Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 3 Mei 2012

Hari Sukan Rakyat & Usahawan SKDK 2012

Khamis, Mei 03, 2012 4 Comments


Saya baru jek dapat lense 14-150mm ni semalam so bolehlah test drive kat hari sukan rakyat & usahawan sekolah budak-budak ni jap. Tapi since kamera ni pun baru pakai sekali jek so theee... mak tak berani lagi nak pakai Mode M, blom abes khatam buku manualnya! Kalau terlepas waktu Amirul larik kang rugi wo! Sia-sia jek saya datang kang! So ape yang anda lihat di sini sumenya adalah hasil mode Auto ye! (tapi kat sini auto dia siap i-Enhance). Tapi ekcelli tak susah sebab OMD ni bleh capture 9 frame per second (sama macam 7D) so itu amatlah menyeronokkan daku! Jom layan!


Ni game ape ntah namanya. Taim ni tengah dok carik Amirul lagik tak jumpak! Haha...!

Tu diah hero kita sudah bersedia.... Saya kat seberang dia taim ni tengah wat aksi go mirul go. Tu yang dia wat taknak pandang tu sebab malu nak ngaku mak.

Tu diah sudah jalan! Nama acara ni kaki gajah. Dulu taim sekolah pun ummi masuk acara ni tau! Takde acara lain ke weh? Hahaha... Tapi memang best! Korang hengat senang ke nak belen kaki korang bile dah naik atas tempurung tu? Perghhh... seb baik bumper mak mase skolah kecik so memang konpem johan sesaje!

Ni pasukan penyokong adik dan abang haha...

Anak sedare ku yang debab ni tak masuk acara tahun ni tapi dia tetap menang cabutan bertuah! Bertuah sangaaatttt!

Akhirnya dapat gak title Johan! Dia memang camtu... asal nak masuk acara mesti taknak pergi sebab takut kalah. Nak memujuk makan 2,3 hari tau... mujurlah selalunya ugutan pujukan ummi dia selalunya menjadik di saat akhir! Ngeh, ngeh, ngeh....

Tahun ni tak banyak shoot sebab nak kena balik cepat pasal petang nak gi umah kakak kat Batang Kali! Tunggu entry lepas ni pasal gi umah kakak tu pulak ye! *Macam la ade orang nak bace punnnnn...! *Wink*Wink*

Signature

Rabu, 2 Mei 2012

The Beginning of the New :)

Rabu, Mei 02, 2012 10 Comments

 

Wohhooo.. sonot wo akhirnya setelah agak 2 minggu hidup tanpa sebarang kamera disisi. Kalau korang nak tau, saya ni antara orang-orang yang paling awal pegang kamera ni tau hehe... *Kembang idong lama jap* Mase tu pulak 7D dah saya letgo so hiduplah kesepian sekejap. Mase menghitung hari tu punyelah seksa okeh! Buat apa pun serba tak kena. Tapi bile dapat tau kamera saya dah sampai Mesia owh gembiranya takleh nak kata!

So inilah antara hasil dari teman baru i yang bernama OM-D-EM5 itu. Sorilah ku terpakse curang ngan Canon. Nak wat camno dulu pun pakweku Olympus gak tapi ntah caner boleh teruja nak pakai cam orang len. Udahnya bila dah experience kedua-dua kamera dari berlainan brand ni, akhinya ku akur bahawa cinta hatiku tetap padamu, abang Olympus! Haha! *Sebab-sebabnya nantilah ku wat satu entry lain ek!* Skang ni jom layan hasilnya dulu! Joms! : -






Yes! Olympus memang tak tipu bile dorang declare dorang adalah pencipta lense ter'SHARP' di dunia! I LOVE IT!


  Signature

Selasa, 17 April 2012

Edisi mari belajar: Menu majlis harijadi

Selasa, April 17, 2012 15 Comments


Haaa... harini meh kite semua sama-sama belajar nama-nama makanan yang boleh kite dapati di sebuah majlis harijadi kanak-kanak ye. Untuk pelajaran harini, kite akan mengkaji menu di majlis harijadi anak sedare  daku, Dayana Sofea. Jom layan!

Menu #1: BUTTER CAKE
Kek kosong ni mama dia buat. Maklumlah takut kek yang beli untuk tiup lilin kang tak cukup! (Tapi memang betul pun, daku tak dapat rasa kek Baskin Robbin yang sume orang kate sedap tuuu... uwaaaa...!!!)



Menu #2: POPIAH GORENG BERCILI (Sumpah yummeh!)
Kalau kite rasa menu kat umah kite tak mencukupi, tak salah untuk ke kedai di depan pasaraya Ong Tai Kim itu dan memesan RM20/- kuih ini. Orang tetap ingat tuan umah yang buat! Theee...


Menu #3: KUIH SAGU
Hini Wan Dolly besday girl yang buat. Mak memang terer wat kuih. Mak, besday kite lagi 3 bulan tau! Ingat ye! Ahaks!


Menu #4: PUDING TELUR
Ni pun makku yang wat. Jangan hengat anak mat saleh tak tau wat kuih melayu tau. Buku resepi manyak!


Menu #5: KARI AYAM
Yang ni makan ngan pulut sebenarnya tapi pulut lupa nak snap gambanya. Mase ni pun dah rase nak off kamera sebab tangan asek nak gapai pinggan dah!


Menu #6: AYAM MASAK MERAH
Mak mertua abangku masak. Memang perghhhhh!!! Orang meniaga memang masak sedap-sedap ke ek? Nape kalau daku yang masak tak pun sedap cam dorang haha!


Menu #7: SAMBAL GORENG
Ni pun mak mertua abang masak. Maveles!


Menu #8: KUIH KASWI
Ade lagi upenya kuih Puan Dorothy ni ye haha... aaa, ni pun mak den wat!


Menu #9: PUDING ROTI BERSOS
Haaaa... yang iniiiiiii... bukan daku buat! Ini jiran sebelah bagi. Yummeh okehhh!!!!!


Menu #10:  CHEESY WEDGES
Yang ini barulah daku yang wat. Lepas ni sile saksikan kejatuhan KFC okeh!


Menu #11: CHOCOLATE MOIST MUFFIN
Dalam malas-malasku sempat gak ku buatkan muffin ni untuk besday girl tauuu... (tapi nengok orang lain yang abeskan! Haha...)


Menu #12: NASI IMPIT
Nasi ni sparing dia ngan kuah kacang tapi lupe gak nak snap. Maklumlah... manyak tu daku nengok makanan! Ingat tak teruja ke? Wajiblah lupekannn.... ngeeee...!


Menu #13: ......
Ops! Ni bukan makanan tapi ni budak yang habeskan nasi impit itu.

Notakaki Saiz Tujuh:
Sume gambar di atas diambil menggunakan kamera dari Samsung Galaxy Wonder. Okeh jugak ek? (ni first taim cube guna) Tak payah banyak nak kena edit cuma touch up contras jek.

Amacam? Terliur tak? Sape soh tengok! Akaka...

Signature

Isnin, 9 April 2012

Walaweh...!!! Android dah ada Instagram!

Isnin, April 09, 2012 2 Comments


 

Ade tak sesape kat sini yang pakai Android sile angkat tangan macam sayeee... ngeeee... Korang hengat lagi tak dulu saya de wat satu post pasal instagram ni kan? Kalau tak hengat, boleh baca kat sini. Masa tu Google Play Store belum wujudkan Instagram untuk Android user lagi. So bila nak image korang ade filter Instagram, korang terpaksalah install dan gunakannya sebagai Action dalam Photoshopkan?


Haaa... tapi skang tak perlu lagi..!!! Harini Instagram dah boleh dipakai oleh Android user tau. Betulll.... kalau tak caya, marilah sesame download applikasi yang hebat ni! (Sile download dari Play Store kat phone korang> search for INSTAGRAM... sure muncul punyelah! Hehehe....)



  Signature

Rabu, 4 April 2012

Wordless Wednesday: Sigh!

Rabu, April 04, 2012 2 Comments




Info: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description...

so this is mine.


Signature

Selasa, 3 April 2012

Apa itu Dropbox?

Selasa, April 03, 2012 2 Comments


Korang pernah tak alami kes dimana korang nak email satu file yang besar tapi email korang tak dapat hantar dek kerana besor ngat dan melebihi kuota email box korang? Musti tensen kan? Dah la nak cepat tapi takleh email la pulok!


Haaaa... meh saya kenalkan anda dengan Dropbox! Dimana korang bukan saja bulih hantar file yang besar tapi korang jugak boleh share dengan berape ghamai orang yang korang suka. Semuanya boleh korang buat hanya dengan register pastu terus boleh upload file gedabak korang tu! Besar tak besar... 2GB saiz file yang dia bagi korang untuk haplod okeh! Bosar tuhhhh!!! Pastu lenkali kalau nak upload tapi dah tak muat, ape susah- delete jelah file yang dah hantar kat orang sebelum tu. Kan dah dapat 2GB tu balik! Bijakkan saya? Hahaha... so apa lagi? Meh le menerai kat link bawah ni. Don't worry... FREE aje!


Notakaki saiz tujuh:
Kalau korang nak besarkan lagi saiz box korang tu, skang ni dia ade program referral tau. Senang-senang je nak besarkan box korang tanpa kuar sesen pun! Ngeh, ngeh, ngeh....



Signature

Khamis, 29 Mac 2012

Janji Allah itu benar!

Khamis, Mac 29, 2012 3 Comments


Rasulullah S.A.W : Sesungguhnya orang yang miskin dari umatku adalah orang yang pada hari kiamat datang dengan membawa : sholat, puasa, zakat, namun ia juga suka mencaci-maki orang, menuduh orang lain, memakan harta yang bukan haknya, menumpahkan darah orang lain, serta menganiaya orang lain. Kelak atas kejahatannya tersebut maka pahalanya akan diberikan kepada orang yang pernah dia aniaya. Jika pahalanya sudah habis sedangkan kesalahannya belum semua terbayar, maka dilemparlah orang itu ketengah- tengah orang yang pernah dia aniaya, dan akhirnya dilemparkan kedalam neraka. ( Riwayat Muslim ; Shahih Riyadhus Sholihin, Hadits No : 223).

Ni cite betul. Kalau nak masuk dalam slot 'Tanah Kubur' kat Astro Oasis tu pun boleh, saya tak kesah. Kronologi: Ya arwah abah saya meninggal semasa doktor amek air tulang sum-sumnya untuk pemeriksaan penyakit TBnya. Tapi hakikatnya, sebelum dia jatuh sakit akibat penyakit tu, dia dah pun berbulan makan hati kepada seseorang yang sangat rapat dengannya.

Sebab? Untuk pengetahuan korang, arwah ayah saya ada berbelas ekar tanah kat kampung. Tapi dia tak dapat nak uruskan sebab dia satu-satunya anak yang belajar, berkahwin dan menetap di KL ni. So dia dah amanatkan seseorang itu untuk menjaga tanah dia termasuk bagi upah tiap-tiap bulan sebagai membalas budi menjaga tanah tu bagi pihak dia.

Selepas berpuluh tahun, rupanya baru arwah abah saya dapat tau yang sebenarnya tanah dia dah lama takde dah dijual kepada broker cina oleh seseorang itu. Orang tu pulak tak mengaku sedangkan semuanya dah terbukti benar. Arwah abah saya makan hati berbulan lamanya kerana perbuatan orang tu sebab dia tak pernah sangka orang tu tergamak menipu dan mengambil haknya. Betul... arwah abah tak dapat satu sen pun hasil jualan tanah tu. Dia jatuh sakit dan sebulan terlantar dirumah sebelum Allah SWT takdirkan dia mendapat penyakit TB dan meninggal dunia selepas itu.

Peristiwa tu dah berbelas tahun berlaku. Kami adik-beradik termasuk mak pun dah lupakan apa yang orang tu pernah lakukan pada arwah abah. Haritu saya ke Ipoh berjumpa dengan saudara-mara di sana dan mendapat satu berita mengenai orang itu. Rupanya dia dah lama jatuh sakit tapi tak juga meninggal. Pintu rumah mesti selalu dikunci sebab kalau dia nampak pintu terbuka dia akan lari. Kononnya nak ke Selama untuk gali tanah sebab duit tanah arwah abah kononnya disorok kat situ. Kalau ade orang melawat even anak-anak dia sekalipun, dia akan suruh dorang balik cepat sebab dia kate suma yang datang tu cuba nak curik duit tanah yang dia simpan.

Sedih. Sebak. Tapi apa yang kami sekeluarga boleh buat. Kami dah pun halalkan duit tanah arwah abah yang mungkin bernilai ratusan ribu tu. Walaupun yang dia pernah bagi mak selepas arwah abah meninggal cuma RM 1,000.00 kononnya itu aje yang dia dapat (tak logikkan?) Tapi takperlah, mak pun dah redha. Cuma tulah... peringatan kepada diri sendiri dan juga korang semua. Kalau kite pernah menganiaya sesama makhluk Allah SWT, kepada makhluk Allah SWT tu jugaklah korang kena mintak ampun dan maaf sebab Allah SWT takkan mengampunkan dosa yang dibuat sesama makhluk. Dalam kes arwah ayah saya ni, kalau dia nak mintak maaf dengan arwah ayah saya pun dah tak boleh so apa yang bole dibuat lagi. Kami semua berdoa ajelah semoga Allah SWT ampunkan dosa-dosanya dan hentikan seksaan dunia kepada orang itu.

Semoga cerita ni menjadi ikhtibar dan pengajaran buat diri sendiri dan semua, wallahualam.


Signature
Follow Me at flickr! .