Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Selasa, 24 Mac 2020

Resepi: Fluffy Japanese Souffle & Dalgona Coffee

Selasa, Mac 24, 2020 18 Comments

Memulakan masa tengok orang len dok post gambar souffle ni, dalam hati kata ala ni mesti rasa macam penkek jelah pun, kannn... Tapi bila dah hari-hari dok lalu kat wall mulalah tiber rasa gatai gak nak cuba. Udahnya terbuatlah jugak huhi... Tau apa? Upenya rasa dia tak sama ngan penkek biasa. Souffle ni pasal dia fluffy, rasa dia sedap sangat dah macam ala-ala kek! Menkalu tak caya sila terai okeh!


BAHAN-BAHAN:
(A)
2 biji putih telur 
25gm gula castor 
1/2 sudu kecil jus Lemon (tak letak pun tak pe)

(B) 
2 biji kuning telur 
40 gm superfine flour (tadak kalu guna je tepung gandum cuma ayakkan dua kali atau lebih)
1/2 sudu kecil baking powder 
1/2 sudu kecil esen vanilla 
25 gm fresh milk full cream 
*Campurkan semua bahan-bahan B.


CARA MEMBUAT:
Okeh, mula-mula korang kena putar putih telur, gula castor dan jus lemon sampai kental. 

Kemudian satukan dengan adunan bahan-bahan B tadi. Pelan-pelan kaup balik naaaa...

Oles butter sikit atas non stick pan pastu bila dah panas, letakkan sesudu dua adunan ikut tinggi bangunan mana korang nak. Bentukkan la ikut suka ok... nak beso ke kecik ke, bulat ke bujur sirih ke... kesah.

TIPS:
Renjis air sesudu kat bahagian yg takdok adunan pastu tutup dalam 5 minit atau bila dah nampak macam dah masak. Pastu terbalikkan.
Tadaaa dah siap! Dah angkat tu, boleh la hidang dengan butter ke, chocolate ganache, strawberry compote, whipped cream atau aiskrim pun sedap. 

Saya guna chocolate kitkat paste je pun dah sedap sangat!

Alang-alang dah sarapan makanan Jepun kan, ape kelas takat minum dengan teh tarik je heheh... jadi kita terai resepi Dalgona Coffee dari Korea ni plak:

BAHAN-BAHAN:
3 sudu kecil serbuk kopi (kalu tak minum kopi boleh ganti dengan serbuk koko)
4 sudu kecil gula
4 sudu kecil air paneh
-Semua bahan ni whisk guna mixer sampai jadi buih (foam). Nak guna sudu je boleh tapi redhalah lepas tu tangan kejang doploh minit.
-Amek gelas paling canggih yang korang ada, isikan separuh sukunya dengan susu UHT dan ais, pastu tuangkan buih (foam) tadi tu kat atasnya. Dah jadiii...



Signature

Khamis, 19 Mac 2020

Covid19: Diari 14 hari dikuarantin.

Khamis, Mac 19, 2020 4 Comments


Sujud syukur.

Alhamdulillah selepas 14 hari berada dalam tempoh kuarantin, akhirnya anak bongsu saya kembali ‘MERDEKA’. 14 hari bukan sekejap tau gais, lebih-lebih lagi bila melibatkan virus pandemik macam covid19 ni. 14 hari yang penuh saspen, debor... semua ada. Yang peliknya selera makan ummi dia ok je plak walaupun tengah risau-risau tu, ahaks! Meh saya share pengalaman yang kami terpaksa lalui sepanjang tempoh kuarantin tu. Hopefully entri ni dapat menghilangkan kepanikan semua orang dengan virus ni dan tau macamana nak cuba elakkannya, ok!


KRONOLOGI:

Well, citer bermula bilamana ayah kepada salah seorang kawan sekelas anak saya, disahkan positif covid19 seminggu sebelum. Kemudiannya pada hari Jumaat, anak saya beritahu yang kelasnya siang tadi kena buat pembersihan sebab kawan sekelas ni tetiba hasil ujian swab kali keduanya positif . Kami parent’s tak dapat apa-apa maklumat dari sesiapa pada waktu ini kecuali keesokannya dah mula terhidu yang ada dua orang murid sekelas dihubungi KKM dan dibawa ambulan ke Hospital Sg Buloh untuk ujian swab sebab depa dua ni memang batuk selsema minggu tersebut. Masa ni grup-grup taman bawah, grup sekolah dan yang sewaktu dengannya semualah kecoh hehe...


Petang hari tu dari grup whatsapp kelas, kami dimaklumkan yang KKM sedang melakukan lawatan ke rumah kesemua 43 orang murid dan 11 orang guru yang mengajar kelas anak saya tu. Tapi dek ghamei na, maka lawatan tu disambung keesokan harinya. Serius beb... serius debor time ni.

Maklonglah giliran tak sampai lagi pastu kena tunggu esok pulak. Yang mana dah dapat kunjungan dok rancak bercerita dalam grup kelas plak tu. Maka tidurlah kamu dalam dup dap sehingga esoknya...


Okeh so kisahnya bermula pada hari Ahad dimana pagi tu saya dihubungi oleh pegawai dari KKM memaklumkan yang beliau akan singgah ke rumah untuk membuat pemantauan. Petang tu beliau pun tiba kat depan pintu rumah. Huhu... tipu la kalu kata tak debor. So basically penolong pegawai KKM ni mintak details macam sejarah/ route perjalanan anak saya seminggu sebelum tu dan tanya kalau anak saya ada masalah kesihatan sepanjang tempoh tu sampai sekarang. 


Kemudian kami diberikan surat kuarantin selama 14 hari untuk anak saya, tindakan yang patut saya ambil jika ada simptom dan juga arahan untuk buat ujian swab esoknya.


HARI UJIAN SWAB

Esoknya, kami semua diarahkan untuk membawa anak untuk ujian swab di Klinik Kesihatan Bestari Jaya. Memandangkan kami ni berjemaah jadi kami dipecahkan kepada 3 kumpulan iaitu Kumpulan A jam 9:00-10:00 pagi, Kumpulan B jam 10:00-11:00 pagi dan Kumpulan C jam 11:00-12:00 tengahari.

I am cannot imagine cemaner depa boleh tahan pakai macam ni kat cuaca yang paneh huhu... Respek sangat!

Waktu tiba kat sana rasa macam dalam citer X-Files dowh... (Nampak nau peminat tegar siri X-Files ajaja...) Masuk je ada guard yang guide ke tempat parking khas dan kami tak bleh kuar dari kereta hingga sampai waktu schedule kami. Semua yang kat tempat amek swab tu semuanya bertutup litup macam astronaut dan kiteorang tak bleh pi sana kecuali anak-anak yang nak amek ujian swab tu je. Itupun dari dalam kereta sampai ke tempat swab tu kena pakai topeng walaupun idok le jauh na cuma dalam 10-20 langkah je. Strict tak strictnya SOP KKM nak pastikan yang semua in handle tu... tabek spring sangat! Dekat dengan tempat parking tu pulak ada dua orang yang bertugas bagi penerangan kat kami semua.


PROSES KUARANTIN

Ok so seusai buat ujian swap tu, maka bermulalah sessi kuarantin. Kami tak boleh singgah kat mana-mana pun unless darurat sangat dan kalau keluar pun, anak kena tinggal dalam kereta dan pakai mask. So kat rumah, ini ialah benda-benda yang kena buat semasa dalam kuarantin: -

  1. Mop dan sterilize rumah dengan dettol atau clorox yang anti-bakteria. Mop ni kena buat selang 2-3 hari sekali. Bertambah-tambah ramping lagi pinggang mak, uhuk!
  2. Anak kena tinggal dalam satu bilik khas dan tak boleh guna tandas yang sama dengan orang lain. Kalau dia nak apa-apa, kena ambilkan (kemainkan macam raja?). Sabo, sabo demi tanak merisikokan diri dan keluarga tersayang huhu...
  3. Tiap kali selepas anak guna tandas, tandas tu kena dibersihkan dengan dettol atau clorox.
  4. Makan minum anak kena guna pinggan mangkuk pakai buang sebab lepas dia habiskan hidangan, pinggan mangkuk tu kena masukkan dalam plastik dan terus buang dalam tong sampah. Owh ye, dia kena makan minum dalam bilik khas tu jugak tau. Tak bley turun makan sama-sama kat meja makan huhu...
  5. Kalau anak nak keluar dari bilik sekejap, kena pastikan dia pakai topeng dan sanitize semua tempat dia pergi dan benda yang dia sentuh. Saya buat satu botol spray larutan air+dettol jadi saya spray je kat tempat-tempat tu. Owh ye, sejadah pun tak bley kongsi raya okehhhh...!!!


Sepanjang-panjang tempoh 14 hari kuarantin ni, pihak KKM dengan friendlynya akan hari-hari  tepon tanya keadaan anak kita samada ada demam, batuk atau selsema. Hmmm.... walaupun tu memang tugas depa tapi bagi kami yang hati tengah gundah gulana ni, benda sekecil itu pun sangatlah tacing huhu... Timekacih!

Timekasih para asatizah, pentadbir & anak-anak SRIDU yang sudi buatkan solat hajat, bacaan Yassin dan bersihkan kawasan sekitar SRIDU!

Akhirnya, selepas 14 hari jadi tahanan kuarantin, kiteorang kena pi Klinik Kesihatan Bestari Jaya sekali lagi untuk buat pemeriksaan. Alhamdulillah, lepas pemeriksaan anak saya pun dapat surat pelepasan tapi kami dinasihatkan supaya cepat-cepat bawa dia semula ke sana untuk ujian swap kalau dalam masa terdekat tetiba dia ada simptom-simptom coronavirus.


Untuk info, peristiwa ni berlaku sebelum gelombang yang kedua dan masa tu tak ramai lagi bilangan yang positif. Pada masa entri ni ditulis, negara kita sudahpun melalui gelombang yang kedua dan sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan selama 14 hari. Saya merayu sangat kepada semua, TOLONGLAH patuhi perintah ni sebab saya dah melalui sendiri pengalaman anak dikuarantin, melihat para petugas KKM bersusah-payah berkorban masa dan tenaga untuk pastikan kita selamat dan believe me, itu semua bukan kerja mudah.


Saya juga salute dengan sekolah TTDI Jaya (bukan sekolah anak saya) kerana memberi contoh yang baik bagi mengelakkan ibubapa panik dengan situasi di sekolah. Mungkin sekolah lain boleh ambil tindakan bijak mereka ini sebagai suatu contoh untuk situasi sewaktu dengannya dimasa hadapan.

Bagi umat Islam, bersabarlah dan banyakkan berdoa serta bertaubat. Yang ditakutkan ialah mati disebabkan oleh virus sekecil ini sedang mati itu memang sudah pasti untuk semua makhluk Allah SWT. Tapi Nabi ajar kita supaya jangan bertawakal selagi kita belum berusaha jadi berusahalah sedaya mampu untuk elakkan dari dijangkiti apetah lagi menjangkiti orang lain. Tapi sekiranya ditakdirkan anda menjadi salah seorang yang dijangkiti, redholah bahawa anda telah terpilih untuk ujian Allah ini. Yakinlah pada Allah bahawa virus itu juga makhluk Allah maka Allah jugalah yang bisa mematikannya.


Buat semua para petugas KKM walau dimana anda berada dan khusus buat petugas di Klinik Kesihatan Bestari Jaya, para penolong pegawai yang telah banyak berkorban dan bertungkus-lumus bertugas walaupun pada hari cuti hanya untuk memastikan keselamatan kami dan orang lain terpelihara, acik-acik cleaner dan kesemua pahlawan yang tidak didendang- saya ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga dan mendoakan agar kalian semua mendapat keberkahan hidup serta sentiasa dipermudahkan urusan dunia dan akhirat, amin ya rabbal alamin.

 Akhir sekali, timekasih buat sokongan moral dan doa yang tak putus-putus dari adik-beradik, sanak-saudara, sahabat handai dan jiran tetangga. Sebenarnya doa-doa inilah yang menjadi penguat semangat kami ketika mendapat ujian ini. Dan melalui ujian ini juga saya belajar betapa mudahnya kuasa viral dan fitnah tersebar hanya dari sekeping gambar, nauzubillahiminzalik. Moga kita semua terhindar dari sifat-sifat yang keji, amin ya rabbal alamin.


مِنْ أَجْلِ ذَٰلِكَ كَتَبْنَا عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا ۚ وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ بَعْدَ ذَٰلِكَ فِي الْأَرْضِ لَمُسْرِفُونَ
Ertinya: 

“Oleh karena itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahwa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerusakan dimuka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak diantara mereka sesudah itu sungguh-sungguh melampaui batas dalam berbuat kerusakan dimuka bumi” (QS. Al-Maidah: 32)


Signature

Rabu, 18 Mac 2020

Resepi: IKEA Swedish Almond Cake with Roasted Almond

Rabu, Mac 18, 2020 5 Comments


Punye la lama dah tak tawaf Ikea kan, sampai ada menu baru kat situ pun saya boleh taktau...ish,ish,ish....  Yang boleh TER'tau' tu pun bila jiran aka adik rimau comei open order kek sedap ni, jadi kemaruk gak la rasa nak cuba hajaja... Meh kita tengok apa bahan nak pakai untuk buat kek ni ye gals. Owh ye first of all, saya kena ucapkan mekaseh pada tuan punya resepi yang sudi share yeitu Chef Fauzi. Korang boleh check resepi lain yang best-best kat FB dia ok!

NOTE:
Masa Membakar: 30-40minit
Suhu Pembakaran 180c (15minit) & 160c (Hingga masak)
Saiz Loyang: TIDAK DIPERLUKAN


BAHAN-BAHAN(Bahan Kek)

4biji Putih Telur
100gm Gula Kastor
1sk Vanilla
1sk Cream Of Tatar
150gm Serbuk Badam

Abaikan lukisan bulatan yang herot berot itu, agaga!

CARA MEMBUATNYA:
  1. Sebelum wat apa-apa, sila panaskan oven 180 darjah celsius.
  2. Sekarang amek kertas minyak & lukis 2 bulatan berdiameter 8inci (saya buat 4 bulatan ekcelli sebab saya doublekan adunan)
  3. Masukkan putih telur dan cream of tatar dalam mixer bowl. Pastu pukul sampai berbuih kasar.
  4. Masukkan sedikit gula kastor dan pukul lagi hingga kembang.
  5. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit hingga habis dan pukul hingga bertanduk.
  6. Masukkan vanilla dan serbuk badam sedikit demi sedikit dan kacau secara kaup balik hingga sebati.
  7. Tuang adunan dalam bulatan atas kertas yang kowang buat tadi dan ratakan mengikut bulatan. 
  8. Bakar 180c selama 15minit dan turunkan suhu 160c dan bakar hingga masak.
  9. Pastikan permukaan kek kering dan tidak melekat pada jari.
  10. Sejukkan pada suhu bilik.


(Bahan Krim)

4biji Kuning Telur
250gm UHT Whipping Cream
100gm Gula Kastor (kurangkan kalau tak suka maneh!)
70gm Susu Pekat Manis
200gm Butter SCS


CARA MEMBUATNYA:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam piuk KECUALI butter & kacau hingga sebati. Dah cantek tu baru letak atas api.
  2. Masak hingga pekat dengan menggunakan api kecik je tau & pastikan adunan dikacau sentiasa untuk elak hangus. Uji adunan dengan belakang sudu dengan cara celupkan belakang sudu pada adunan. Jika adunan melekat nipis pada sudu, sila padamkan api. dan jangan lari! Cepat2 tuang dalam mangkuk kerana adunan masih panas dan boleh menyebabkan hangus.
  3. Tutup permukaan adunan dengan plastik. & sejukkan sekurang kurangnya selama 2jam.
  4. Masukkan butter ke dalam bekas berisi adunan yang telah disejukkan tadi. dan pukul hingga sebati.


(Bahan topping)
100gm Almond slice (bakar atau goreng tanpa minyak hingga keperang perangan.)


CARA NAK PASANG:
  1. Ambil 1 lapisan kek dan sapukan sedikit air gula pada permukaan kek.
  2. Tuang 1/3 krim atas permukaan kek.
  3. Ambil 1 lagi kek dan sapukan sedikit air gula pada permukaan kek.
  4. Tutup keseluruhan kek dengan baki krim yang ada.
  5. Tabur almond slice yang telah dibakar hingga menutupi keseluruhan kek. 
  6. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.

Notakaki saiz tujuh:
Saya tak boh pun air gula sebab nanti maneh sangat... tak suka!

TADAAAAA...!!! Jemput telan ayorliur ye!   


Signature

Ahad, 8 Mac 2020

SPM2019: Budak Akaun... Post ini untuk anda!

Ahad, Mac 08, 2020 13 Comments



Mari kita mulakan entri ni dengan ucapan 'Alhamdulillah' dan 'Tahniah' buat semua SPM candidates 2019 walau dimana anda berada. Walau apa pun keputusan yang korang dapat, percayalah... 

ITULAH PERANCANGAN ALLAH YANG TERBAIK UNTUK ENGKORANG, insyaallah!

Siyesli, saya teruja jakun betul tengok slip SPM anak saya sebab zaman saya dulu (kurun keberape ntah kahkah...) kat bahagian bawah slip keputusan sementara tu cuma ada tulis samada lulus atau tidak ujian lisan dan berapa aggregat. Berbeza sekarang, ada lima perkara dinyatakan iaitu:

1) Gred English= 

Kod 1119 tu adalah result English SPM biasa yang merangkumi markah dari paper 1 dan paper 2.
GCE lak ialah markah dari Kertas 1 je dan diperiksa menggunakan standard Cambridge English oleh pemeriksa GCE Cambridge. Kegunaan GCE ni bila nak apply study ke luar negara tapi laku setahun sahaja okay... sama macam exam IELTS or TOEFL.


Tapi kan, senang betui hidup korang eh skang ni. Saya dulu kena menapak dari sekolah pegi kedewan sekolah STAR nak amek periksa English 1119 ni tau. Sampai dewan dengan bau ketiak panas, penat lak tu terus kena jawab soklan. Jadi jangan salahkan saya gred tak cantik haha! *alasan  


2) 3756 LCCI=
LCCI tu stand for London Chamber of Commerce & Industry (LCCI) International Qualifications yang merupakan salah satu badan pengiktirafan antarabangsa yang terkemuka dari United Kingdom yang mengiktiraf kursus-kursus berkaitan dgn bidang perniagaan. So ada la gred-gred dia macam jadual kat bawah ni:


Nota: Permohonan sijil LCCI hanya boleh dibuat oleh calon yg mempunyai KOD KELAYAKAN MEMOHON SIJIL LCCI pd keratan keputusan SPM.
Kod
Kelayakan
Jenis sijil LCCI
1
Pass with Distinction
Level 2  Book - Keeping & Accounts
2
Pass with Credit
3
Pass
4
Pass with Distinction
Level 2  Book - keeping & Accounts
(Bahasa Melayu)
5
Pass with Credit
6
Pass
*kredit to http://taaishnia.blogspot.com/

3) 3756 LCCI-Prinsip Perakaunan= 
Ada 2 keistimewaan siapa yang ambil Prinsip Perakaunan SPM...
1- Layak memohon Sijil LCCI
2- Layak mendapat pengecualian ACCA-CAT-FA1.

Istimewanya sebab ambil satu subjek tapi bila dapat result boleh dapat lagi satu sijil selain sijil SPM. Kegunaannya bila mohon kerja ada syarikat yang minta sijil ni so kat sini korang dah dapat jimat kos.

Pengecualian FA1 tu kalau sambung dengan ACCA akan terus dapat pengecualian CAT-FA1 so itu pun dapat jimatkan masa dan kos jugak.

4) Perkara asas fardhu ain= Lulus atau tidak. Kalau tak lulus takleh kawen lagi yeay, ahaks! 

5) Layak atau tidak mendapat sijil.


Okeh, sekarang kita cite bab cemana nak apply sijil LCCI tu, ye. Memula kita ucapkan mekaseh kepada hencek OmarFaayiz  sebab kerana tweetnyalah saya dapat info ni. Mekaseh!

kredit to: https://twitter.com/omarfaayiz
Untuk pengetahuan, dolu-dolu permohonan bleh dibuat secara manual tapi selepas SPM 2018, permohonan hanya diterima melalui online sajer kat website dibawah ni. Benda boleh online buat apa nak manual, kan? Heheh!

https://www.lcciasia.com/

kredit to: https://twitter.com/omarfaayiz
Korang isi details & follow je step. Sila isi dan jangan lari.

kredit to: https://twitter.com/omarfaayiz
Dekat select result, check la slip exam tu tulis dapat Distinction, Merit atau Pass, pastu tandakan. Jangan tipu ye.

kredit to: https://twitter.com/omarfaayiz

Step seterusnya, amek je gambar slip sementara SPM korang tu dengan gambar kad pengenalan dan submit! Sonang sungguh, kan? Next, dia akan mintak kita buat bayaran RM35.00 untuk yuran pemprosesan + RM2.25 untuk caj e-service. Bayar jangan tak bayar! Demi masa depan okeh, apelah sangat mengorbankan RM37.25 itu huhu... Dah habis bayar, printlah permohonan korang tu so that nanti korang bleh gi cek kat sekolah samada sijil tu dah ready ke belum untuk di-collect ok!

Last but not least, dak Omarfaayiz ni ada jual buku soklan KBAT dan LCCI klon untuk kegunaan budak akaun SPM. So kalau berminat bolehlah dapatkan dari IG beliau! (Terlambat tau pasal buku ni. Budak dah dapat result baru tau kewujudannya, huhu...) 


SEMOGA BERMANFAAT!

Signature
Follow Me at flickr! .