Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Rabu, 3 Oktober 2012

Wordless Wednesday: Mee Celop Thai

Rabu, Oktober 03, 2012 16 Comments



Info: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description...

so this is mine.



Signature

Khamis, 27 September 2012

Resepi: Chilled Cheese Cake (Instant)

Khamis, September 27, 2012 26 Comments


Haritu masa gi beraya umah adik ipar, dia ada hidangkan kek ni kat kiteorang. Sedap sangat tau sebab ianya sejuk dan sangat cheezy! Rupanya kek ni kek instant dari AcasiaZone Trading alkisahnya... Senang sangat, korang tayah bakar pun adunannya. Meh tengok apa bahan yang wajib ada: -

1) Bahan-bahan untuk BASE:

-120gm mentega yang dicairkan (saya pakai buttercup)
-200gm biskut marie/ oreo dihancurkan. (saya malas nak jilat krim oreo itu maka saya ganti ngan biskut Tiger Coklat agaga...)


Cara-cara membuat BASEnya: -

Campurkan mentega cair dengan biskut yang telah dihancurkan tadi. Bila dah rata masukkan dalam loyang dan tekan-tekan bagi dia padat. Sejukkan dalam fridge sekejap.


2) Bahan-bahan untuk keknya: -

-100gm fresh cream/ 50gm whipping cream (kalau krim yang belum diputar kembang tu wat 50ml)
-150ml air
-1 peket adunan Chill Cheese Cake Powder AcasiaZone Trading


Cara-cara membuatnya: -

  1. Masukkan tepung chill cheese cake, whipping cream/ fresh cream dan air ke dalam mixer dan putar selama 5 minit menggunakan kelajuan high speed.
  2. Tuangkan adunan ke atas base tadi dan simpan semula di dalam fridge selama 3 jam.
  3. Keluarkan kek dari acuan dan tuangkan topping pilihan di atasnya. Siap! Senang dan cepatkan?



So, sesape yang rasa nak cuba, bolehlah order tepung kek ni dari AcasiaZone Trading kat FBnya kat SINI ataupun diblognya kat SINI ye! Dapppppp sangatttt! Psssttt...topping tu dia bagi sekali dan ada macam-macam flavour yang korang bleh pilih tau! Cubelah!


Signature

Rabu, 26 September 2012

Wordless Wednesday: Alhamdulillah! Saya OK!

Rabu, September 26, 2012 16 Comments

 


Info: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description...

so this is mine.


  Signature

Selasa, 25 September 2012

JJCM: Kenny Roger's Roasters- Festival Mall City

Selasa, September 25, 2012 20 Comments



RATING
Servis: starstarstarstarstar
Food: starstarstar starstar



Haritukan saya jatuh jamban *akaka... klaka tul bunyiknye* maka sebelum saya mengurut, saya gi la bawak budak-budak makan kat Festival City Mall. Ingatkan depa nak makan kedai murah-murah aje, sekali dorang pakse umminya yang tinggal bape sen je ni gi Kenny Roger's. Hampesss tul... tapi takper, duit raye korang banyak lagi kat tangan ummi agaga... *alamak terpublished pulak. Harapnya takdelah mana-mana anakku yang tergugel entry ni ye, amin. Ngeh, ngeh...*


Ekcelli ni kali kedua saya makan kat sini. Macam haritu gak, orang tak ramai makan kat sini so korang blehla jalan-jalan setengah jam pilih mana tempat duduk korang nak. Specialtynya dah tentulah ayam panggangnya yang sangat lembut tu tapi ade gak lain-lain cam cheese macaroni, sandwich, mushroom soup. Tapi harini pasal yang nak makan yelah tiga orang budak yang kebuluran, jadik order pun ikut perut depalah.

Hat ni Quarter Meal dengan side dish Fruit Salad, Mashed Potato dan Aromatic Rice.

Ni Cappuchino Iced Blended. Pahit sket- kalau korang ske minum kopi pahit mesti suke ni gak.
Ni Half Meal- ayam dia separuh. Selalu saya suke amek side dish Baked Beans dengan Fresh Salad tapi kali ni redha jelah ngan nasik sebab ini untuk dua orang budak lelaki yang memang takleh hidup tanpa nasik itew.

Ni pun side dish. Ade 3 pilihan- muffin chocolate, vanilla atau banana. Saya head over heals ngan Banana ni! 

Kalau korang tak caye yang tempat ni hamat lengang kan... marilah lihat bukti ini: -

Sesuke ati je anakku main ala-ala jadik ulat beluncaskan?

Pssttt.. kan sinikan haritu dah bukak kiosk Big Apple. Uuu syoknya tayah gi Jusco lagi bile tingin. Rupanya skang dah ade yang saiz mini RM25 untuk 28 pieces tau! Suke sangatttt! At least kalau kecik-kecik takdelah budak-budak makan tak abes pastu paksa ibubapa habeskan bekas donut yang mempunyai kesan DNA busuk dorang tu hehehee....

Perasan? Ke tak perasan? Hahahaa.. ak-ah memang berselerak. Beginilah donut korang akan end-up kalau korang ade anak yang asek nak berlari masuk kedai sana-sini pastu korang terpaksa bermain kejar-kejaran ye. *Saje nak salahkan anak padahal sendiri yang TERbalikkan mase teruja pilih menu kat Subway agaga...! *


Signature

Khamis, 20 September 2012

Saya trauma kat Encik Jamban!

Khamis, September 20, 2012 22 Comments


Ni ape ke motip tayang gambo jamban nih? Motip= SAYA JATUH DALAM JAMBAN! *Owh yeh, silelah ketawa*

Korang tau tak jamban dulu-dulu jenis duduk tapi dia tinggikan dan simen macam tempat duduk so that korang tayah cangkung tapi boleh duduk? Tak bleh bayangkan takperlah, buat-buat jerlah paham iye. Umah sewa saya skang ni memang umah asal tuan umah jadik design dia memang abselutli cam dolu-dolu lah. Pulak tu sebab itu rumah asal dia so dia tak nak re-design, tacap ke apa-apa yang patut sebab katanya dia nak kekalkan umah tu that way cewah.


Masaalosnya... bile benda dah berpuluh tawon ko tak jaga, haaa... macam-macam kerosakan la ada kan. Salah satunya jamban nilah! Dah bape kali saya komplen tapi dia wat dek jek! Taulah nak soh kiteorang pindah cepatkan, pasal dah berbelas tahun dok situ. Konpem dah nyampah nengok muke kiteorang. *Tetiba emo* Salah satu masaalah kat jamban umah tu yelah kalau nak pam, kite kena naik atas lubang jamban tu pastu tarik pam dia, baru dia flush okeh.


So nak jadik citer hari Ahad lepas, saya salah makan so sakit peyut ler. Kali ketiga saya dah memeram, saya pun laksanakanlah kesedaran sivik saya cam biase yeitu berdiri atas lubang jamban itu dan flush. Mase nak turun dari atas tu, agaknya sebab dah keletihan bape banyak kali dah jadik penghuni jamban, saya tersasul pi pijak lantai bawah instead of anak tangga dulu. Nak jadik cite pulak lantai tu licin... maka apelagi... paham-paham ajelah!


Cite ni cam klaka tapi sebab saya yang kena ianya sangatlah tak klaka okeh. Memandangkan takde menda saya boleh grab mase jatuh tu, so daya hentakan MASA jatuh tu sangatlah hebak. Belakang saya terhentak pada bucu simen tempat jamban tu dan tulang punggung terhentak kat bucu anak tangga. Kaki pulak terhentak kat pintu. Masa saya jatuh tu punyelah azab rasa sakitnya... saya takleh bangun cuma mampu beberape kali sebut "Ya Allah... " aje... pastu rasanya saya pitam beberapa saat sebab tak tahan sangat sakit dan saya rasa sesak nafas.


Sehingga saya dengar suara Maria dari luar so saya gagahkan bangkit, bukak pintu dan merangkak keluar. Rupanya Maria kata dia terdengar bunyi macam pintu terhempas kuat sangat jadik dia pun lari pegi belakang. Pastu dia dengar suara saya mengerang so dia kate dia terus agak saya ade problem. Dia pun gi panggey ayah dia yang tengah repair motor kat laman luar. Pak ustad pun lari datang papah saya keluar dari jamban derhaka tu dan kasik saya baring kat hall. Terharu saya tau bile Maria sapukan minyak panas kat belakang saya. SiRayyan yang umo baru 4 tahun tu pun kemain beria-ria picit belakang saya huhuuu... (walhal tak rasa pepun pasal tangan dia tecit nau...)

Kejadian ni sebenarnya mengingatkan saya bahawa mati itu pasti dan boleh berlaku dimana-mana dan bila masa saja. Waktu saya sesak nafas dan hampir nak pitam, saya dapat rasa macamana rasanya bila nafas kita cuba diberhentikan. SAKIT MACAM BADAN KITE DITWISTKAN KE BELAKANG SAMPAI KAKI BOLEH CECAH KEPALA- ianya adalah AMAT sakit. Itu aje yang saya dapat katekan. Kejadian ni juga membuka mata saya bahawa inilah sebabnya Allah amanahkan kita anak dan mengapa pentingnya kita didik amanah Allah itu dengan sebaik-baiknya.

Hari ni tengok belakang kat cermin ade dua garisan pecah darah sepanjang 6 inci atas dan bawah. Syukur alhamdulillah tak kena tepat-tepat kat tulang belakang, kalau tak dah tentu saya lumpuh. Ingatlah, kemalangan boleh berlaku dimana-mana saja okeh so berhati-hatilah walaupun di dalam rumah!


Notakaki Saiz Tujuh

Maseh banyak kat Aieda sebab rekemenkan tukang urut semalam! Kak Suzi memang bestlah! Memang arr tak sama mengurut masa sakit dengan mengurut masa bersalin. Masa bersalin takde lebam bagai... ini lebam, bengkak sume cukup pakej ler... itupun dah bape kali rasa nak terkucil daaa kihkih... Anyway sesape yang berurut sesaja pun boleh dengan kak Suzi ni. Nak tau lebih lanjut boleh add dia jadik friend kat SINI dan kalau nak tengok lebih details keje dia, silalah ke blog beliau kat SINI ye! Kak Suzi... dua puluh lima persen yeee agaga...!


Okehlahhhh......! Saya tunjuklah gambo jamban saya tu haaaa... (ntah sape pakse ntah?)

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V


Signature

Rabu, 19 September 2012

Wordless Wednesday: Pancake!

Rabu, September 19, 2012 12 Comments



Info: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description...

so this is mine.


Signature

Selasa, 18 September 2012

Nak renovate rumah? Camno???

Selasa, September 18, 2012 31 Comments


Okeh, kali ni saya nak bagi tips bagi sesapa yang bercadang nak renovate umah ye. Kan per, pasal saya dah melaluinya kan, jadi saya nak share la sket ape yang saya tau pasal ni kat engkoram. Ekcelli manyak mende gak yang korang kena wat tau. Bukan setakat panggey orang datang umah, bagitau nak wat ape pastu jalan, takdenye... Kira-kira nak sampai ke tahap kontraktor nak mulakan renovation tu pun ade la gak makan sebulan, dua. Hari ni gi tengok tiles, hari nun gi pilih bunga tembok pulak, minggu depannya gi diskas wiring lak... letih gak beb. Canerpun, meh tengok prosedurnya: -


#1
Menda yang pertama-tamanya korang kena wat yelah carik kontraktor yang boleh dipercayai dan bincang pasal bahagian mana yang korang nak renovate tu, mintak nasihat samada majlis luluskan ke tak pastu berapa bajet. Bila dah setuju, carik sorang arkitek yang bertauliah untuk lakarkan layout rumah korang yang nak diubahsuai tu. Sebab utama kena carik arkitek yang bertauliah yelah sebab hanya spesis dorang je yang layak gi submit permohonan korang untuk renovate rumah tu kat Majlis Perbandaran okeh. So janganlah berangan korang bleh pakai lukisan korang yang macam budak tadika tu ye akaka... Cam saya guna arkitek yang diproposed oleh kontraktor ni jugak sebab arkitek tu memang ade plan umah taman perumahan tu. Cuma paham-paham ajelah, bila dah atas orang sure la ade komisen sket tapi tak kesahlah janji settle. Sebab kalau kiteorang yang gi carik sendiri, pastu nak dapatkan pelan dari majlis lagi, pastu nak tunjuk nak renovate camne lagi... pehhh, cam letih je kan?


#2
Saya tak taulah proses nak siapkan layout dan submit kat Majlis Perbandaran tu makan bape lama sebenarnya tapi since saya submit dah tinggal seminggu nak raya haritu, so makan 3-4 minggu gak la baru dapat surat kelulusan dari Majlis Perbandaran Kuala Selangor. So, lepas dah dapat surat tu (nanti surat tu kena tampal kat depan umah ye) next korang kena gi carik tiles (ni untuk yang pasang tiles sekali lah ye. Kalau tak, abaikan!) Makan 2 hari gak misi mencarik tiles ni. Di waktu orang masih dok gi open haus, kiteorang laki bini ni sebok kuar masuk kedai jubin tau hahaha...


#3
Dah dapat tiles yang berkenan dihati, pastu korang kena plak carik bunga untuk tembok pagar. Step ni pun korang bleh abaikan kalau korang tak gatal nak cabut pagar dawai dan gantikan dengan tembok batu cam kiteorang ye. Bab memilih bunga ni lagi la lama. Kontraktor tu dah setat keje separuh jalan, kiteorang masih tak jumpa-jumpa lagi yang comel. Ada la seminggu kot mencarik. Ekcelli sume keje tu bleh je soh kontraktor yang uruskan tapi kalau dia tak beli yang macam kite ndak, sah-sahlah dah panjang lagi citekan? So usaha sendiri ye!


#4
Benda ni walaupun cam remeh tapi sebenarnya sangatlah penting tau yeitu bagitau kontraktor tu yang kite nak dia buat wiring. Benda ni amat penting kalau korang ade nak pasang ekon ke, water heater ke kan... sebab kalau korang soh orang wat wiring selepas selesai kerja-kerja renovate, dinding korang kena pecah balik sebab dia nak tanam wayar dalam dinding tu. Lagi parah kalau korang dah masuk perabot sume pastu baru tingat nak wat wiring maka taim tu bukan takleh pasang, boleh gak cuma rumah korang jadik kotor la balik, pastu kena kemas balik, ubah balik perabot... kan manyak keje tu? So ingat ye, membuat wiring itu penting!


Okeh, bile dah selesai suma, korang blehlah mula pilih jenis dan design camner korang nak wat untuk kabinet dapur pulak. Haaa... bab yang ni saya belum sampai lagi. Insyaallah nanti saya dah selesai, saya share yek! Skang mari kite sambung verangan balik! Zassss!!!

Ni bahagian dapur basah (wet kitchen). Tak lama lagi kat sinilah opis baru saya theee...


Signature
Follow Me at flickr! .