Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 2 Februari 2012

Tutorial: Cara pasang emotikon dalam post/ entri



Daku dah lama dah diugut soh wat tutorial ni tapi biaselah kalau semedang dok termakan semut camnilah jadiknya *Okeh tak alasan?* Hehe... oleh sebab itu, terlebih dulu mintak mangap la ye kepada Puan Sri Shiela Firdaus yang menunggu di tepian pantai begitu lame itu. Lagipun bukan senang badak nak wat tutorial ni tau. Manyak tab kena bukak ni haa.... Ate nama pun nak copy paste tutor orang, haha...*pecah rahasia*

Rajah 1. Wahhh cam kertas peksa sekolah je!

Okeh memula kite bagitau dulu ape syarat untuk menggunakannya ye. Sile patuh kepada syarat-syaratnya atau KONPEM bile nak post entri baru segala makhluk dongol tu sume tak muncul kat New Post, okeh.

Syarat-syaratnya: -
  1. Belikan daku Samsung Note sebijik *Tipu. Abaikan*
  2. Sila ke Dashboard>Setting> tengok ke bawah hingga nampak jari kaki... theee...acah je... sehingga berjumpe dengan Global Setting pehtu pilih Old Editor (Lihat Rajah 1) *Harap maklum kalau korang tick selain dari tu, jangan nak bising lepas ni nape korang wat tak jadik ye. Itu menandakan korang degil.*
  3. Hanya gunakan Mozilla Firefox untuk membuat New Post atau Edit. Chrome atau Safari tak support menatang ni okeh.

Rajah 2


Okeh skang kite mulakan tutorial ni ye: -
  1. Memula sekali korang kena ade Mozilla Firefox. Kalau takde sile hantuk kepala kat dinding, kang muncullah dia *Abaikan... gugel jek pastu donlod. Pehtu jangan tak install pulak ye!*
  2. Klik kat Tools>Adds-on dan search 'Greasemonkey'. Lepas tu korang akan nampak gambo beruk matyeh tersengih kat situ. Kalau ada maknanya korang dah halfway berjaya dah heheh. (Sila nengok Rajah #2 kalau ngak paham)
  3. Skang korang dah ade application Greasemonkey tapi korang blom ade makhluk-makhluk dongol itukan? So korang gugel 'emotikon' dan install userscriptnya.Daku dah lama buat menatang ni so kebanyakan sumber emotikonku dah lama tak aktif. Yang hado dari Cik Chokilala je so korang ndak, sile klik sini untuk dapatkan userscript milik beliau. Untuk emotikon Yahoo sila  install di sini. Perlu diingat ye, install guna browser FIREFOX bukan Google CHROME!
  4. Okeh... skang korang dah berjaya sedut makhluk-makhluk dongol itu masuk ke dalam dashboard posting korang. Nak tau berjaye ke idok, cer gi kat new post pastu nengok ade tak kuar camni: -
Kalau dah ade, maknanya dah berjaya! Syabbas Inspektor Saab!

Cara gunakannya senang je. Kat memane bahagian entri yang korang rasa nak masukkan makhluk-makhluk tu, korang just klik kat wajah mane yang korang nak, pastu automatik dia masuk dalam post. Senangkan? Mekaseh kepada diriku yang 2 hari buat tutorial ni untuk korang, haha! So pe lagi? Cubelah terai test tengok! Hehe....

Signature

10 ulasan:

  1. ade part yg x paham kak...userscript tue nk letak kt mne?hehehehhe

    BalasPadam
  2. @oshin-jamelInstall je daa.. letak manenya haha... Klik je kat situ dia automatik install okeh!

    BalasPadam
  3. kak deeb, apesal x jumpe global setting..aduhhh

    BalasPadam
  4. kak deeb, canne nak install tu..adehhh

    BalasPadam
  5. kak deeb, sy dah berjaya install..muah..muahhh..maceh kak

    BalasPadam
  6. @Ibu DarwisyAit?? Baru nak beri bantuan dah berjaya? Anak murid yang cemerlang! Hehehe...

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .