Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Rabu, 4 April 2012

Wordless Wednesday: Sigh!

Rabu, April 04, 2012 2 Comments




Info: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description...

so this is mine.


Signature

Selasa, 3 April 2012

Apa itu Dropbox?

Selasa, April 03, 2012 2 Comments


Korang pernah tak alami kes dimana korang nak email satu file yang besar tapi email korang tak dapat hantar dek kerana besor ngat dan melebihi kuota email box korang? Musti tensen kan? Dah la nak cepat tapi takleh email la pulok!


Haaaa... meh saya kenalkan anda dengan Dropbox! Dimana korang bukan saja bulih hantar file yang besar tapi korang jugak boleh share dengan berape ghamai orang yang korang suka. Semuanya boleh korang buat hanya dengan register pastu terus boleh upload file gedabak korang tu! Besar tak besar... 2GB saiz file yang dia bagi korang untuk haplod okeh! Bosar tuhhhh!!! Pastu lenkali kalau nak upload tapi dah tak muat, ape susah- delete jelah file yang dah hantar kat orang sebelum tu. Kan dah dapat 2GB tu balik! Bijakkan saya? Hahaha... so apa lagi? Meh le menerai kat link bawah ni. Don't worry... FREE aje!


Notakaki saiz tujuh:
Kalau korang nak besarkan lagi saiz box korang tu, skang ni dia ade program referral tau. Senang-senang je nak besarkan box korang tanpa kuar sesen pun! Ngeh, ngeh, ngeh....



Signature

Khamis, 29 Mac 2012

Janji Allah itu benar!

Khamis, Mac 29, 2012 3 Comments


Rasulullah S.A.W : Sesungguhnya orang yang miskin dari umatku adalah orang yang pada hari kiamat datang dengan membawa : sholat, puasa, zakat, namun ia juga suka mencaci-maki orang, menuduh orang lain, memakan harta yang bukan haknya, menumpahkan darah orang lain, serta menganiaya orang lain. Kelak atas kejahatannya tersebut maka pahalanya akan diberikan kepada orang yang pernah dia aniaya. Jika pahalanya sudah habis sedangkan kesalahannya belum semua terbayar, maka dilemparlah orang itu ketengah- tengah orang yang pernah dia aniaya, dan akhirnya dilemparkan kedalam neraka. ( Riwayat Muslim ; Shahih Riyadhus Sholihin, Hadits No : 223).

Ni cite betul. Kalau nak masuk dalam slot 'Tanah Kubur' kat Astro Oasis tu pun boleh, saya tak kesah. Kronologi: Ya arwah abah saya meninggal semasa doktor amek air tulang sum-sumnya untuk pemeriksaan penyakit TBnya. Tapi hakikatnya, sebelum dia jatuh sakit akibat penyakit tu, dia dah pun berbulan makan hati kepada seseorang yang sangat rapat dengannya.

Sebab? Untuk pengetahuan korang, arwah ayah saya ada berbelas ekar tanah kat kampung. Tapi dia tak dapat nak uruskan sebab dia satu-satunya anak yang belajar, berkahwin dan menetap di KL ni. So dia dah amanatkan seseorang itu untuk menjaga tanah dia termasuk bagi upah tiap-tiap bulan sebagai membalas budi menjaga tanah tu bagi pihak dia.

Selepas berpuluh tahun, rupanya baru arwah abah saya dapat tau yang sebenarnya tanah dia dah lama takde dah dijual kepada broker cina oleh seseorang itu. Orang tu pulak tak mengaku sedangkan semuanya dah terbukti benar. Arwah abah saya makan hati berbulan lamanya kerana perbuatan orang tu sebab dia tak pernah sangka orang tu tergamak menipu dan mengambil haknya. Betul... arwah abah tak dapat satu sen pun hasil jualan tanah tu. Dia jatuh sakit dan sebulan terlantar dirumah sebelum Allah SWT takdirkan dia mendapat penyakit TB dan meninggal dunia selepas itu.

Peristiwa tu dah berbelas tahun berlaku. Kami adik-beradik termasuk mak pun dah lupakan apa yang orang tu pernah lakukan pada arwah abah. Haritu saya ke Ipoh berjumpa dengan saudara-mara di sana dan mendapat satu berita mengenai orang itu. Rupanya dia dah lama jatuh sakit tapi tak juga meninggal. Pintu rumah mesti selalu dikunci sebab kalau dia nampak pintu terbuka dia akan lari. Kononnya nak ke Selama untuk gali tanah sebab duit tanah arwah abah kononnya disorok kat situ. Kalau ade orang melawat even anak-anak dia sekalipun, dia akan suruh dorang balik cepat sebab dia kate suma yang datang tu cuba nak curik duit tanah yang dia simpan.

Sedih. Sebak. Tapi apa yang kami sekeluarga boleh buat. Kami dah pun halalkan duit tanah arwah abah yang mungkin bernilai ratusan ribu tu. Walaupun yang dia pernah bagi mak selepas arwah abah meninggal cuma RM 1,000.00 kononnya itu aje yang dia dapat (tak logikkan?) Tapi takperlah, mak pun dah redha. Cuma tulah... peringatan kepada diri sendiri dan juga korang semua. Kalau kite pernah menganiaya sesama makhluk Allah SWT, kepada makhluk Allah SWT tu jugaklah korang kena mintak ampun dan maaf sebab Allah SWT takkan mengampunkan dosa yang dibuat sesama makhluk. Dalam kes arwah ayah saya ni, kalau dia nak mintak maaf dengan arwah ayah saya pun dah tak boleh so apa yang bole dibuat lagi. Kami semua berdoa ajelah semoga Allah SWT ampunkan dosa-dosanya dan hentikan seksaan dunia kepada orang itu.

Semoga cerita ni menjadi ikhtibar dan pengajaran buat diri sendiri dan semua, wallahualam.


Signature

Selasa, 27 Mac 2012

Akhirnya mak pun ade remekins okeh!

Selasa, Mac 27, 2012 12 Comments


Kahkahkah! Sian betulkan? Di saat orang lain dah guna remekins sampai nak lebam, daku baru dapat beli menatang ni akaka... :08: sadis sungguh! Ekcelli selalu gak gi carik kar pasaraya tapi biaselahkan, bile sampai kat sana selalunya terbeli benda lain pastu lupe ape sebenarnya tujuan nak gi sana heee... :heh sogan:


Kalini memang terus dapat belilah sebab beli online dari Kak Jee. Alahhh, kak Jee pun tak kenal kew? Kak Jee aka Fauziah Samad yeitu seorang wartawan, pelakon, penulis skrip drama dan filem. Saya masih ingat mase kecit dulu selalu nengok dia berlakon sitkom komedi kat TV hehe. Oleh sebab itu yang sebenarnya malu nak order ngan dia *yelah sapelah mak ni kan...* :bye: tapi demi nak gak menatang remekins tu, ku buang sume sipat pemalu semulajadiku dan memulakan langkah mengorder.

Yang baju pink tulah kak Fauziah Samad aka Kak Gee. Tingat dialog Mr. Os bile nengok belakang Kak Gee dalam cite Balik Kampung ni; "Ni kalau masak lomak, 10 biji kelapa pun tak cukup nih!" Hahahaha.... jangan marah eh Kak Gee... sampai skang saya ingat dialog tu! :01: Thee....


Dalam seminggu kendian akhirnya remekins ini berjaya menjadi milikku hehe... owh ye... dia ade jual acuan buat roti jala sekali so yang tu pun memang dah lame usha tapi dok takde stok. So rembat gak la alang-alang dah ade stok tu. Ishhh maneleh, mak kan mesti lebih dari jiran umah sebelah! :03:


So sesape berhajat nak order bolehlah gi ke blog Kak Jee dan order di sana ye! Sementara stoknya masih ada je!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


Aiiii....! Sape kate ku beli 3 bijik je? Cettt... Mane cukup...??!! Mak,kan tamak orangnya! :22: Theee...


Signature

Isnin, 26 Mac 2012

Review: Papa John's Pizza Festival City Mall, KL

Isnin, Mac 26, 2012 10 Comments


Sesungguhnya daku sangat bangga hokeh... :hua: anak sulung saya yang bernama Maria itew secara rasminya KONPREM dikesan menjejaki sipat murni umminya yeitu suke JJCM (Jalan-jalan Carik Makan der...)


Haritu dia hajak saya pegi Kenny Rogers lagi tapi takperlah nak, hehee... :buzz: ummi dah trauma sket dengan bil RM88 haritu haha... kite gi taim ummi kaye sket la ye! Seb baik daku ugut lahirkan anak menurut kate ngeee.... so kiteorang pun melencong kaki ke Papa John's. Ekcelli dulu kiteorang dah penah rasa dah pizza kat sini tapi mase tu kiteorang gi kat Wangsa Maju punye yang kat dalam AEON tu. Sorry to say mase tu service dia cam ha*am. :bofu_46:Korang bayangkan jelah tunggu order sampai 40 minit tak sampai, alih-alih tengok mamat yang baru datang sepoloh minit dah dapat makanan... hawau!!!... Tapi seb baik pizza kat sana sangat shedappp! So kali ni nak nengok yang kat Festival City Mall punye branch ni okeh ke idak, yuk!


Mase kiteorang pegi tu yelah hari weekdays so orang tak ramai. Suasana dalamnya sangatlah cozy dan kiteorang dua siap nyanyi-nyanyi lagi wat macam bilik karaoke :10: hahaha.... (sure staff situ rase cam nak bagi penyepak) Owh ye, in fact sebenarnya kiteorang dua je pun customer dia mase tu hahaha... Si Maria mulalah wat tohmahan pasal takde orang yang nak makan kat situ. Tapi saya kate tak baik nak fitnah Papa John, meh kite cube dulu. So tunggulah ordernya sampai... :28: (lama gak dalam 30 minit kot!)


The verdict? :40: Pizza dia keras la... nape ek??? Donut tu pun keras gak... *Camnolah orang yang pakai gigi palsu tu gamaknye ye* Hmmm.... yang menyelamatkannya yelah sos cheese tu jek. Kalau takde sos tu abes sebab sos itu sangatlah sedap. Cili jeruk tu pun sedap gak. Haritu saya amek set lunch dia so dapat soft drink sekali tapi saya takleh tahan sejuk so saya order Hot Chocolate. Rasanya...hmmm, oklah! :mKorek: Total untuk dua orang makan yelah RM 25.90.. okehlah tu kan? So sesape nak cube, silelah ke sini. Restoran dia bersebelahan je ngan Kenny Roger's dan Econsave. Den nak makan sini lagi??? Hmmm... tak taulah... kalau orang belanja boleh kottttt...!!!


RATING
Service: starstarstar
Food: starstarstar


Signature:heh sogan:
Follow Me at flickr! .