Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Rabu, 13 Julai 2011

Apakah artinya ini...?




Published: Jumaat Julai 1, 2011 MYT 5:18:00 PM
Updated: Jumaat Julai 1, 2011 MYT 6:13:18 PM
Kabinet Tak Benarkan Astro Naik Tarif Perkhidmatan Sehingga Dapat Kebenaran SKMM

KUALA LUMPUR: Kabinet pada Jumaat membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata isu tarif itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini.

"Saya telah bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya telah diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang,' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini. - BERNAMA


Surat bagitau pasal caj harga baru Astro tu aku dapat semalam yeitu 13hb Julai 2011 manakala bahan berita ni lak disiarkan 13 hari sebelum itu iaitu pada 1hb Julai 2011. Sooo......?

Adakah ini bermakna yang SKMM telah membenarkan kenaikan tarif Astro tu???

Hmmm... pehalpun, aku dah tak berape kesah sangat sebab bulan ni aku last ada akaun ngan dorang :hua: heheh! Tapi kalau dorang proceed gak, sian la kat akaun holder yang lain. Tak pasal-pasal je kena bayar manyak camtu. So, pe lagi? Ikut jelah jejak aku tuko ke Dreambox, abes cite! :31: Hehe...


Signature

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .