D.A: Menu bekpes -4
Farah Deeb
Khamis, Disember 19, 2013
2 Comments
Menu bekpes yang ni senang jek tapi sodap! In fact sebenarnya korang boleh je godam sikit je resepi biasa bertukar kepada sesuatu yang lebih sodap macam hini. Meh kaji bahannya: -
Bahan-bahannya: -
Telur sebijik
Lada sulah
Sedikit parutan cheese
2 ketui sosej (nak lebih skeatilah)
Tomato dan sayur salad
Caranya: -
- Goreng je telur tu dalam minyak yang sedikit. Kalihkan dan terus bubuh sedikit lada sulah dan parutan cheese ikut la berapa banyak korang suke ek. Pastu lipat dan angkat taruk atas pinggan.
- Sosej tu panggang je atas periuk pemanggang ajaib sampai masak. Dah siap masukkan dalam pinggan dan letakkan tomato yang dipotong dadu dengan sayur salad disebelah. Dah siap! Senangkan!