Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Rabu, 30 Mei 2012

Lelong! Lelong!

Rabu, Mei 30, 2012 26 Comments


Harni ni saya berbesar hati nak wat lelongan amal boleh? Jualan je nama amal tapi untuk amal diri sendirilah hahaaa... sesape yang berminat sile contact saya ye:

Call/SMS/Whatsapp: (016)2290-444

Email/ YM: deeb0207@yahoo.com

FB: farah diba


BARANG-BARANG LELONGAN: -


1) Tamron SP 90 AF f/2.8 (Canon Mount) (SOLD)
Date bought:: January 2012
Warranty: Japan
Rarely used
Condition: 100% like new
Sale Price: RM 1,000.00 (Nego)


2) Canon EF-S 10-22mm f/3.5-4.5 USM Lens (with UV filter) (SOLD)
Date bought: 01st June 2010
Warranty: Until 01st June 2013
Seldom used
Condition: 95% like new
Sale Price: RM 1,950.00 (Nego)


3) Canon EF 50mm f/1.8 II (SOLD)
Date bought: 01st June 2010
Warranty: Until 01st June 2013
Seldom used
Condition: 95% like new
Sale Price: RM 260.00 (Fixed)



4) Canon EF-S 18-200mm f/3.5-5.6 IS Lens (with UV filter) (SOLD)
Date bought: January 2012
Warranty: Until 02nd May 2013
Condition: 99% like new
No box. With hood and UV filter.
Sale Price: RM 1,350.00 (Nego)


5) CANON 580EX II (SOLD)
Date bought: 01st June 2010
Warranty: Expired 01st September 2011
Condition: 95% like new
Sale price: RM 1,350.00 (Nego)


6) YONG NUO 468 II (SOLD)
Date bought: 2011
Condition: 95% like new
Sale price: RM 180.00 (Nego)


7)   Apurture Gigtube GT3C for Canon EOS 5D Mark II/ 50D/ 40D/ 30D/ 5D/ 20D  
Date Bought: 2011
Warranty: Nope
Condition: 100% like new
Used once
Sale Price: RM 180.00 (fixed)



8) Canon Original 7D Battery Grip (SOLD)
Date Bought: 2010
Warranty: Nope
Condition: 98% like new
Sale Price: RM 400.00 (Nego)


8) BlackRapid RS-W1 Strap with FastenR-3 camera sling (for woman) (SOLD)
Date Bought: 2011
Warranty:  Nope
Condition: 95% like new
Sale Price: RM 150.00



Terms & Condition:
Cash on Delivery
or
M2U 
(Free Delivery tapi selepas barang dihantar saya tak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan ye)
Meetup area: Gombak, Taman Sri Gombak, Taman Melati, Wangsa Maju, Taman Setapak only during daytime ONLY.


Sementara stok masih ada. 
Mana yang bertanda perkataan 'BOOKED' tu maknanye dah ade orang yang bayar pendahuluan tapi belum amek barang lagi dan  'SOLD' maknanya dah dijual ye! Maseh!!!


Signature

Selasa, 29 Mei 2012

USED baju pengantin for sale!

Selasa, Mei 29, 2012 6 Comments

 

Jangan salah sangka ya. Yang nak jual ni bukan baju pengantin saya. Zaman saya dulu sewa aje kat mak andam haha. Ini kawan photog punya dia nak jual. Tulah beli lagi sape soh hahaha... Ooops! Okeh so sesape berminat silelah contact dia di nombor yang tertera digambar tu ye!


Amacam? Cantikkan?

  Signature

Rabu, 23 Mei 2012

Selasa, 22 Mei 2012

Mak sentap kat Citrawarna 2012 Merdeka Square

Selasa, Mei 22, 2012 18 Comments


Satu jek word yang sesuai- MENCIK!

Haaalaaaa... korang tak tau... saya ni bukan senang nak dapat peluang jalan-jalan KL malam-malam cam itu hari. Itupun kalau bukan kerana saya beria na nak gi nengok Mirul kat dataran tuh. Kalau tak dah konpem lepas je pagar sure ade bunyi tet tet tet... macam kalau kite kuar pasaraya lupe nak bayor baju kat tangan tu har! Har!... *ade kew*...

Ni masa belum pergi!

Untuk pengetahuan korang, anak saya yang no. 2 tu masuk acara perarakan pembukaan dan persembahan  perasmian Citrawarna @ Colour of Malaysia hari Sabtu lepas kat Dataran Merdeka. Tiga hari beb dia kena berlatih. Tiga hari tulah balik sekolah ada 4 jam jek untuk rehat sebelum kena gi sekolah balik. Pastu bas datang bawak dorang gi berlatih kat Dataran sampai malam kol 10:++ Sampai umah kol 11:00 malam camtu, terus makan cam kebuluran, mandi pastu pengsan. Pagi-pagi lak dah bangun kol 6:30 pagi pergi sekolah dan berulang cenggitulah 3 hari berturut-turut. Hari terakhir latihan tu pulak paginya kat sekolah dah stat peksa. Sian pulak nengok dia tapi tulahkan... budak-budak memang suke masuk menda-menda camni. Tak ingat lansung ke tak cukup tidonya, penatnya, laparnya... janji dapat jo-in!


So hari Sabtu tu acara stat kol 8:30 malam. Ngam-ngam jek daku sampai sana nampak budak-budak dah masuk ke jalanraya nak berarak dah. Mulelah part sedih ni. Jap amek tisu lap hingus. Taulah den ni kecik *perasan* rendah kiut pulak tu... sume orang taknak bagi laluan nak tengok anak wat persembahan tauuu... jahat tul. Nak lompat rasa cam jatuh saham pulak. Kena-kena kalau terjatuh, pergh... mau gempa bumi tiga kali Sabtu tu. Makanya terjadilah peristiwa di mana den nengok belakang orang je sampai sudah. Sedih tak? Huaaa...

Sate panas, sate panas hehehe.... Untung tul jadik budak tecit tu kan?

Lagi sate panas di siniii... mari, mariii...
Se baik le der TV besar ni haa.. dapat la gak nengok apa yang sedang berlaku disebalik orang-orang yang berlapis-lapis dihadapan.

Ekcelli dorang ade sediakan tempat duduk tinggi tapi orang pack gile berdiri kat entrancenya, abes nak masuk pun takleh. Walhal kalau tengok dari bawah nampak manyak lagi kosi kosong. Hishhh... takperlah takde rezeki nak tengok Mirul *emo* Mulelah nak rasa cam mak Saripah Aini dalam cite 'Hapuslah Airmatamu' masa dia datang bawak karipap untuk dia tuh boleh? Hahaha... sian Mirul, tak pepasal dipersalahkan kui, kui..!

Gambar selingan takde kena-mengena. Takde lak gambar mase mak dia datang bawak karipap tu ek? Dem! Akaka...

Tapi akhirnya saya dapat gak la surprisekan Mirul (sebab dia tak tau saya nak datang tengok) Itupun sebab jumpe dia kat khemah peserta lepas dia dah habis persembahan, huk alohhh...!

Ni pengacara RTM tapi ntah bile nak tayangkan entah sebab sepatutnya siaran lansung tapi sebab ade Piala FA dia tunda kot! Kalau den yang jadik pengacara ni sure gayat. Tinggi tu tempat dia bersiaran!

Kat dalam-dalam nilah ada Mirul tapi takat ni je yang mampu ku selitkan diri huhuuu... Gi dekat sikit dah datang pasukan RELA tiup wisel kat saya. Ceh! Cam nak wat rusuhan.
Percubaan menggunakan built-in Digi Teleconverter. Lense yang saya guna 14-150mm so dengan activatedkan converter ni, automatik lense saya jadik 2x. Gambar ni saya zoom abes @150mm so means dia captured pada jarak 300mm. Hebat tak teknologi baru Oly ni? Heheh! Impressed sangat! Yang penting tayah beli lense panjang!
Seb baiklah ade gambar ehsan dari Facebook Tourism Malaysia ni. Kalau tak sekeping gambar Mirul pun takde. Baju ngan
kaki je pun jadiklah! Theee...

Ok dengar ni ye. Lepas ni kalau korang-korang nak masuk apa-apa, ummi secara rasminya mengumumkan bahawa ummi akan datang awal 8 jam supaya dapat spot dan tempat duduk.

'Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia siapa yang tahu!'

Ewah! Sekian, maseh!

Signature

Khamis, 10 Mei 2012

Projek Make Over Blog: Suniza Haron

Khamis, Mei 10, 2012 2 Comments


Haaaa... hamekkk!!! :26: Rasanya dah sebulan, dua dah tak dapat godamkan template orang nih. Harini barulah bleh bernapeh sket dan akhirnya siap gak template baru untuk blogger Suniza Haron nih. Dia request nak kaler tema pink ngan pepel. Ntahla menepati ke idok hehe... Meh le jemput singgah blog dia kat sini ye!

@ehsan01 Baru hengat nak sambung ngan list yang hado tapi dapat kol dari boss ade gambo weding baru nak masuk. So, kepada yang masih dalam senarai, ngeeee.. tunggu lagilah jawabnya ye....! :bofu_01: *Larikkkk...!!!!*

Signature

Rabu, 9 Mei 2012

Wordless Wednesday: Cermin diri

Rabu, Mei 09, 2012 6 Comments


Info: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description...

so this is mine.


Signature

Jumaat, 4 Mei 2012

Surprise la sangatttttt!

Jumaat, Mei 04, 2012 18 Comments


Yup, mak saya memang camtu. Kononnya nak wat projek surprise tapi sebelum nak pergi dia gi tepon bagitau orang yang nak disurprisekan tu yang dia nak datang hahaha... kantoi seyyyy! So kite kire surprise ni ala-ala suam kuku punye surprise la ye! Akaka...


Ni sebenarnya projek nak gi melawat kakak saya kat Batang Kali tu sempena besdaynya. Lagipun mak dah lama tak bizibodi wat inspection kat umah dia so nak cek la kot-kot ade barangan yang boleh di letgo ke hape haha... *skeati jekan?* Comel sungguh mak nih! Apa-apa pun jom layannn... (Karangan ni dalam versi lain boleh baca kat sini ye, hehe...)

Cantikkan hasil kerastangan kakak i ngan anak-anak dara dia? Walaupun kek ni dia kate tak jadi tapi sodap weh!

Ni kek beli takleh bagi kredit hehe...

Sandwich tuna yang yummeh!

Menurut kajian, makan bihun takde manyak kalori so saya tambah 3 kali...  yelah, yelahhh.. 4 kali. 
Apa???

Si Farah ni lain takde nak dibawaknye... balik-balik muffin! Nampak no takde idea! Ahaks!

Gambar bukan nak menunjuk makanan yang hado tapi nak bagitau yang dari datang tadi sampai nak balik pun Wan korang tu 
tak berganjak-ganjak dari meja makan ni! Hahahahaaa....

Bile peyut dah buncit, marilah kite membuat aktiviti senaman yeitu mengejar kucing belakang umah dan skodeng bunga kat depan umah pulak !

Ni namanya Abu. Bukan Abu Hurairah apetah lagi Abu Lahab.

Yang hini namanya Itam. Dia SANGAT CHOMEL!!!

Mak kate bunga ni namanya Bunga Kembang Cina. Tinggal sikit dah sebab mak rembat bawak balik umah.
Nakal mak ni.

Eh? Dah abes? Ngeee...

Signature
Follow Me at flickr! .