni banyak sungguh bawak makanan sampai boleh tapau balik lagi, Alhamdulillah!

Seriously jugak... dulu saya selalu ade negatif perskripsi tentang usroh dan majlis ilmu ni. Saya malas nak carik majlis ilmu sebab saya malu ilmu saya tak tinggi. Saya rasa saya tak layak nak duduk berkumpul dengan orang-orang yang tinggi ilmunya. Tapi rupanya saya salah. Bila kami berkumpul, masing-masing datang dengan satu tujuan iaitu untuk mencari ilmu. Yang lebih sedikit ilmunya bermurah hati berkongsi pengetahuan, yang kurang ilmu pulak tak segan silu berkongsi pengalaman. Dari situlah kami semua pulang dengan ilmu penuh di dada, insyaallah.

Sahabat-sahabat Muslimah BS saya yang cengginiiii...!
Belakang: Izan, Ina, Kak Fie, Ibu Siti, Adda, Luthfiah, Siti, Diyana, Baizura & Aida
Depan: Ija, Kak Maznah, Ustazah Farhiyah, Ibu Fatimah, Kak Ila, Siti & Eyta

Alhamdulillah dengan izin Allah, haritu rumah saya jadi tempat usroh kami. Seronok tau. Banyak keuntungan sebenarnya bila kita menjemput tetamu ke dalam rumah dan lagi lah berlipat ganda pahala bilamana kita mengadakan majlis ilmu di dalamnya.

Tuan ghomah nak gak interprem! Okey, saya gumuk!

Ada tiga cara untuk menghadirkan Malaikat ke dalam rumah dan salah satunya ialah dengan mengadakan majlis ilmu di dalamnya. Masuknya tetamu ke dalam rumah, membawa bersama mereka rezeki buat kita dan beredarnya mereka keluar dari rumah, akan membawa bersama dosa-dosa seisi rumah, Tetamu-tetamu juga bilamana mereka menjamah makanan di dalam rumah yang di dalamnya terdapat ibadah atau majlis ilmu, maka setiap amalan dan ibadah mereka yang berada dalam perutnya atau menjadi darah mereka, pahalanya itu juga akan dapat kepada tuan rumah yang menjamu mereka sebelum itu, Allahuakbar!

Indah sungguh berusroh, kan? Ruginya bertahun tak kenal usroh! Sob, sob... (Hantuk kepala kat dinding).


Signature

Selasa, 24 Februari 2015

D.A: Kambing Bakar Noxxa & Salad siap in 15 min jek!

Selasa, Februari 24, 2015 23 Comments


DURASI: 15 minit
OPERASI: High Pressure


Lama dah tak buat resepi atkins kan? Har har... keje asek cheating aje pastu bising bile nak kuruih. Sabo jelah kepada diri sendirik! Makanya harini meh la kite bertaubat sekejap ye. Resepi kambing ni ekcelli dulu dah post tapi kali ni saya pakai piuk Noxxa jadi cara masak dia lain le sikit. Lebih senang dan cepat sebenarnya dari masak atas dapo. Nak baca resepi dulu tu klik sini. Tamau kalu, sambung baca hehe... Meh tengok bahan-bahannya dulu: -


Bahan-bahan perapan kambing:
  • 6 potong daging kambing
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1 inci halia (ditumbuk halus)
  • 3 sudu sos tiram
  • 3 sudu kicap manis
  • 3 sudu madu 
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
Caranya:
  1. Masukkan kesemua daging kambing ke dalam piuk Noxxa dan tutup rapat. Setkan tombol pada Pressure dan tekan button High Pressure pada piuk tu. Masukkan masa selama 7 minit sahajer.
  2. Tunggu dia bunyik tit tit... haa dah masak le tu maknanye. Korang lepaskan tombol pressure untuk kuarkan tekanan dan bolehlah hidang ngeh, ngeh... cepat sungguh kan?
Skang bahan salad plak. Tengok gamba je aci tak? Hagaga... malas no ko nak menaip ye? Tapi nak menabung nuffnang kononnya kahkah. Yelah, yelah... nin dia bahan-bahannya: -
  • Setengah labu bawang bosa dihiris nipis
  • Sebijik dua tomato potong dadu
  • Sedikit daun salad dikoyak-koyak je
  • Sedikit daun ketumbar dicincang
  • Sebatang timun jopun dihiris nipis
  • Sebijik cili benggala. Omputeh kata capsicum. Cincang je beliau.
  • Ubi 3 ketul rebus dulu lepas tu potong dadu (in case korang atkiners fasa 1, silelah abaikan ubi ni ye)
  • Mayonis kimball (0 carb) / kewpie ikut bape banyak nak bubuh
  • Sedikit garam

Caranya: -
Masukkan kesemuanya ke dalam bekas dan gaulkan. Huk aloh senangnya!
Tunggu ape lagi? Marilah sappede! Ngeh, ngeh....


Notakaki Saiz Tujuh:
Saya boleh tolong dapatkan periuk Noxxa ni kalau korang berminatWhatsapp/ telegram saya kat (016) 2290.444 ye.Boleh beli by cash, ansuran pun boley!
Signature

Isnin, 16 Februari 2015

Resepi: Mushroom Soup Homemade! Jimat sey!

Isnin, Februari 16, 2015 10 Comments


Warghahaha.. tokei kedai kalau dapat tau ni konpem marah punya sebab buat pendedahan eksklusif ni! Heee... Korang tau dak, sempena CNY ni kan, ade offer tau Mushroom Soup yang dalam tin tu (namanya dirahsiakan hehe...) RM13.90 untuk 3 tin. Tapi korang nak tau tak? Sebenarnya dengan kos 3 tin harga promosi tu, korang boleh dapat seperiuk mushroom soup homemade yang fresh lagik! Tak tipu! Meh tengok bahannya: -


  • 200 gm/ 1 peket Cendawan Shitake
  • 500gm Single Cream atau Fresh Milk (saya pakai Fresh Milk je sebab dah tawaf satu supermarket tapi tak jumpak gak single cream tu)
  • 12 sudu tepung gandum
  • Sedikit butter
  • Air secukupnya
  • Garam
  • Perasa (kalau suke)


Cara buatnya pulak: -

Memula hiriskan cendawan shitake nipis-nipis dan gorengkan dengan butter sampai layu dan warnanya bertukar agak keperangan. Kendian, masukkan tepung gandum dan kacau sampai rata. In case korang terlupa macam saya ngeh, ngeh... jangan risau sebab korang boleh bancuh ia ngan sedikit air untuk jadikannya pes dan simpan dulu sehingga next step.

Masukkan cendawan tadi ke dalam blender bersama sedikit air dan blendkan sekejap. Kendian tuangkan ke dalam periuk.
Tuangkan susu dan kalau rasa perlu bolehlah tambahkan air lagi ikut banyak mana suka. Last sekali masukkan garam dan serbuk perasa. In case korang terlupa goreng cendawan dengan tepung gandum tadi, well nilah masa yang tepat untuk masukkan tepung yang korang dah jadikan pes tu tadi ye!
Okay! Dah siap! Wallah!

Notakaki Saiz Tujuh:
In case korang buat untuk kuantiti yang kecil, reducekanlah amount bahan-bahan tu tau. Yang ni bahan untuk satu periuk besar!


Signature

Isnin, 9 Februari 2015

Resepi: Nasi Arab Noxxa

Isnin, Februari 09, 2015 4 Comments


DURASI: 30 minit
JENIS OPERASI: Stir Fry & High Pressure

Semenjak ada piuk Noxxa ni makin bertambah ghajin plak nak masak nasik yang bukan nasi putih. Abeslaa atkins mak, nak huhuuu...Boleh je abaikan nasi dan makan lauk dengan sayur aje tapi mana aci penat masak tak dapat makan kan? Hehehe... Haa meh kite kaji bahan-bahannya: -



  • 2 cawan beras basmathi- rendam 1/2 jam & tos (saya pakai beras biase jek)
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 5 ketui ayam
  • *2 ulas bawang putih- hiris halus
  • *1 labu bawang besor- hiris
  • *1/2 inci halia- cincang
  • *3 biji buah pelaga
  • *1 batang kayu manis
  • *1 biji cili hijau- cincang
  • *1 tangkai daun saderi- cincang
  • *1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan kismis hitam dan perang
  • Secubit safron- hujung jari (saya tak letak sebab takdok! Heh!)
  • Minyak jagung & garam


Caranya:  -

  1. Masuk minyak, tekan button 'Stir Fry' dan button 'ON'. Masukkan bahan tumis yang bertanda * di ataih tu ye dan kacau sampai wangi. Kendian masukkan ayam dan safron. Masak sampai garing pastu masukkan iar, susu cair, garam dan beras. Tutupkan periuk dan tekan button 'OFF'.
  2. Tekan butang 'High Pressure' dan setkan masa selama 7 minit serta tekankan button 'ON'. Bila dah masak, tekan button 'OFF' dan lepaskan tekanan pada tombol atas sekejap. Bila dah boleh bukak penutupnya, masukkan kismis, gaulkan dan tutup semula.

Jelatah ni option. Sonang je buatnye. Hiris timun, carrot dan nenas pastu gaulkan dengan garam, gula dan cuka sikit. Dah boleh makan hee...
TADAAAAA! Dah siap! OK FINEEEEEE..!!!! Nasik terlembik!! Kahkah!


Notakaki Saiz Tujuh:
Kalau korang rasa nak gak periuk Noxxa ni, 
korang boleh whatsapp/ telegram saya kat
(016) 2290.444 ye.
Boleh beli by cash, ansuran ataupun kutu dengan saya!
Eh! Terpromo lagik! Thee...!

Signature

Rabu, 28 Januari 2015

Resepi: Nasi Ayam Hainan Noxxa

Rabu, Januari 28, 2015 3 Comments


Rasanya kan, semua gegel dalam dunia ni mesti selalu berangan kalaulah boleh petik jari je kendian makanan pun dah siap terhidangkan? Punyelah malas habaq hangggggg... kannn? Maka harini saya nak cite macamana nak jimat masa memasak nasi ayam hainan. Walaupun bukan sepetik jari je boleh siap tapi at least masa yang saya guna cuma 30 minit aje, hebat tak? Ecehhh... Saya guna 5 minit untuk rebus ayam, 10 minit untuk tanak nasi dan 15 minit untuk sediakan bahan-bahan sampingan yang lain. Haaa meh nengok caner caranya. Memula kite tengok bahan-bahannya dulu. Saya cuba guna resepi dari Ariana'sStory ni dan diubah sesedap rasa hehe: -


Bahan untuk rebus ayam: 
1/2 ekor ayam
Air ~ mesti cukup untuk tenggelamkan ayam
Garam
Serbuk pati ayam ~ kalau suka
1 inci halia ~ diketuk

Cara penyediaanya: -

  1. Masuk je semua bahan tu dalam periuk Noxxa. Pastikan periuk tu tutup rapat dan set pada STEAM pada tombol laras bahagian atas penutup periuk tu. 
  2. Tekan button STEAM gak pada periuk dan setkan timer selama 5 minit. Tunggu sampai masa tamat dan keluarkan ayam dari periuk. 
  3. Simpan air rebusan ayam tu untuk tanak nasi dan bikin sup ye.


Actual colour nasik tu takdelah kuning ngat sebenarnya. Ni sebab kena cahaya kuning direct dari atas periuk hehe...

Untuk nasi:
2 cawan beras 
3 cawan air rebusan ayam - jika beras lembut kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras yg digunakan
2 ulas bawang putih - ditumbuk*
1 inci halia - ditumbuk*
Garam*
1 sudu besar majerin*
1 sudu besar minyak masak*
sedikit kulit kayu manis*
daun pandan*
sedikit pati nasi ayam hainan (jika suka)*

Notakaki saiz tujuh:  Semua bahan bertanda * di atas tu saya abaikan sebab saya guna serbuk DeliChef Hainanese Chicken Rice Mix. Mak bagi dia beli kat Cosway hehe...

Cara penyediaan:

  1. Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
  2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi. Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam. (Skip kalau guna serbuk DeliChef macam saya. Cuma masukkan beras dalam periuk, masukkan air rebusan dan tuang serbuk DeliChef)
  3. Pastikan periuk ditutup rapat. Setkan STEAM pada tombol atas periuk dan tekan button STEAM pada periuk. Setkan timer kepada 10 minit. Dah. Nanti dia dah masak dia tutup sendirik. Meh buat bahan sampingan plak.


Untuk sup:
Air rebusan ayam 
Daun sup ~ dihiris boleh juga bubuh sedikit sayur kobis jika suka.

Cara penyediaan: 
Air rebusan ayam tadi dididihkan.
Letaklah garam secukup rasa. Hidangkan bersama hirisan daun sup. Saya suka tabur bawang goreng sikit hehe...


Untuk sos cili: 
10 biji cili merah 
1 inci halia
2 ulas bawang putih 
1 sudu besar gula 
Garam 
2 sudu besar jus limau nipis 
1/2 botol sos thai 

Cara penyediaan:

  1. Kisar cili merah, halia. bawang putih dan jus limau.
  2. Masakkan dalam periuk. Masukkan gula, garam dan sos thai.
  3. Tumis seketika ( jika suka)


Untuk sos kicap: 
2 sudu besar sos tiram 
2 sudu besar sos cili 
2 sudu besar sos tomato 
3 sudu besar kicap manis 
5 sudu besar air rebusan ayam 
1 sudu besar gula 

Cara penyediaan: 
Campurkan semua bahan dan masak di atas dapur sehingga mendidih.

Sebenarnya ayam hainan tayah boh kicap tapi anak-anak saya suke style cenggini. Amek je ayam yang dah direbus tadi, lumur ngan kicap ABC dan sedikit garam. Lepas tu goreng sekejap.

Bahan sampingan (ulaman)
Terpulang kpd citarasa anda. 
1 batang timun ~ dihiris 
2 biji buah tomato ~ dihiris 
Salad ~ dihiris 
Bawang goreng ~ ditabur di atas nasi dan di dalam sup 
Minyak bijan ~ taburkan ke atas ayam yg telah dipotong.

SIAP SUDAHHHH! JEMPUT MAKAN errr.. TENGOK!

Notakaki Saiz Tujuh:
Kalau korang rasa nak gak periuk Noxxa ni, korang boleh whatsapp/ telegram saya kat
(016) 2290.444 ye.
Boleh beli by cash, ansuran ataupun kutu dengan saya!
Eh! Terpromo plak! Ngee...!

Signature

Selasa, 27 Januari 2015

Resepi: Pizza Paling Ringkas Di Alam Semesta!

Selasa, Januari 27, 2015 8 Comments


Salah satu benda yang 'MEMBAHAGIAKAN' menjadik sorang surirumah ni bagi saya ialah masa menyediakan bekal untuk anak-anak pi sekolah. Hek elehhh tah apa-apa.. macam la kalau kerja tak bahagia ek? Haha... well, truly saying- dulu masa keje pun saya buat jugak bekal untuk depa tapi 'the feeling' tu tak pure sebab sambil sediakan bekal tu dalam otak dok ligat pikir kang kita lambat nak gi kejelah, kang jalan jemlah, kat opis ada client tengah tunggu nak bambulah, nak pi hantar sikecik kat umah mak la lagi bla, bla bla.... Tapi bila jadi surirumah- waktu sediakan bekal dalam otak hati tele ngan dalam otak iaitu nak sediakan bekal- je! So automatik korang akan rasa hepi sangat lebih-lebih lagi bila anak tu balik kang tunjuk bekas kosong dan jerit, "Ummiiiiii, saya dah makan abes!" *Kembang hidung tujuh tahun!*


Ok back to resepi. Harini saya nak share resepi bikin pizza sendiri yang amek masa kurang dari setengah jam. So pizza ni sesuai dijadikan bekal sebab bukan saja cepat disediakan tapi dia jugak boleh difrozenkan dan dipanaskan semula bila-bila masa korang nak mamam!.
Jom tengok bahannya: -

  • Roti arab (saya beli kat pasar malam tapi biasanya kat kedai mamak banyak)
  • Sos Spaghetti Kimball perisa kari (sukeati koranglah nak perisa apa. Saya saja je nak try hee...)
  • Daging/ ayam kisar
  • Sosej dipotong serong
  • Sayur-sayuran ikut suka
  • Cheese cheddar/ mozarella parut
  • Daun basil/ oregano/ thymes atau apa je untuk tabur kat atas cheese (takde pun takpe)

Caranya: -

Memula amek je sebijik (?) roti arab tu dan sapukan sos spagheti tu kat atasnya rata-rata. Ikut suka la nak boh banyak ke sikit.

Susunkan sayur-sayuran dulu supaya dia tak kena api ngat nanti. Saya guna tomato je sebab tu je yang ade hehe... Bolehlah boh sayur lain macam cendawan, capsicum dan apa je yang korang rase logik. Kalau letak kangkung macam kuajaq plak kan...hehe...

Pastu baru susunkan sosej dan taburkan daging/ ayam kisar kat atasnya rata-rata. Kita tanak ade bahagian yang daging lebih atau sosej kurang sebab nanti akan berlaku perebutan ye...

Bila dah puas hati, last sekali barulah taburkan keju parut dan jugak daun basil/ oregano/ thymes atau ape je lah untuk hiasan dan bagi extra flavour sket... Bakar guna suhu 200 darjah celcius 10-15 minit atau sehingga keju mencair dengan menggunakan api atas saja. Kipas offkan ok.

Tadaaaaaa!!! Kan dah kata senang je! Jemput makan semua! Nyum, nyummmm...


Signature

Selasa, 30 Disember 2014

Cuti2 Malaysia: Wakaf Che Yeh- Siri VII: Mesti cuba di Kelantan!

Selasa, Disember 30, 2014 3 Comments


Akhirnya sampai la ke penamat siri hashtag Cuti2 Malaysia: Wakaf Che Yeh ni. Selama lima hari kat sana saya belajar yang negeri Cik Siti Wan Kembang ni memang kaya dengan pelbagai makanan yang sedap-sedap. Bukan tu saja tapi semuanya boleh didapati dengan mudah dengan harga yang murah. Uiks! Awat tetiba formal cengginih heh! Meh tengok apa makanan yang korang patut coba hasil ujikaji saya kat sana hehe...

NASI KAK WOOK
Nasi ni ialah nasi putih dengan gulai, sayur, sambal belacan dan ayam goreng yang dipotong kecik-kecik dan disaluti cili. Rasa dia lebih kurang macam nasi kukus ayam berempah kat KL ni cuma ayam dia la beza sket sebab bila digoreng kecik-kecik, ia lebih krup krap hehe... Lokasi saya beli ni kat tepi Perodua Wakaf Che Yeh aje. Kat jalan besar ada trapik lait tu korang amek kiri sekali dan masuk simpang kiri tu jalan sikit aje! Waktu operasi pagi pukul 7:00 sampai 10:00 tengahari rasanya.

KUIH-MUIH TRADISIONAL
Kuih-kuih ni saya beli kat kakak yang jual depan umah dia je dalam kawasan Jalan Pintu Geng. Selain kuih-muih, menu utama dia ialah nasi lauk campur yang yummeh jugak! Tabik kat kakak ni hehe... Meh nengok kuih apa saya beli; Dari atas ialah bahulu telur RM2/- aje. Sebelahnya saya taktau nama kuih tu ala lompat tikam tapi takde benda yang nak tikam tu haha.. Sedap sangat ok! RM2/- jugak. Bawah dia ialah putu halba RM2/-. Ramai suruh rasa so saya belilah putu ni tapi rupenya ia tak sama lansung rasa dengan putu beras sebab dia pakai ubi kayu. Saya makan migraine sampai petang hahaha! Bawah sekali pun saya taktau nama dia jugak RM2/-. Yang pasti ianya sangat yummeh yummeh dan yummeh! *melampau tak?*

NASI AIR DINGIN
Okeh... dalam seeeeemmuuuaaaa makanan yang saya makan sepanjang kat Kelantan ni kan, saya nak bagi award makanan yang paling dipuja dan teringat sampai meleleh-leleh airliur basi ni iaituuuu jeng jeng jenggg... Nasi Air Dingin! Nasi ni dijual kat tepi jalan je oleh sorang abe ni yang mana saya rasa dia mesti hapal muka saya sebab hari-hari singgah beli! Hehe... Lokasi dia ya amat sonang sebab cuma 3-4 meter je dari Perodua Wakaf Che Yeh. Kalau korang nak tau, nasi ni ekcelli cuma nasi putih, sambal belacan dan gulai lemak ikan tongkol aje. Tapi rasa dia? MABELES!

Yeaaa akhirnya tamat sudah! So sesapa yang garuk kepala tak tau pa cita saya dari hari pertama sampai la hari kelima saya jadi pelancong di tanah Kelantan, jemput-jemput ler singgah kat link di bawah ni ye! Adios!


Klik sini untuk baca kisah masa dalam perjalanan ke sini!

Sini plak cite pasal homestay yang kami stay masa kat sana!

Review pasal Restoran Istana Impian Catering kat sini: -

Last but not least *ewah* review kat Cafe D'Classic White Coffee

Signature
Follow Me at flickr! .