Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 8 Disember 2011

Menculik Deeb- Day #4 (versi Sg Duyong, Melaka)

Khamis, Disember 08, 2011 10 Comments


Akhirnya harini kiteorang pulang ke KL... sob, sob... Tapi canerpun pepagi pi bedal mee bandung muar dulu... kalau tak, nyesal weh! On the way balik, Pak Ustad decide bawak kiteorang turun Melaka lagi sekali sebab mase kat Istana Kesultanan Melayu Melaka haritu, penjaga istana tu kate tapak kaki Hang Tuah ade kat Sungai Duyong dekat dengan perigi Hang Tuah. So situlah kiteorang nak pegi! Saya mesti buktikan kepada suamiku yang saya memang pernah tengok tapak kaki itu 23 tahun dulu!


Untuk pengetahuan korang sume, kat Sg Duyong nilah tempat Laksamana Hang Tuah dilahirkan dan dibesarkan. Ni info full version dari encek Wiki: -

Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511 A.D. )[1] Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunandayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.
Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka.
Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara (iaitu Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana.
Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka keMajapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari. Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas kerisberkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari.[perlu rujukan]
Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.
Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya.
Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya.
Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sampai sekarang.
Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang/rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh.
Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah "Tak Melayu hilang di dunia" yang bererti bangsa Melayu tidak akan punah di bumi ini.


Nak carik tempat ni tak susah sebab encek GPS banyak membantu. Tapi signboard pun ade bile dah dekat nak sampai so dijamin tak sesatnye. Ruang parking dia luas so boleh parking kat mana-mana pun. First yang korang akan jumpe yelah perigi Hang Tuah yang sedalam 4.0 meter tu dalam sebuah ruang berbumbung.


Kat dalam ruang berbumbung tu jugak ada digantung sejarah asal-usul Laksamana Hang Tuah dari sejarah kelahirannya sampailah ke akhir hayatnya. Di sebelah kanan ruang tu pulak ade disediakan gerai-gerai souvenir yang menjual pelbagai barangan cenderahati yang comel-comel. *Kuatkan iman*

Tangga rumah melayu melaka lama. Untuk pengetahuan korang, rumah ni dibuat tanpa menggunakan sebutir paku pun!

Kat depan dia pulak ade surau so takdehal bile masuk waktu boleh terus gi solat kat sana. Suraunya pun luas. Di depan surau tu ade gerai menjual makanan dan minuman. Pastu dibelakang surau tu pulak ade sebuah rumah melayu melaka lama. Kat dalam nya ade macam-macam barangan antik melayu lama tapi kalau nak masuk kena bayar fee dulu okey. Feenya tak mahal cume RM1 sorang tak kire dewasa ke budak. Dah bayo ske ati korang la nak dok lepak ke, bergamba ke berape jam yang korang ske.

Antara barangan antik yang dipamerkan

Mesin jahit lama dan baju-baju warisan melayu melaka

Ruang bilik tidur utama. Katil dia tinggi doe! 

Baju-baju warisan lama yang diperagakan

Maria kat ruang utama

Bilik tidur kedua

Pinggan-mangkuk antik

Ruang dapur- ade 3 bahagian

Lagi pinggan-mangkuk antik. Ade maaaaaanyak kat dapo!

Ni pun kat dapo tapi bahagian tempat makan

Lesung ni dulu mak saya pakai okeh! Saya mencik bile kena tolong dia giling sebab tangan tak sampai!

Ni kat tempat masak

Senduk kayu dolu-dolu. Cantikkan?

Kebanyakan barangan antik ni yelah sumbangan dari orang-ramai

Sume ni pun disumbangkan oleh individu

Sume pinggan-mangkuk antik kat dalam ni adalah sumbangan dari individu yang berlainan

Ruang tamu. Baju-baju yang tergantung tu boleh disewa RM10 sehelai untuk dipakai kalau korang nak bergambar

Gong ni kat pintu masuk. Nota: Jangan bagi budak bawah umo pegang okeh. Nanti dorang pukul tak renti-renti!

Mesti korang tertanya-tanyakan, mane tapak kaki Hang Tuah tu? Ye, sungguh menghampakan sebab owner tempat ni kata jalan nak ke tapak kaki tu dah diturap so takde sape yang dapat masuk tengok dah semenjak zaman 90-an. Huhuuu... sian budak-budak dengan saya-saya sekali. Tapi takpe, at least Pak Ustad dah tak ketawakan saya lagi sebab finally dia tau benda tu memang wujud. Skang giliran saya lak ketawakan dia haha. (Sket je sebab isteri mithali) 


Owh ye... depan umah ni ade satu replika umah lama yang comel untuk sesi bergambar. Kalau korang dah bayar fee untuk masuk ke rumah lama tadi, so korangleh la terus gi bergambar kat umah tu. Kalau tak, bayar dulu ok!

Nilah umah replika tu. Kecik je.

Ni dalam umah replika tu. Kalau saya masuk wajib runtuh! Akaka...

Sudah, balik, balik! Kalau pandang belakang tu lagi sejam, dua baru gerak! *Kata Pak Ustad di dalam hati gamaknya*

Lepas ni cite pergi Zoo Melaka pulok la weh! 

Notes: Cerita dari awal penculikan boleh klik kat Menculik Deeb- Day #1. Pastu sambungannye yang seram kat Menculik Deeb- Day#2. Pastu pulak sile tengok tempat makan best kat Muor at Menculik Deeb- Day#3 okeh!


Signature

Rabu, 7 Disember 2011

Menculik Deeb- Day #3 (Muar)

Rabu, Disember 07, 2011 0 Comments


Harini kiteorang sampai ke Muar, Johor. Sampai je terus isi perut kat Beriani Gam Muara kat pekan Muar tapi sorry to say- berasnya bukan beras basmathi dan lauk berianinya tak cukup atau tak pakai minyak sapi lansung so rasa nasi beriani itu adalah TIDAK SEDAP. Yang boleh kredit cume kat sirap bandung dia je- yang itu JE yang sedap! No wonder la orang ramai prefer gi makan kat kedai makan biasa sebelah dia berbanding kedai tu!

Barisan kete untuk dijual. Myvi baru kaler kuning ala Bumblebee saya dah dibawa pandu uji laaa.. hampe tul! Baru je plan baek ngan Maria nak posing ngan dia!

Misi harini tak terus pi check-in sebab Pak Ustad kena pi keje dulu so kiteorang sume kena la follow ye. Kembang-kempis idung i tau bile staff sana tanye, "Ye kak.. boleh saya tolong?" Pastu saya pun jawab dengan riak, "Owh saya dengan dia tu" Sambil moncong dijuih-juihkan kearah suamiku yang tengah sebok interview staff.

Sopannya anak-anakku di dalam gambar. Keadaan sebenar? Lotih...!!!

Heheee... kiteorang kat sana cam boss okeh *sile jeles* Nak dok kosi mana-mana staff pun tak kisah pastu budak-budak pulak buat cam rumah sendiri haha... jahat, jahat. Habes tu barulah kiteorang gi check in kat Classic Hotel. Hotel ni bersebelahan dengan Wetex Parade yang saya kire same tokei kot dengan hotel ni. Interior biliknya sama je macam kat Katerina Batu Pahat tu so kalau nak tengok ghupenya sile ke entry Menculik Deeb-Day #2 ye. Parking space agak terhad boleh muat dalam 10 biji kete je so kalau dah takde parking kat basementnya, kena la parking depan hotel atau depan Wetex Parade tu ye.

Dah macam wakil delegasi pulak ghupenya....

Harini ade kes malang sket sebab OU dari Perodua tak sampai kat admin hotel so kiteorang kena dok tunggu kat lobby dia dalam 15 minit jugaklah. Tapi baiknya hati dorang sebab even tak dapat lagi menatang tu dorang akhirnya bagi gak kiteorang check-in dulu. (Sure dorang sebenarnya dok menyirap darah tengok anak-anak saya wat lobi dorang cam rumah sendirikan? Akaka...)

Tengoklah betapa pandainya mereka menyesuaikan diri di tempat orang!

Kat hotel ni ade swimming pool tapi pada masa ni sehingga 31 Disember 2011 kabonya ditutup sebab dorang tengah wat renovation. So demi nak mententeramkan budak-budak yang nak mandi pool sangat tu, saya penuhkan je air dalam tab pastu soh dorang berlakon macam tengah mandi kat swimming pool! Hehe... bijakkkk... bijak!

Asam pedas ikan pari baek punyeeee....

Kat Muar ni pun saya taktau kat mana tempat makan yang best pada waktu malam so kiteorang berpandukan kat GPS jelah. Pak Ustad decide nak pegi ke Medan Ikan Bakar Sabak Awor yang tempatnya tak jauh dari pekan Muar, dalam 10 ke 15 minit je tapi dek lokasinya agak ke dalam sket so sesapa yang tak pernah pergi tu, rasanya korang kena banyak tanye orang kot. Nak lagi senang, beli je GPS satu! Hehe...

Udang dan sotong celup tepung. Rangup sey!

Tempat makan ni dibangunkan oleh Majlis Negeri so ianya macam tempat pelancongan la sket. Tempat parkingnya luas so takde hal nak park kat manapun. Kat pintu masuk ala-ala jeti tu korang akan jumpe kedai dan orang bukak meja jual souvenir dulu. So kepada yang membawa anak-anak kecik cam saya tu, sile pastikan mata dorang tertutup sebelum sampai ke meja makan ye sebab nanti dorang akan dok kat situ berejam lamanya!

Sayur pun ade. Yang ni kangkung goreng belacan... best!

Kat sana ade banyak gerai makan tapi kiteorang pilih gerai yang memula sekali yeitu Gerai Kak Sal namanya. Ikan-ikan segar, kupang, udang, sotong dan macam-macam lagi hasil laut boleh korang pilih kat depan gerai dia. Kalau rajin cam kiteorang ni, terus je order kat pelayan ni nak makan pe dan biar dorang yang pilih lauknya... haa... kan rajin tu namanya!

Kiteorang order dua-dua nasik- nasik putih dengan nasik lemak *tamak*

Kat sini jugak korang bleh pilih nak makan nasik putih atau nasik lemak. Pastu dorang akan bagi 2 jenis sos untuk sessi mencicah yeitu sos cili dan sos kicap cili api *berdesing jap* Overall memang very the puas hati. Masakannya sedap, lauk-lauknya memang fresh dan paling penting murah gile seh! Bayangkan makan untuk 5 orang- nasik lemak, nasik putih, telur dadar, sayur kangkung, udang dan sotong celup tepung dan asam pedas ikan pari... harganya cume RM37.40 aje! Burppp...! Alhamdulillah... what's next? Tunggu siri berikutnya: Menculik Deeb- Day #4!


Notes: Nak tau cite penculikan ni dari mule, boleh klik Menculik Deeb- Day#1 dan sambungannya yang agak seram kat Menculik Deeb- Day#2


Signature

Selasa, 6 Disember 2011

Menculik Deeb- Day #2 (Batu Pahat)

Selasa, Disember 06, 2011 6 Comments


Kisah penculikan hari kedua bermula. Harini kiteorang ke Batu Pahat dan stay kat Katerina Hotel. Ingat nama hotel ni ye sebab saya ade cite best jap lagi, heheh. Bilik kat hotel ni kecik sket takla seluas hotel Prime City kat Kluang tu tapi yet still okaylah sebab nampak well-maintained.


Biasanya each taim Pak Ustad kena keje area Batu Pahat, memang hotel nilah yang dia stay pun. Katil dia cume ade satu queen size (sian penculik kena tido bawah dengan Mirul hehe...) dan tandas dia pun tak la seluas kat Kluangnye.


Kat Batu Pahat ni setau saya tempat yang menarik cume Water Theme Parknya je *Thanks to encek Gugel* So kiteorang pegi la jugak sana tapi bile Pak Ustad dengar nak masuk untuk bermandi-manda je feenya RM15 dia kensel. Saya pun sebenarnya cuak gak nak bawak budak-budak gi mandi sana sebab saya ade tergugel pasal ade budak pernah mati lemas kat sana. Kena-kena pulak dari kat Kluang tadi hujan masih tak berenti so saya pun berat hati gak.


Nak pujuk budak-budak akhirnya saya bawak budak-budak gi mandi kat swimming pool hotel. Malang lagi sekali- pool dia cume untuk orang dewasa. Ketinggian airnya 4-6 kaki dalam... tapi dek kesian, saya bagi la gak budak-budak dok kat gigi air. Tak dapat basah satu badan, basah kaki pun jadik! Yang menariknya pasal tempat pool ni sangat cantik. Dekorasi dan tempat santai dia comel-comel sangat tapi tulah sayangnya kolam tu cume untuk orang dewasa. Siannn....


Sebenarnya saya tak tau kat mana tempat makan yang best kat area Batu Pahat ni so kami hantam sajalah pusing-pusing sebelum jumpa satu restoren yang terletak kat tepi jalan ni. Namanya tak sure tapi rasanya restoren Tom Yam Kung (tu je yang dia tulis kat signboard luar) Tempat makan ni berkonsepkan open-air so bestla malam-malam pekena sup ekor panas dengan siakap tiga rasa yang power diiringi hembusan angin malam yang sejuk itu. Ade satu menu yang menarik yeitu bubur nasi dimana ianya dihidangkan bersama kangkung goreng kicap dan kerang, telur masin dan taucu. Memang menarik! Bekas dia pun comel, tak caya tengok gambar! Oh ye, sebelum tu sempat la kami jalan-jalan kat bandar Batu Pahat tu. Sempatlah grab dua helai baju yang sangat-sangat comel!

Cantik tak baju saya? Hehe... ala-ala K-Pop gitu!

Maria ni memang betul-betul ikut perangai umminya. Umminya beli baju sejuk, dia pun ndak gak. Tapi tak acinya baju dia lagi cantik! Siap ade bulu-bulu Winter Sonata lagi!

Okeh, skang saya nak cite pasal hotel yang kiteorang stay ni ye *sile amek bantal untuk tutup muka* Waktu kiteorang sume tengah nyenyak tido, tetiba kul 3:44 pagi saya terjaga sebab rasa macam sesuatu hembus rambut saya. Malas nak layan so saya terus sambung tido. Elok nak pejam mata je si Rayyan pun melalak. Lepas 5 minit Pak Ustad ruqyahkan dia, akhirnya semua dapat tido lena semula. Tapi dalam 10 minit lepas tu, saya terjaga semula sebab terdengar bunyi henfon berbunyi. Tapi yang pastinya bukan bunyi henpon sapa-sapa antara kamilah sebab bunyinya tak pernah dengar. Rupanya masa semua dah tido semula tadi, si Mirul tak dapat tido dan dia cakap dia asek dengar bunyi henpon berbunyi dan laci dibuka-ditutup. Bile bunyi henpon tu dah brenti, tiba-tiba kiteorang dua terdengar bunyi seolah-olah kettle kat dalam bilik kiteorang sedang masak air. Cuma bunyinya tak brenti-renti seolah-olah airnya tak masak-masak!


Saya pun terusla terjun turun tido peluk Mirul kat bawah. Sebenarnya tanak terjun tapi sian sebab Mirul takut *Alasan* Taim tu Pak Ustad pun terjaga dan bunyi tu pun dan, dan brenti! Hampe betul! Pak Ustad pun bangun pasang ayat ruqyah lepas dengar cite dari saya yang tengah peluk Mirul tak lepas tu hehe... akhirnya baru la dapat tido sampai ke pagi. Itu je pun hehe... Dah abessss... ikuti siri penculikan Deeb-Day #3 lepas ni pulak okeh! Tungguuuu....

Gambar tiada kena-mengena dengan kisah seram di atas tadi tuh. Ni cume gambar Rayyan nak uk-uk. Selalu kat rumah bile nak uk-uk dia nyorok dalam bilik tapi bile kat hotel tak jumpe bilik- dia masuk dalam lemari!

Notes: Nak citer dari awal sile ke Menculik Deeb-Day #1


Signature
Follow Me at flickr! .