Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Jumaat, 14 September 2012

Ghaye, Ghaye, Ghaye!

Jumaat, September 14, 2012 22 Comments


Orang sume dah abes cite pasal ghaye, Mak Jemah sorang ni baru nak post cite ghayekan? Muahaha... allooo... bawak bertenang. Ade motipnya okeh. Sebabnya saya baru je betul-betul raye ni haa... so barulah best cite pasal rayekan? Kalau tak abes pose lagi, tak rase cam raye lagilah... hehe... *Nampak no lembab! Dah berapa banyak hari dok skip pose- sampai dah nak abes Syawal baru clear utang akaka...* Okeh, mari layan gambo sampai lebam!


Ini adalah kubur atok Maria aka abah saya. Tahun ni kubur arwah abah ade bunge kaler kuning lagi, cewah! Kubur dia wajib pergilah taim ghaye-ghaye ni tapi tahun ni saya pergi awal sehari sebelum raye. Atok mesti seronok sebab tahun ni cucu-cucu dia pun ikut kena paksa same sedekahkan Yassin untuk dia. Suka sangat rumput atas kubur tu- sungguh gebus! Rasa cam nak tido baring atas dia aje! *Hilang akal*

Ni gambo mase malam raye kat umah Wan Dolly depa. Biasalah, besoknya kan dah nak salam-salam jadik malam raye adalah waktu yang paling sesuai untuk menambahkan dosa sesama adik-beradik dulu. (Sila abaikan harta-benda yang tak sempat kemas lagi di belakang mereka-mereka itu ye!)

Perkara paling dah tau sangat! Pepagi raya- kena posing sorang-sorang kendian ramai-ramai pulak sebelum beraya. Sungguh skema.

Kemain ayu lagi daku meminta ampunkan? Jangan tak tau, gaya tu penting untuk mendapatkan angpau yang isinya hebat akaka... Tengoklah pegang tangan laki cam nak salam Agong gayanya *propa sungguh!*

Depa ni memang terserlah bebenor beraya sebab nak angpau. Lenkali ikut gaya ummi ye, cover-cover sket. Yang paling ketara yang dua orang ustad kenit tulah!

Kay abes cite rayaaa... yeayyyy... opsss de lagi! Haritu penutup beraya diakhiri kat umah kakak saya kat Batang Kali nun. Rumah lain pergi gak tapi sebab korang bukan yang terakhir pergi,kan, jadik gambar korang takde hahaha... *pilih kasih* Meh layan...

Ayam goreng tapi goreng-goreng pun sodapppp!!!

Udang masak kunyit. Ini menu kakak ipar saya bawak. Bosa-bosaaaa...

Rojak. Menu pemalas camni konpemlah saya yang bawak. Itupun timun smuggle opis punye heee...

Agar-agar sirap ni dah pasti konpem Wan Dolly lah yang bawak.

Bedal tak nyempat-nyempat pastu baru amek gambo maka terhasillah gambar ini. Ayam masak merah yang dah nak abes hahahaa... sedappp!

Ni pun sodap- daging masak kicap. Simple tapi power.

Orang Perak wajiblah ade jelatah ni kalau masak nasi minyak! Eh, lupe plak nak amek gambo nasik! Theee...

Muke baru bangun tido dalam kete- sampai je terus bedal nasik! Tamak haloba pulak tu conquer meja. 

Laaa... dah abes raya???!!!


Signature

Khamis, 13 September 2012

Jamuan Ghayer Opis tahun ni (2012)

Khamis, September 13, 2012 8 Comments



Bagi yang tak taukan, saya kehilangan senior partner sebelum puasa haritu lagi. Citanya kat sini. Sebab itu kalau ikutkan hati pemalas saya ni, saya takde mood nak wat jamuan untuk opis tahun ni. Entahlah... semenjak arwah dah takde, suasana kat opis dah macam takde 'spark'. Kalau tak dulu ade orang yang boleh kiteorang kenakan, buli dan sebagainya hehe...*dosa*  Tapi canerpun 'client' harus jugak dihargaikan? Sebab doranglah perniagaan ni masih boleh bertahan sampai ke hari ni tul tak? So instead wat jamuan hari raya aje, tahun ni kiteorang mulekan jamuan dengan majlis tahlil terlebih dulu.


Huhuu... Okeh, habes mukadimah lara. Skang meh gossip cite pasal jamuan tu. Eh? Ade cite ke? Owh, takde. Sile layan gambar je... sekian!

Para penyambut tetamu dah bersedia memulakan tugasan heheh... Ngelat tol siap ade air minuman. Konon-konon ala welkam drink la tu....

Bukan paksa dorang makan kat bawah okeh. Dorang yang nak dok kat lantai walaupun dah 
disua kosi ngeee...

Karok dengan tepon. Amalan yang tak patut dicontohi ye anak-anak.
Marah tul saya candid gambar dia kan? Ngeh, ngeh...
Staff pun nak gak mentekedaghah!








Cer teka muke si guru besar ni macam muke pelakon kanak-kanak yang mana satu? Ngeh, ngeh... Cepat jawabbb..!!!

Oh My Ustad! Dua sekali ko sapu anakku! Huhuuu...

Ni pakaian-pakaian milik arwah yang nak disedekah. Tinggal ni je. Sape la pulak mengangkut pokok Ladybird den masuk dalam bilik ni haaa...???!!!

Sian Mirul takde kapel hahaha...

Cam biase, mereka ini memang takleh tengok orang pegang kamera!


Tahun ni tahun akhir saya bersama-sama staff wat jamuan ni. Tahun depan saya dah takde dah. Harap-harapnya korang sume berjayalah manage sume mende masing-masing ye. Saya dah tak mampu lagilah rasanya nak teruskan. Terlalu banyak kenangan kat sini. *Sob, sob* -Ok, bye-

Di tengah-tengah tu balu senior partner saya. Dialah skang menggantikan tempat arwah. Harap-harapnya bile saya dah takde nanti, AZDE akan terus maju jaya di bawah pimpinan dia kay, insyaallah!
Huk-a-lohhh! Cameraman ni apesal tak bagitau tudung saya senget weiii! Cesss...!


Signature

Selasa, 4 September 2012

myChef's - Gourmet Blog Challenge: Pau Ayam Kalio

Selasa, September 04, 2012 12 Comments


Produk myChef's inspirasi dari Chef Ismail ni rasanya hampir nak sama dengan rendang samah yang mak saya selalu masak tapi mak saya kata itu rendang style orang belah-belah utara nun. Tak sangka rasa Ayam Kalio tu hampir sama dengan masakan mak saya so memang saya bagi 10 bintang la kan! Hehee... Oleh sebab rasanya yang sedap itu, akhirnya terkeluarlah pulak idea nak jadikan hidangan Ayam Kalio ni sebagai hidangan petang iaitu- Pau!

Cam biasa meh nengok bahan-bahan yang wajib ade ye: -


Bahan-bahannya: -


  • 1 kotak myChef's Ayam Kalio
  • 4 biji kentang- direbus bersama 1 sudu besar garam sehingga lembut dan ditoskan.
  • Tepung pau segera Green Grass



Cara-cara membuatnya: -


  • Panaskan myChef's Ayam Kalio dengan menggunakan ketuhar mengikut aturan pada kotaknya. Kalau nak lebih senang, buat macam saya je- panaskan dalam kuali! Thee... Bila dah cair dan panas semuanya, keluarkan dari kuali dan carik-carikkan ayamnya menjadi cebisan kecil. Jangan lupa untuk keluarkan semua tulang-tulang ayam, daun limau purut dan serai yang terdapat dalam kuah tu. Kalau tak, kang ade yang makan pau tercekik tulang haha...! (Okeh, tak lawak...) 
  • Bila dah pasti tinggal isi ayam ngan kuah aje, bolehlah tuangkan dalam bekas berisi kentang yang dah direbus tadi tu ye. Lenyek-lenyekkan ubi tu bagi hancur sket dan sebati ngan ayam kalio tadi okeh.

Lepas boh inti, rehatkan dia supaya dia gebus ye...


  • Sementara tunggu inti sejuk, korang bolehlah preparekan paunya. Saya pakai pau instant Green Grass je sebab seumo idup ini kali pertama wat pau hehe... Oleh sebab itu sebelum tak jadik dan kena gelak ngan budak-budak, baiklah tayah amek risiko kan? Haha... (alasan... walhal malas) Okeh, lepas korang dah uli dan rehatkan doh pau tu sampai gumuk (saya biarkan sampai 30 minit) korang bolehlah bahagikannya kepada 15 biji doh yang sama saiznya. 
  • Pastu sudukan 2 sudu besar inti tadi kedalamnya dan bunjutnya kemas-kemas. Letak doh di atas sekeping kertas minyak dan pastikan yang bahagian bunjut tadi berada kat bawah ye. Pastu susun atas loyang yang dah ditabur sedikit tepung. Jarakkan supaya bila dia gemuk nanti dia tak melekat antara satu sama lain.


Dah tembam!!!


  • Selepas 30 minit, korang blehlah setat panaskan pengukus dan kukus pau tadi tu selama 10-15 minit. Pastikan air pengukus tu dah mendidih dulu baru masukkan pau tu okeh! Skang dah boleh makan! Yeay!



INFO BERGUNA: -


  1. Resepi Ayam Kalio ni memang memenuhi citarasa masakan melayu sebab cukup rasa serainya, daun limau purutnya dan pedasnya. Tak perlu tambah garam, gula atau perasa kecuali pada ubi yang direbus sebab ubi menghilangkan rasa masin pada masakan. Sebab tu saya bubuh garam waktu merebus ubi tu tadi ngeee...
  2. Pau merupakan makanan yang sihat sebab ianya lansung tidak menggunakan minyak. Selain jadikan minuman petang, jadikan bekpes di hari minggu pun best gak kan? Theee...


Hmmm baca sudah, nengok gambo pun sudah, skang mase untuk gi carik produk myChef's Ayam Kalio pulak dan cuba ye! 

Cam biasa jugak, sudi-sudikanlah menge'LIKE' entry saya ni kat SINI ye! Hanya dengan satu klik pada butang Like tu, korang secara tak lansung sebenarnya telah membuka peluang saya untuk ke final! Insyaallah! Maseh!!!


Signature

Isnin, 27 Ogos 2012

myChef's - Gourmet Blog Challenge: Beef Stroganoff Flower Pot Rice

Isnin, Ogos 27, 2012 14 Comments

 

Masih ingat tak entry saya dulu pasal myChef's Gourmet Blog Challege? Aaa... kalau termissed boleh tengok kat sini. So ini entry ke-2 saya untuk challege ni tapi kali ni saya gunakan produk dari chef feveret saya yeitu  Chef Zam theee... Jom tengok apa bahan-bahannya: -


Bahan-bahan: -


  • 1 kotak myChef's Beef Stroganoff with Brown Rice Pillaf
  • 6 keping kulit popiah segera
  • 6 helai daun bawang/ daun kucai
  • sedikit minyak zaitun


Cara-cara membuatnya: -
1) Sapukan remekins atau apa juga jenis acuan yang korang ada dengan sedikit minyak zaitun. Tayah banyak- cukup untuk bagi tak melekat je bile dah masak nanti. Lepas tu letakkan sekeping kulit popiah di atas acuan tu dan penuhkan acuan dengan nasi. Oh ye, nasi beras perang tu memang ada siap sekali dalam produk ni so tayah la nak masak nasi lain pulak ye! Thee... Lepas masuk nasi, sudukan sedikit beef stroganoff atas nasi tu tadi. Agak-agakla supaya cukup untuk semua acuan okeh!

2) Bila semua acuan dah diisi dengan nasi dan daging tu, baru korang bunjutkan kulit popiah macam dalam gambar tu dan ikat dengan menggunakan daun bawang atau daun kucai. Daun ni akan menjadikan hidangan ni bertambah wangi. Lepas tu sapukan sedikit minyak zaitun lagi di atas kulit popiah tersebut. Pastu bolehlah masukkan ke dalam oven dan bakar selama lebih kurang 15 minit atau sehingga kulit tu bertukar kekuningan.


INFO BERGUNA:

  1. Macam biasa, selain dari produk myChef's sangat menjimatkan masa , ia juga boleh terus dinikmati tanpa perlu menambah air, garam, gula atau sebarang perisa.
  2. Korang boleh gunakan method memasak yang lain seperti menggoreng tapi saya nak pastikan menu ni kekal sihat so sebab tu saya bakar supaya penggunaan minyak dapat dikurangkan. Cara lain yang sihat ialah mengukusnya selama 15 minit.
  3. Tak perlu panaskan terlebih dahulu produk myChef's ni sebab semasa membakar, sekaligus nasi dan daging tu dipanaskan sekali.
  4. Bagi yang tak tau, Beef Stroganoff with Brown Rice Pillaf ni adalah makanan Rusia inspirasi dari Chef Zam tapi rasanya sedap sangat!
  5. Menu ni sesuai sebagai menu ringkas tetapi mengeyangkan. Saya cadangkan menu ini apabila ada tetamu yang datang tiba-tiba dan kita tak bersedia nak masak apa sebab ianya sangat mudah dan cepat. Sesuai juga untuk sebarang majlis seperti majlis harijadi, hi-tea dan sebagainya.


Haa dah baca tu, apa lagi tunggu? Gi le beli produk myChef's Beef Stroganoff with Brown Rice Pillaf ni untuk mencuba dan jangan lupe LIKE entry saya ni kat SINI ye! (Caranya klik pada gambar dan baru tekan LIKE! Sori nyusahkan korang! Ngeee....!) Maseh!


  Signature

Khamis, 16 Ogos 2012

Selamat Hari Ghaye 2012/1433!

Khamis, Ogos 16, 2012 8 Comments




Harini hari terakhir saya berblogging sebelum coti ghaye giler (dua minggu tuuuu saya majuk tanak masuk opis! Akaka....) So saya amek kesempatan ni untuk mengucapkan 'Selamat Hari Ghaye' untuk semua pengunjung, pembaca dan pengomen blog saya ini. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf andai sekiranya ade ayat-ayat dalam entri saya dan juga komen-komen saya yang menyinggung perasaan korang ye. Untuk semua penyokong blog ni, saya tujukan khas lagu feveret saya dari arwah Sudirman ini dengan ucapan,

"Takde simpan duit ghaye untuk den ke? Akakaa....!"

Akhir kata (nak tulis lagi tuu...) terimalah ucapan dari Hantu Raya khas untuk semua akaka....



Signature
Follow Me at flickr! .