Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Isnin, 31 Disember 2012

Cuti-cuti Mesia: JB aje!



Macam tiap-tiap tahun, kiteorang memang takde pun planning nak gi berjalan taim coti sekolah ni. Lebih-lebih lagi pak ustad sedang proses recovery dari sakit dan saya pun masih banyak lagi benda nak dikemas dan dikombah kat ghumah ni. Tetiba pak ustad kata dia kena ngajar kat JB dua hari so takkan le nak dok umah kot kan? Jiran baru ade sorang, dua... belah kanan sederet lom ada jiran okeh! Hilang akal ke nak tinggal ngan budak-budak je kat ghumah?! Har! Har!... ngeri mak! Maka dengan itu secara rasminya, sume ikut pak ustad gi JB, yeay!



SILKA HOTEL- JOHOR BARU
Ni hotel tempat kiteorang stay dengan percumanya heheh! *Silelah jeles* Okehlah, bilik dia cozy gak dan susun atur dia kemas. Cuma problem hotel ni yelah service dia kot. Baca kat Foursquare ramai yang kondem serbis dia. So nak jadik cite, kiteorang sampai haritu dah le lewat sebab jalan jem (semua nak gi sambut Santa Claus kot mase tu). Sampai je budak-budak lom mandi lagi so masuklah dalam bilik mandi. Sekali tengok tuala takde walau sehelai pun.


Maka pak ustad pun kol mintak tuala. Tunggu 15 minit takde gak, okeh pak ustad kol lagi. Tunggu lagi 15 minit tapi takde gak. Maka saya pun kol plak dan tunggu 15 minit lagi pun tadak. Pak ustad pun cube kol lagi sekali tapi kali ni dengan hidung kembang kempis la menahan dendam kesumat. Dalam 10 minit kendian baru le dorang anta tapi itupun tuala tepinya dah berkoyak huhuuu... *syukur, syukur... kalau dia tak bagi lansung tuala tu lagi kes naya ko jah!*


KOPITIAM RAMLAH
Kopitiam ni tempat lepak feveret pak ustad katanya sampaikan tuan punye kedai tu pun kenal. Gleme la skejap rase cam celebriti agaga... Tempat makan dia bersih dan selesa. Pelayan pun kemain ramah lagi huhuu...


Haritu saya terai Nasi Ayam Penyet tapi rasa sambal dia tak berapa kick kot. Memandangkan itu menu baru dia, maka saya maapkan kekurangan kesedapan itu hehe... perbaiki lagi ye :p


Tapi Chicken Chop dia memang mebeles. Ayam dia sungguh rangup dan sos blackpepper dia pun menepati syarat la. Rugi tak order yang tu tadi, dem!


Restoran Nakhoda Seafood (berhadapan dengan Silka Hotel)
Kat sini tukang masaknya ada sorang dan pelayan sorang. Dua-dua muda remaja lagi. Kagum gak nengok beso-beso cenggituh dah boleh bukak kedai makan. Rasanya dorang ni dari Kelantan mendengar dari loghat dorang. Makanan dia okehlah sebab saya pernah rasa yang lebih sedap dari kat sini. Tapi udang goreng tepung dia memang mabeles. Beso pulak tu!...


Gitulah ceritenya... eh! Ade ke cite haha...

Budak kecit ni senang je nak bagi dia diam hehe...

Ni bukan hobi tapi memang aktiviti abang walau dimana dia berada huhuuu...

Pemandangan dari balkoni hotel. Tesco wo depan tuuu... *gatal kaki*

Pemandangan dari dalam. Sile abaikan manusia yang syiok tido itu.
Notakaki Saiz Tujuh:
Psssttt.. sorila korang tak sempat nak berblog-walking. Rindu nak baca entry korang tapi apakan daya semenjak jadik Dapur Officer ni takde masa nak bukak laptop. Ni pun dapat curik masa sket sebab budak-budak ikut bapak eh gi umah atok dorang huhuuu...

7 ulasan:

  1. syokknyer..dlm mesia pon jd la kan..ni pon x abes jelajah lg..syokk2!

    BalasPadam
  2. wahh best gak hotel dia
    even service terhape kan

    BalasPadam
  3. Apa aku nak komen ni... Err... Haaaa... tesco tu. Pegi ke tak? Ikan 3 rasa tu siakap ke? Tak nampak rupa dah diselimuti kuah.

    BalasPadam
  4. @Nens CollectionBest Nen sebab tayah masak. nak makan je tok laki balik amek kiteorang gi makan hahaha.. heaven!

    BalasPadam
  5. @SyaNaTulah. Dalam dia cam cosy sangat. Kalaulah serbis dia pun okeh barulah kelassss!

    BalasPadam
  6. @LydSunshineHajat tu hado tapi tak sanggup mak nak menapak gi sana membawak kanak-kanak itu sekali huhuuu... Ikan tu betul ikan siakap. Tulah kuahnye manyak tul! Slurppp! Theee....

    BalasPadam
  7. @LydSunshineHajat tu hado tapi tak sanggup mak nak menapak gi sana membawak kanak-kanak itu sekali huhuuu... Ikan tu betul ikan siakap. Tulah kuahnye manyak tul! Slurppp! Theee....

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .