Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Rabu, 10 Oktober 2012

Wordless Wednesday: Cek pertama saya!

Rabu, Oktober 10, 2012 15 Comments



Info: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description...

so this is mine.


Signature

Selasa, 9 Oktober 2012

Menu besday je ye!

Selasa, Oktober 09, 2012 16 Comments

 

Rase cam baru jek post entry pasal besday mak, rupa-rupanya dah setahun! Cepatnya la hai masa itu berlalu,kan? Tahun ni sume gegel termasuk besday gel seronok sakan mengadap kamera sampai lupe nak sarung kepala so korang layan gambo makanan ajelah ye! Agaga... *sape soh korang lupe dirik!*

Homemade muffin pandan & choco. Didatangkan khas dari Batang Kali *Kakak bawak daa...*

Peberet budak-budak nih! Beef Pepperoni Pizza. Hini habes dulu. Korang blom rase lagi yang saya wat hehehhh.. konpem tak sedap agaga!

Ini kek surprise. Besday gal tak tau ade kek ni heheee... *Mekaseh Pistachio memudahkan keje makcik malas macam saya*

Ni plak peberet besday gal yeitu Aloha Chicken. Mungkin cita-cita nak gi Hawaii atau minat tengok citer Hawaii Five O kot... hmmm...

Ni ayam penama ntah sekali dalam Party pack dari Domino's. Namanya Stater Duo Pack kot. Yang ni tak sempat nak rembat. Tak baek tau korang nih! Den tukang order tadi tau huhuuu...

Tembam gebu betul makcik Garlic Twist ni kan? Ni pun dalam set Party Pack tu jugak.

Homemade Fries - Cicah cili memang best! Nom nom nom...

Sebonanye ni menu bihun sup tapi gambo supnya huduh jadik tayah le ye. Theee....

Buah-buahan wajib ade. Nama pun nak diet *konon*

Tayah diperkenalkan lagi. Gugel jelah nama Wan Dolly- konpem kuar agar-agar sirap ni sekali! Agaga...

Donut Big Apple mestilah yummeh! Sampai terbabas keteku langgor tembok parking demi nak beli korang tau!

Kek Moo Moo permintaan dari besday gal. Kek ni memang sedaplah weh!

Keje orang lelaki! Agaga....


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Keteku dah kemek!!! Adehhhhh...!!! Tobat tanak masuk Festival City Mall hari minggu lagik! Ni gara-gara takde parking ar nih! Konon lepas nak menyelit, sekali langgor tembok agagaa... failed!


  Signature

Khamis, 4 Oktober 2012

Saya dah jumpa beliau!!! Hoyeh!

Khamis, Oktober 04, 2012 22 Comments


Sebelum pose hari tu, kan saya ade terjatuh chenta ngan satu pinggan melamine itam kat satu restoren ni... So ade la hagak sebulan, dua saya gigih mencarik nak mendapatkannya. Ade gak Geng Mama Hot Blogger yang kasik cadangan gi Langkawi, kedai One Shop Sg. Buloh, kat Daiso dan macam-macam lagilah. Pastu saya ada gi carik kat One Houseware kat Chokit tapi mahal dan tak banyak choice sebab dorang tak update stok lagi since kedai tu tengah renovate mase tu. Tetiba haritu terbaca blog Kkida pasal dia pegi Nilai 3 beli pinggan-mangkuk untuk sedekah anak-anak yatim masa bulan pose haritu. Sooo... haritu saya pun turunlah Nilai 3 dan gi kedai yang dicadangkan oleh Kkida tu yeitu Pasaraya Borong Saaka Nilai Sdn. Bhd.


Kedai Saaka ni ada dua tau tapi saya haritu gi kedai yang baru sebab kat kedai yang lama tu banyak pinggan mangkuk kaca aje so tak menepati sasaran. Kedai yang baru tu kena jalan depan sikit je dari kedai lama tu tapi kalau memang korang berhajat nak mengabehkan duit, baiklah naik kete dan park depan kedai baru tu ye! Kat kedai ni bukan setakat pinggan mangkuk aje, tapi complete sume barang dapur hado. Meh nengok...

Tadaaaa! Punyelah manyak design hado! Nak memilihnya sampai dekat 1 jam siap duduk-duduk lagi kat lantai punye eksaited jakun ngeh, ngeh....

Memula berkenan yang kaler putih ni tapi bile dah sampai sana face to face ngan kaler itam, terminat la plak ngan itam. Ni kalau mak saya tau saya pakai pinggan kaler itam wajib sound speaker dia bergema nih! Agaga... Tapi ekcelli saya ade reason kukuh- malas nak sental ngan klorox pinggan putih tu kalau kena kunyit ke sambal. I kan rajin orangnyaa...

Haaaa... kalau tak suke kaler putih atau itam, kaler lain pun ade tau!

Kalau tak suke yang plain, ade gak yang bercorak! Pilihan di tangan anda, anda, anda...

Barangan kaca pun ade tapi itu bukan sasaran saya jadik kureng memberikan perhatian hehe...

Baiya ini sangat pemurah memberikan saya 10% diskaun. Sukee...!

Kalau korang nak tau, melamine kat sini ada dua jenama. Jenama pertama yelah Apple Bee. Pinggan jenama ni nipis dan dia takde cop mohor keselamatan tapi harganya memang jauh lebih murah macam harga yang selalu jual kat pasar malam tu. Brand yang saya beli ni pulak dari jenama Eagle buatan Malaysia atau lebih tepat lagi buatan dari Teluk Intan, Perak! Yang ini harganya beza dalam empat, lima hengget tapi yang penting ada cop mohor keselamatan dan dia boleh tahan panas sehingga 120 darjah celcius dan tahan sejuk sehingga -20 darjah celcius. Lagipun jenama ni ada sijil SGS under the certification of US FDA 21 (CFR 177.1460(c) dan SIRIM Certification – Malaysian Food Act 1983 and ICP-OES Techniques so korang rasa lebih selamat makan minum menggunakannya.

Pinggan yang ade arrow tu harga dia kat One Houseware RM17.50 tapi kat Sakaa ni baru RM12.00 lepas less! Gile manyak jimat sey!
Gelas ni pun saya beli ehehee.. tapi bukan kat Saaka. Saya beli kat OneHouseware dengan harga RM5.90. No discount *kedekut* Air tidak disediakan ye!

Akhir sekali, sebelum balik umah dah berangan makan minum dengan pinggan mangkuk baru, wajiblah singgah ke Kaison kat Festival City Mall ye! Banyak gile barang deko umah cute tapi murah yang boleh menyebabkan anda rasa cam nak hangkut sume-sekali balik okeh! Tak caya nengok! *Psstt... tu bukan tangan saya yang interprem tapi tangan orang yang menculik saya gi soping hari tu hehe...*

Selalu dah usha kat Ikea bekas buah ni tapi rasanya kalau taim sale pun harga dia tetap dua puluh lima hengget ke atas. Ade hikmah upenya mak menahan napsu mase kat Ikea sebab kat sini rege dia cume RM7.90 boleh? *Silelah jeles. Sape yang dah terbeli kat Ikea tu sile hantuk kepala kat dinding untuk kesan yang lebih dramatik ye!*

Straw ini hamat matching dengan jar glass yang saya beli kat One Houseware tadi tu kan? Harga: RM2.90 untuk 5 batang benda alah cute itu.

Ni dah lama usha tapi tak beli-beli. Akhirnya jatuh juga ke tanah tanganku! Heheee... Harga RM18.90.

Jangan takut. Benda ini tidak membahayakan nyawa dan selamat untuk digunakan. Malah ianya menolong mengkaver tangan korang dari melecur sewaktu kuarkan pinggan panas dari mikrowave dan yang sewaktu dengannya. Naga comel ini berharga RM4.90 aje!

Placemat yang sangat murah- RM1.90 sekeping! Ada macam-macam design lagi tapi rasanya nak yang simple camni je...

Ini adalah benda yang paling cute sekali untuk hari ini yeitu jam dinding berkonsepkan English Garden lagi... kelas ko mak Jemah! Harga RM19.90.

Lepas ni wajib gi lagik! Banyak menda cute yang dalam waiting list! Hehehe....


Signature

Rabu, 3 Oktober 2012

Wordless Wednesday: Mee Celop Thai

Rabu, Oktober 03, 2012 16 Comments



Info: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description...

so this is mine.



Signature

Khamis, 27 September 2012

Resepi: Chilled Cheese Cake (Instant)

Khamis, September 27, 2012 26 Comments


Haritu masa gi beraya umah adik ipar, dia ada hidangkan kek ni kat kiteorang. Sedap sangat tau sebab ianya sejuk dan sangat cheezy! Rupanya kek ni kek instant dari AcasiaZone Trading alkisahnya... Senang sangat, korang tayah bakar pun adunannya. Meh tengok apa bahan yang wajib ada: -

1) Bahan-bahan untuk BASE:

-120gm mentega yang dicairkan (saya pakai buttercup)
-200gm biskut marie/ oreo dihancurkan. (saya malas nak jilat krim oreo itu maka saya ganti ngan biskut Tiger Coklat agaga...)


Cara-cara membuat BASEnya: -

Campurkan mentega cair dengan biskut yang telah dihancurkan tadi. Bila dah rata masukkan dalam loyang dan tekan-tekan bagi dia padat. Sejukkan dalam fridge sekejap.


2) Bahan-bahan untuk keknya: -

-100gm fresh cream/ 50gm whipping cream (kalau krim yang belum diputar kembang tu wat 50ml)
-150ml air
-1 peket adunan Chill Cheese Cake Powder AcasiaZone Trading


Cara-cara membuatnya: -

  1. Masukkan tepung chill cheese cake, whipping cream/ fresh cream dan air ke dalam mixer dan putar selama 5 minit menggunakan kelajuan high speed.
  2. Tuangkan adunan ke atas base tadi dan simpan semula di dalam fridge selama 3 jam.
  3. Keluarkan kek dari acuan dan tuangkan topping pilihan di atasnya. Siap! Senang dan cepatkan?



So, sesape yang rasa nak cuba, bolehlah order tepung kek ni dari AcasiaZone Trading kat FBnya kat SINI ataupun diblognya kat SINI ye! Dapppppp sangatttt! Psssttt...topping tu dia bagi sekali dan ada macam-macam flavour yang korang bleh pilih tau! Cubelah!


Signature

Rabu, 26 September 2012

Wordless Wednesday: Alhamdulillah! Saya OK!

Rabu, September 26, 2012 16 Comments

 


Info: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description...

so this is mine.


  Signature
Follow Me at flickr! .