Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Rabu, 13 Julai 2011

Apakah artinya ini...?

Rabu, Julai 13, 2011 0 Comments



Published: Jumaat Julai 1, 2011 MYT 5:18:00 PM
Updated: Jumaat Julai 1, 2011 MYT 6:13:18 PM
Kabinet Tak Benarkan Astro Naik Tarif Perkhidmatan Sehingga Dapat Kebenaran SKMM

KUALA LUMPUR: Kabinet pada Jumaat membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata isu tarif itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini.

"Saya telah bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya telah diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang,' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini. - BERNAMA


Surat bagitau pasal caj harga baru Astro tu aku dapat semalam yeitu 13hb Julai 2011 manakala bahan berita ni lak disiarkan 13 hari sebelum itu iaitu pada 1hb Julai 2011. Sooo......?

Adakah ini bermakna yang SKMM telah membenarkan kenaikan tarif Astro tu???

Hmmm... pehalpun, aku dah tak berape kesah sangat sebab bulan ni aku last ada akaun ngan dorang :hua: heheh! Tapi kalau dorang proceed gak, sian la kat akaun holder yang lain. Tak pasal-pasal je kena bayar manyak camtu. So, pe lagi? Ikut jelah jejak aku tuko ke Dreambox, abes cite! :31: Hehe...


Signature

Selasa, 12 Julai 2011

Review: Mama Chops Papa Grill, Prima Sri Gombak

Selasa, Julai 12, 2011 7 Comments




RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstarstar


Akukan memang ske sangat kalau pak ustad datang angin dia nak wat kuiz. Sebabnyekan, kalau sape dapat jawap betul nanti dia blanje makan kat luar, hehe... :18: walhal dia tak tau yang bini anak-anak dia sume penipu bijak-bijak belaka! Hehe... Kali ni soklan cepu emas dia berjaye dijawab Maria dengan jayanya maka dialah yang berhak membuat pilihan nak pi makan katner.

Cam biase aktiviti menunggu order sampai. Seb
baik order tu cepat sampai, ko tak alamatnye lame lagi le kena layan budak kecik ni bergambo!


Since Maria pilih nak makan Western Food, so melilau gak la memula kat area umah aku mencarik tempatnya. Puas aku gugel tapi takdok pun. Last-last aku tingat dekat ngan opis aku ade satu kedai western yang aku rase dah femes dah pun sebab aku selalu nampak kedainya kat kebanyakan negeri dalam Mesia nih yeitu restoran Mama Chops Papa Grill. Aku selalu tingin nak gi makan sini tapi selalunya ade je suara-suara jeles nasihat yang kate toksah la pegi sebab tak sedap! Well nak wat camno ini jelah pilihan yang aku de since molot Mirul dah tak gheti nak diam asek sebut lapo, lapo...

Ini Chicken chop. Sedap! Tapi roti dia out. Minyak sangat la...


Okeh berbalik kepada cite restoren ni. Menu dia sumenya nampak menarik dan harga pun okeh. Ikutkan nafsu tamak hati aku rase cam nak order sume je tapi sian lak kepada menteri kewangan tu kang, :10: haha! So udahnya aku amek set yang ade 1 chicken grill, 1 lamb grill, 1 grilled salmon dan 1 grill chicken frankfurter. Wahhh manyaknye aku makan, kan? Udah... sile bawak bertendang. :pandaGeli_05: Set tu aku kongsi dengan Maria dan Rayyan. Hebatkan mak diet? ***Kate kau*** Pak ustad macam biase wajib amek kambing jadi dia order Lamb Grill. Mirul lak amek Chicken Chop.


Nilah akunye set. Punyelah meriahkan?


Overall aku sangat suke dengan servis dan makanan dia. Gravy dia sangat sedap, pekat dan banyak okeh! Itu yang penting! :18: Hehe... Aku de terbace review kat Foursquare yang portion kat sini sket sangat untuk sorang makan tapi aku tak stuju ngan fakta itew sebab aku rasa dianya portion bersesuaianlah. Kang banyak pun kalau membazir kan dah kene kawan ngan setan pulokkkk... :heh sogan: ndak kewww?


Ni Lamb Grill. Daging kambing dia lembut dan tak hamis tau!


Bagi korang yang tingin nak makan Western Food, aku suggest korang gi sini. Tapi review ni cume untuk restorennya yang kat Prima Sri Gombak ajelah ye. Tempat lain aku tak tau adakah servis dan kualiti makanannya same cam kat sini sebab ini restoren francais. Untuk ke sana, korang just naik flyover ke Taman Sri Gombak. Next, turun dari flyover tu je terus masuk kanan kat trafik light yang pertama dan wallah!!!

Pssstt!!! Nak blanje aku sekali pun dialu-alukan since kowang dah sampai dekat opis akukan! Hik! Hik!


Signature

Isnin, 11 Julai 2011

Review: Restoran Al-Amin

Isnin, Julai 11, 2011 0 Comments



RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstarstar

Haritu Big Boss cadang hajak makan ramai-ramai sempena meraikan hari terakhir dua orang budak praktikal kat opis aku ni haa... Cam biase Big Boss aku musti nak pekena nasik arab punye so dia cadangkan gi satu restoren yang terletak kat belakang Greenwood, Gombak ni-yang diberi nama Restoran Al-Amin.


Kedai ni ade dua bahagian yeitu bahagian luarnye open air dan dalamnya ada ekon. Memandangkan kiteorang sume nak makan kambing sat ni jadik eloklah dok dalam tempat ekonkan. Dok luar kang kalo seko-seko dah berpeluh sah-sah bau kambing punye, :heh sogan: jadi eloklah kite elakkan ye. Menu dia sama jek cam kedai arab yang biase aku pegi; ada nasi mandey, roti arab, teh arab... etc, cume yang bezanya kat sini ade gak nasi kerabu. Sah-sah owner dia orang kelatekannn...?

P.Ramlee kate; sebelum makan amek bau dulu tapi kiteorang lain lak- sebelum makan; posing dulu!


Haritu kiteorang order nasi mandey. Dia ade macam-macam set pilihan tapi kiteorang pilih set untuk 4 orang makan punye. Untuk set ni ada dua ketul daging kambing, seketul ayam goreng rempah dan seketul ayam goreng biase. Pastu ade sup, salad dan kuah asamlah cam biase.


Overall okehla. Service laju. Nasi ok. Cuma aku rasa daging kambing dia cam overcooked la. Rasa cam dah rebus daging tu pastu goreng ataih kuali plak. Haaa... :girl_3: camtulah rasenya. Ayam goreng rempah dia okeh, cume yang goreng biase tu cam biase kite goreng garam kunyit kat umah tu jelah kan. Sup pun kureng power la rase cam kurang daging/ bahan rebusan. Harga lak aku rase cam aku penah pegi restoran arab lain yang harga dia lebih murah kot. Well, apa-apa pun, licin gak kiteorang kejekan, haha. Biaselah makan pree, wajiblah bedal sampai licin! :33: Ngeh, ngeh, ngeh...

Bab makan-makan, big boss diutamakannn... :08: Kalau tak lepas ni dia tak belanje dahhh..


Balik opis upenya budak-budak praktikal ni belanja makan kek mahal Secret Recipe pulak! Oh ye, lupe lak nak kenalkan budak-budak praktikal itu. Sorang tu namanya Siti Fatimah dan sorang lagi Amiera Nurul Wahidah. Dorang dua ni memang ghajin orangnya so kalau depa abes blaja kat UIA tu sok, pehtu depa termintak keje kat opis korang, korang amek la dorang jadik adik ipar keje ye. Konpem bagi 100 akaun dorang bleh siapkan dalam masa seminggu aje, ahaks! :23: *Toksah la pecaye sangat*

Notakaki saiz tujuh:
Adehhh... hilang sume rutin diet aku harini. :wekkk: Naik berkilo-kilo bebbbb...!!!

:03: Babai Miera & Fatimah...

Signature
Follow Me at flickr! .