Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Isnin, 16 Februari 2015

Resepi: Mushroom Soup Homemade! Jimat sey!



Warghahaha.. tokei kedai kalau dapat tau ni konpem marah punya sebab buat pendedahan eksklusif ni! Heee... Korang tau dak, sempena CNY ni kan, ade offer tau Mushroom Soup yang dalam tin tu (namanya dirahsiakan hehe...) RM13.90 untuk 3 tin. Tapi korang nak tau tak? Sebenarnya dengan kos 3 tin harga promosi tu, korang boleh dapat seperiuk mushroom soup homemade yang fresh lagik! Tak tipu! Meh tengok bahannya: -


  • 200 gm/ 1 peket Cendawan Shitake
  • 500gm Single Cream atau Fresh Milk (saya pakai Fresh Milk je sebab dah tawaf satu supermarket tapi tak jumpak gak single cream tu)
  • 12 sudu tepung gandum
  • Sedikit butter
  • Air secukupnya
  • Garam
  • Perasa (kalau suke)


Cara buatnya pulak: -

Memula hiriskan cendawan shitake nipis-nipis dan gorengkan dengan butter sampai layu dan warnanya bertukar agak keperangan. Kendian, masukkan tepung gandum dan kacau sampai rata. In case korang terlupa macam saya ngeh, ngeh... jangan risau sebab korang boleh bancuh ia ngan sedikit air untuk jadikannya pes dan simpan dulu sehingga next step.

Masukkan cendawan tadi ke dalam blender bersama sedikit air dan blendkan sekejap. Kendian tuangkan ke dalam periuk.
Tuangkan susu dan kalau rasa perlu bolehlah tambahkan air lagi ikut banyak mana suka. Last sekali masukkan garam dan serbuk perasa. In case korang terlupa goreng cendawan dengan tepung gandum tadi, well nilah masa yang tepat untuk masukkan tepung yang korang dah jadikan pes tu tadi ye!
Okay! Dah siap! Wallah!

Notakaki Saiz Tujuh:
In case korang buat untuk kuantiti yang kecil, reducekanlah amount bahan-bahan tu tau. Yang ni bahan untuk satu periuk besar!


Signature

10 ulasan:

  1. serius senang! maceh..hehe..boleh buat!

    BalasPadam
  2. makan smpi kenyang..yuummyyy..
    tq share kak

    BalasPadam
  3. sedap tu..tk pernh try lg wat sdiri

    BalasPadam
  4. @timm billJangan lupe syarat utama nak bagi konpem jadik- lepas masak hantar sini! Hagaga!

    BalasPadam
  5. @Lynda Che LahTak dan nak kenyang Lynda! Habeh disapu dek budak-budak kat umah ni! Huhu...

    BalasPadam
  6. @mama tisyaAaaa memang sedap. Jangan lupa syarat tok wan tuu.. baca komen atas sekali ye! Agaga...

    BalasPadam
  7. Deeb, ada cara masak tertentu ke, sbb kalo aku buat letak tepung tu dia jadi macam berketul. Texture dia tak cantik. Tak paham plak rase. Ke takleh masak terlalu lama ke cemana/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpa sebab nantikan nak blender waktu tu abes la berkecai. Tp in case lupa, tulah aku soh bancuh dulu ngan ayor wat pes supaya x berketui. Terai lag naa...

      Padam
  8. Nak tanya yg 12 sudu tepung gandum tu guna sudu makan ke?

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .