Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Selasa, 4 Disember 2012

JJCM: Nasi Kukus Ayam Dara Berempah (Selera Utara), Sg Buloh

Selasa, Disember 04, 2012 11 Comments



RATING
Servis: starstarstarstarstar
Food: starstarstar starstar


Kalau haritu saya dah bagi review pasal Nasi Kukus Ayam (Selera Kelantan), hari ni saya nak bagi review pasal Nasi Kukus Ayam Dara Berempah (Selera Utara) pulak. (Wahhh... macam tak masak je daku ni kan? Asal balik umah aje musti nak tapau haha...! Hentikan bidaah itu ye sebab itu hari bondaku ikut sekali balik umah. Maka itu pasallah tak sempat nak masak ngee...)

Ni kuah kari dia. Mengandungi bahagian anggota-anggota ayam tapi tenggelam dalam kuah. Sedap gak tapi pedas sket.

Sambal belacan ni okeh, sedap!

Kalau namanya pun selera utara maka wajiblah ade jelatahkannn...! Sedap gak tapi masih takleh challenge mak saya punye hehe... 

Haaa... daging masak kicap ni pestaim beli yang dia bleh wujud sekali dalam pakej nasi kukus ayam dara berempah. Tapi rasa dia biase je.

Opkos yang paling best yelah ayam berempah dia nilah! Rasanya lebih sedap dari ayam selera Kelantan haritu sebab yang tu kurang rempah sket.

BURPPPP! Heee...


Signature

Khamis, 29 November 2012

Resepi: Durian Crepe

Khamis, November 29, 2012 24 Comments


Ni attempt kedua buat mende alah ni. Kali pertama jadik Tempoyak Crepe sebab terexpose beliau kat panas hahaha... *hampehzz...* so kali ni wat lagi sekali sebab colleague tingin nak rase. Resepi dia saya amek kat Kak Azlita Aziz tapi diubahsuai mengikut bahan ape yang hado oleh saya dengan selambanya thee...




Bahan-bahan Crepe:

  • 250 gm tepung gandum (saya campur tepung naik sendiri dengan tepung gandum sebab tepung dah abes haha...)
  • 3 biji telur
  • 500 ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pandan emulco(saya wat kaler kuning so patutnya pakai perasa jagung tapi saya ganti dengan vanilla essence sebab tu je yang ade)
  • 1 sudu teh pewarna hijau (stok pewarna takde so saya ganti dengan sikit serbuk kunyit)




Cara-cara membuat crepe:

1) Satukan semua bahan di atas di dalam bekas dan kacau rata. Masukkan dalam blender dan kisar kemudian tapis.

2) Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali dan kemudian kecilkan api

3) Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe. Adunan tak perlu di balikkan. Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat. Buat sehingga habis dan biarkan sejuk.




Bahan-bahan filling: -
  • 1 cawan Non dairy Whipping Cream
  • Isi durian secukupnya

Cara membuat filling: -

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental. Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit.





Bentangkan 1 keping crepe. Letakkan Whipping Cream di tengahnya. Letakkan isi durian. Tutupkan semula dengan Whipping Cream *Saya tak buat step ni. Tak perasan! Ngee...* Lipatlah crepe.Kemudian simpan dalam peti ais sebentar. Enak di hidangkan dingin.


Okey, crepe saya besar dan buruk. Sekian!


Signature

Selasa, 27 November 2012

JJCM: Nasi Kukus Ayam (Selera Kelantan), Sg Buloh

Selasa, November 27, 2012 26 Comments

 

RATING
Servis: starstarstarstarstar
Food: starstarstar starstar

Kalau korang masuk ke kawasan perumahan Suajana Utama kat Sg. Buloh tu, sure korang akan jumpe penjaja jual macam-macam jenis makanan sepanjang-panjang tepi jalan tu. Haritukan saya cubalah drive balik sendiri dari Gombak ke sana so sampai sana dah tengahari dan budak-budak pun dah bising lapo jadi saya TERPAKSA membuat keputusan untuk tapau je makanan tengahari itu hehe... Ekcellli dah lama gak saya dah terperasan gerai Nasi Kukus Ayam (Selera Kelantan) ni tapi tak pernah terai so saya pilih gerai tu untuk jadik bahan ujikaji haritu. Jom nengok menunya: -

Kari yang sarat dengan organ ayam dan sayuran ni memang pestaim la jumpe sebab selama ni kalau beli nasi kukus, karinya cuma kuah aje. Kari dia memang power dan banyak betul portion dia bagi sampai boleh wat cicah roti untuk makan malamnya! *Eh! Orang Kelantan panggey kari ke? Hehe...*

Sambal ikan billis ni pun pestaim jumpa dalam pakej nasi kukus. Sambal ni sedap tapi pedas sket.

Ni namanya sambal belacan power- bukan pakai cili merah tapi cili api semata-mata okeh! Pedas giler tapi sodap!

Ayam goreng rempah dia besar betul dan paling penting- sodap!

Cubelah terai weh! Tak rugi punye... theee... *Gambo nasik tayah la kot nak tayangkan? Hehe...*


  Signature

Khamis, 22 November 2012

10 Perkara yang hanya ada di Saujana Utama, Sg Buloh

Khamis, November 22, 2012 50 Comments


Apakah motip letak gambo karipap? Abaikan....


Haritu saya membuat percubaan menjadik warganegara Saujana Utama selama seminggu so inilah sepoloh perkara yang saya dapat belajar kat sana. Semoga ianya sama-sama memberi manfaat kepada mereka yang telah menjadi warganegara ataupun bakal warganegara tak lama lagi ye hahaha... *Sungguh skema*

Fakta #1
Stok ayam kat ACE Centralmart cepat abes. Kalau pergi sana lepas kol 11:00 pagi, silelah simpan angan-angan anda untuk membeli ayam ye. Kalau nak juge, silelah datang semula petang tapi itupun ikut nasib huahua...

Fakta #2
Nak dapatkan ikan-ikan dan ayam yang segar adalah lebih baik korang gi beli kat kedai runcit sebelum Petronas tu. Kat sana lebih segar, gemuk-gemuk dan yang penting, BANYAK!

Fakta #3
Kedua-dua orang perkhidmatan pelanggan lelaki dan pompuan kedai CELCOM yang kat ACE Centralmart itu adalah sangat tidak mesra-alam dan tak tau senyum (ke haritu dorang dua gadoh? Hmmm...) Yang lagi pelik, kedai CELCOM tapi sebok dok promote amek P1 instead of CELCOMnye produk. Salah boothkan daku?

Fakta #4
Sepanjang-panjang jalan dari tengahari sampai le ke malam dipenuhi dengan penjaja kuih-muih, nasi kukus, cendol, durian, dan sebagainya *Owh heavennyaaa hahaha...*

Fakta #5
Malam Khamis ada pasar malam dekat area Petronas yang jual mee goreng, mee kari dan laksa yang giler sedap!

Fakta #6
Jalan nak keluar/masuk Saujana Utama adalah jalan yang paling sesak setiap weekdays bermula dari jam 6:50 pagi hingga 7:30 pagi. *Phewww... seb baik ku amek keputusan jadik surirumah je!*

Fakta #7
Rata-rata penduduk yang saya usha akan menjawab line Celcom yang paling okeh kat situ.

Fakta #8
Barang-barang kat kedai hardware sebelah dengan pasaraya 99 Speedmart itu harganya adalah murah giler gaban.

Fakta #9
Kalau beli air panas segera/ mee maggi cup/ slurpee kat 7-Eleven... semuanya kena wat sendiri sebab ianya berada di kaunter layan diri. *Wat dajal boh slurpee banyak-banyak sampai tumpah-tumpah! Hahaha... tamak!*

Fakta #10
Traffic light yang kat simpang empat itu adalah sangat lama nak tunggu turn lampu merah-ijonya bertukar.

Hahaha... amacam? Ade komen?

Signature

Jumaat, 2 November 2012

BAITI JANNATI: Sebelum & Selepas

Jumaat, November 02, 2012 32 Comments


Setat dari pertengahan bulan September 2012 haritu, akhirnya skang (akhir Oktober 2012) siap jugak umahku diubah-suai haaa... Bukan senang punye keje jugak rupenya wat renovation ni tau. Tiap-tiap minggu nak kena datang tengok setakat mana dan macamana hasil keje kontraktor ni. Kalau korang nak tau, since setatnya keje-keje renovate tu; Sabtu dan Ahad kiteorang anak-beranak dah tak dapat diisi dengan aktiviti bermalasan lagi tau huhuuu... Rindu sungguh saat itu tapi takper, sabarrr...Lepas ni boleh bermalasan tahap dewa zaman kesultanan Melaka lagi kalau ndak. Haa... meh nengok, okeh tak hasil keje dorang: -

Nilah bakal jadik opis saya ahaks! Kabinet tu saya yang pilih kalernya sebab nak carik yang cerah. Kalau kaler gelap nanti umah nampak kecik dan lagi satu nanti ia akan menyebabkan suasana kat dapo tu jadik suram. *Cewah... manyak la punye auta. Dipendekkan cite sebab itu je yang mampu agaga...* Selain kabinet, kiteorang jugak tambah kaunter bar table. Letak kosi dua bijik kat situ, dah... tayah beli set meja makan hohoho... *kudukut! Dasar nak kena makan penyepak laki agaga...*

Kalau korang nengok gambo sebelum ni dan terperasan, ekcelli kiteorang dah panjangkan dapo tu supaya bahagian dapo yang asal jadik Dry Kitchen dan yang penambahan ni jadik Wet Kitchen. Tapi tak dapat la ku nak menanam cili ke, daun kari ye anak-anakku huhuuu... *Hmmm... rasanya ada nampak kat taman jiran sebelah ade tanam, hehe... Cepat carik nombor tepon dia!*
Ekcelli gituler rupe sebenar sinki yang Glomac bagi tapi lepas dah extend dapo setat dari kabinet paling kiri tu, maka dapat la hadiah sinki double tap dari kontraktor hehe... Tingkap tu pun dia bagi satu pair lagi free. Tinted kat tingkap dapo pun dia bagi free sepasang *suke, suke*

Ceiling plaster ngan lampu ala disko ni *ngucap* pak ustad yang ndak sangat tapi takperlahkan, bukan duit saya pun ngeh, ngeh...

Lubang ni cam tak logik sebab berada betul-betul kat pintu masuk so bayangkan kalau ujan, sah-sah mercik masuk umah. So pak ustad pun soh tutup. Settled!

Tembok ni pun pak ustad yang ndak sangat. Ku tak kesah je kalau pakai tembok pagar tu je. Senang sket nak menganyam ketupat ngan jiran sebelah har har... Nampak tak? Saje je kan pak ustad tak bagi ku berkebun sebab dia tutup sekali tanah tu. Takper... kalau ku gemok besok ada point nak salahkan agaga...

Last sekali inilah dia... bikin tiles. Nengok ler berapa punye banyak debu melekat sampai dah cuci pun masih ada lagi *pandai tak bina ayat kaver? Heheh!*

Relaks?
Ohhooo.. tak lagik! Nak kena gi cuci kali kedua lepas ni, pastu nak pasang kipas, ekon bagai; hangkut barang tiap-tiap hari sikit-sikit lepas balik keje (malam), last sekali kang nak masuk perabot dan akhirnya nanti masuk la bab paling letih- NAK KUMBAH BALIK SEMUA BARANG DALAM KOTAK-KOTAK ITU! Adehhhh!!! Ada tak service sewa susun barang ek? Hahaha... kemalasan tahap cipan!

Signature
Follow Me at flickr! .