Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Ahad, 9 Februari 2020

JJCM: Ngah Ani Homestay-Sri Aman,Sarawak (Part II)

Ahad, Februari 09, 2020 3 Comments


Okay...sekarang saya nak citer pasal rumah yang kiteorang sewa untuk bermalam masa kat Sri Aman yeitu Ngah Ani Homestay. Lokasi dia sangat dekat dengan hotel dan bandar. Ekcelli kiteorang nak stay kat hotel haritu tapi malangnya dah penuh. Rasanya faktor utama sebab itulah satu-satunya hotel 5✰ yang ada kat situ so kalau korang nak stay kat hotel, silelah tempah seawal 2,3 bulan ye, kalau tak melepas!

Rumah homestay ni kepunyaan seorang cikgu dari Semenanjung jadi terkejut la gak kiteworang memula tu bila dengar dia borak siap slang utara thee... Dia berkahwin dengan orang Sarawak dan teruih menetap kat sini. Rumah tu ialah rumah pusaka mak mertua dia yang dia ubahsuai jadi homestay. So tak heran la dalam tu korang akan jumpa mesin jahit lama, barang² deko lama dan struktur rumah pun masih macam rumah dulu-dulu.

Ni dalam salah satu bilik yang ada.

Ni ruang hall kat ataih. Kami pakat tido ramai-ramai kat sini aje. Tido beramai-ramai lebih menyeronokkan! (Walhal penakut agaga...!)
 

Ada 3 bilik dalam rumah ni, satu bilik kat bawah dan dua lagi kat ataih. Semua bilik tu lengkap dengan kipas dan katil. Tapi memandangkan kami semua sehati sejiwa jadi kami semua pilih untuk tido sama² kat hall ataih (dia 2 tingkat). Tandas pun ada dua- satu kat bawah dan satu lagi kat ataih.

Ada satu dapur siap dengan peti ais, jag air panas, meja kecik dan dapur kalau korang rajin nak masak. Err... saya tak! Owh ye, tempat gosok baju dan seterika siap hanger pun ada disediakan.


Kat ruang tamu bawah ada satu ruang kerusi untuk rehat dan satu ruang kerusi untuk tengok tv. Overall saya rasa selesa sebab dia sebijik macam rumah. Kelengkapan pun semua lengkap. Cuma mungkin yang tak best sebab ada semut dan serangga (which is common untuk rumah yang jarang diduduki kan? So okay...) Lagi satu sebab rumah ni nampak lama so otak kreatip macam saya ni suka je berimaginasi melampaui batasan hihihi...  (sila jangan tiru!). Tapi owner ni sangat friendly dan tak fussy so saya nak recommend la jugak untuk yang nak cuba stay kat sini, bolehlah contact Cikgu kat nombor ni ye 👉0138297417. Boleh jugak usha-usha dulu kat FB page depa kat → Ngah Ani Homestay.

Hmmm, apa yang best kat Sri Aman ek? Tunggu saya citer kat part III okey!

Kalau nak baca apa tips sebelum gi travel, boleh baca kat part I di sini:
JJCM: Travelling Tips to Kuching-Sri Aman,Sarawak (Part I)

*Gambar kredit to FB Page Ngah Ani Homestay. Masa kat sana tak sempat nak amek gambo! Hehe!

Signature

Sabtu, 8 Februari 2020

JJCM: Travelling Tips to Kuching-Sri Aman,Sarawak (Part I)

Sabtu, Februari 08, 2020 6 Comments


Yeayyy giler usang blog ini haha! Makin dok umah makin takdok masa lak nak menulis ek... Itulah masalah negaranya hehe...  So mari kita mulakan dengan sharing tips travelling ke Sarawak! Memandangkan citer ni macam panjang jadi saya pecahkan part by part okey. Alaaaa drama sinetron tu ada lapanbelas episod boleh je korang tunggu, apalah sangat takat 2,3 kerat punya episod kannnn...   ngenge...

Rayyan dapat kawan  baru masa kat surau KLIA
Sebelum itu, kami dah booking flight AirAsia dua minggu sebelum. Ye, jangan main terjah esok nak gi, hari ni baru beli okey. Rancang journey korang jadi idok le kelam kabut. Benda yang korang kena sedia yelah: -

  • Siapkan list baju & barang yang nak dibawa dan lagi cantik list sekali tempat yang korang nak pergi. Hadkan barang sebab nanti kena bayar extra kalau berat beg melebihi kuota kat terminal. Mahei tau huhu... Cara bijak ialah bawak beg baju satu dan beg sandang satu so kalau barang souvenir & jajan nanti korang boleh isi dalam beg tu je nanti.
  • Tempah hotel siap-siap. Kiteorang survey dari apps dalam phone sampai ngadap lappy baru decide nak booking yang mana. Journey kiteorang ialah Kuching-Sri Aman-Kuching jadi kiteorang tempah 2 hotel yang berlainan, 1 kat Kuching dan 1 lagi kat Sri Aman. Kat Kuching kiteorang pilih SS Homestay Kuching & kat Sri Aman lak, kiteorang pilih rumah Ngah Ani Homestay. Nanti saya review dua tempat ni dalam post yang lain ye.
  • Sila tempah kereta sewa untuk kegunaan kat sana juga. Banyak je yang supply service kete sewa ni so booking siap-siap. Nak carik kat mana? Gugel je!  
  • Last but not least, kalau korang travel lebih sehari dan umat korang ramai, adalah lebih berbaloi untuk korang booking servis Grab sesiap sebab parking kereta kat KLIA mahei huhu... Kiteorang guna servis Uber dari Encik Yazid pasal dia dok kat taman bawah je kihkih... tapi sesapa nak guna servis dia saya highly recommended sebab dia punctual & peramah orangnya. Nombor beliau ialah (017) 239.7719.

Ok so first part ni saya citer pasal travelling hari pertama okeh. Kiteorang bertolak dari Sg Buloh jam 9:00 pagi cenggitu sebab flight kiteorang pukul 12:30. Saja bertolak awai sebab takut jem dan memang betui pun pagi tu jem haha... kami sampai KLIA dekat pukul 11:00. Mungkin sebab haritu hujan dari subuh, flight banyak yang delay termasuk la flight kiteorang. So adjourned lak flight kiteorang pukul 1:15pm.
Ni kereta yang kiteorang sewa. Ada entiti dalam kereta haha... tak caya sila klik gambar untuk tumbesaran
Okay so kami sampai Kuching pukul 4:00pm lebih dan keluar dari terminal, kereta sewa yang kiteorang booking tu dah siap ready menunggu dah. Dia bagi kunci dan kiteorang boleh teruih jalan hehe... Kereta dia bersih, selesa dan alhamdulillah tak fussy. Kiteorang berkonvoi haritu dengan kawan pak ustad yg memang menetap kat Kuching so dia yang guide perjalanan kiteorang ke Sri Aman dari Kuching haritu.
Gambar Kredit: FB Imelda Hashim
Perjalanan ke Sri Aman ambil masa lebih kurang 3-4jam la jugak. Kami bertolak jam 6 lebih dan sampai sana pukul 9:00 malam huhi... Few couple hours jalanraya dia sangat bumpy dengan kiri kanan hutan semata. Di sana jam 7:00 malam gelapnya dah macam pukul 8:00 diKL okay. Sama jugak pukul 7:00 pagi sana dah terang benderang macam pukul 8:00 pagi diKL!


Dah nak ending baru nak bagitau, kan? Ekcelli kiteorang bukan saja-saja travel jauh² cenggini tapi sebenarnya nak attend majlis sambut menantu anak sedare pak ustad. So pukul 9:00 malam tu kami sampai kat rumah pengantin disambut dengan sangat mesra macam dah kenai sepuluh tahun, walhal baru je haritu jumpa huhu... Depa jamu kami makanan Sarawak yang sangat sedap dan opkos depa masak sendiri. Yang saya ingat dan takleh lupa sampai harini opkoslah umai, pastu ada ayam pangsun, kuih sampan dan banyak lagilah yang dah lupa nama hehe... Lepaih tu barulah kami gi check in kat Ngah Ani Homestay yang terletak 10 minit perjalanan dari rumah pengantin tu. Nanti saya citer pasal homestay plak kat part II okay!




Signature

Jumaat, 7 Februari 2020

Resepi: Puding Pisang Raja

Jumaat, Februari 07, 2020 10 Comments


Nampaknya semakin lama semakin banyak lak habuk dalam ni kan heheh... jadik marilah kita turunkan ilmu cemana nak wat puding pisang raja yang simple tapi sedap ni supaya nuffnang tak marah saya, ahaks!


Ekcelli resepi ni colleague saya yang bagi dan dari kali pertama rasa memang terus masuk dalam senarai peberet selamanya! Jom tengok apa bahan-bahannya dan cemana cara nak membuatnya:


Bahan-bahan:
  • Pisang raja yang dah masak sesikat
  • 1 tin susu cair (nak kuah banyak tambah la lagi tau)
  • 1 sudu gula
  • 2 sudu tepung kastard
  • Sedikit badam/ kacang yang digoreng tanpa minyak 

Cara membuatnya:


Hiris pisang kepada tiga bahagian setiap sebiji. Kalau suka tebal belah dua aje. Pastu goreng pisang ni semua dalam kuali yang dah dibubuh sedikit butter. 

...Eh tetiba jadi pertambahan umat pisang ni kan? Hahaha....

Bila dah kekuningan, angkat dan susun dalam bekas. Ikut suka koranglah nak bubuh dalam bekas macamana pun. Saya suka bubuh dalam bekas banyak-banyak cenggini supaya time nak makan boleh amek satu bekas terus ngap! 

Sekarang masa untuk buat kuah dia. Campurkan gula, tepung kastard & susu cair dan panaskan perlahan-lahan dalam periuk. Kacau selalu tau sebab tepung kastard senang melekat dan hangus kat bawah. 

Bila tengok bancuhan tu dah likat, bolehlah tutup api dan tuang atas pisang tadi. 
Akhir sekali, taburkan hirisan badam atau kacang kat atasnya. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang dua jam. Lepas tu tunggu apa lagi, jemputlah makan!


Signature

Selasa, 2 April 2019

Cara mudah dapatkan wang dari pembelian atas talian!

Selasa, April 02, 2019 2 Comments



Saya bet rata-rata korang kalau tak selalu pun tapi mesti pernah order apa-apa secara atas talian (online) kan? Macam saya yang tulang dah banyak reput ni, bukan saja takat membeli-belah yang saya guna perkhidmatan atas talian tapi nak tempah tiket ketapi, tempah bilik hotel malah tempah makanan pun selalunya kadang-kadang guna online, ahaks! Bukan malas tapi kalau takde orang guna nanti kurang populasi rakyat malaysia yang menmanfaatkan teknologi, heheh! Tapi tau tak korang yang dengan menggunakan satu applikasi ni, korang boleh dapat duit tiap kali korang membeli secara online?


Okay nama applikasi ni ialah SHOPBACK. Bagi yang tak pernah dengar, applikasi ni tugas dia ialah memberikan kembali wang yang korang guna semasa pembelian online mengikut peratusan yang tertentu. Owh ye, applikasi ni korang boleh download secara percuma kat Apps store untuk pengguna IOS dan Google Apps Store untuk pengguna Android. Kalau korang download dari sana, sila masukkan code referrel ni bila diminta ye 👉 BOdhn5. Kalau nak senang, download je dari link kat bawah. Okeh sekarang meh saya ajar cara ia berfungsi: -


Pertama: Download applikasi SHOPBACK kat SINI . Lepas dah settled download, sila open.
Kedua: Isi butiran yang dikehendaki dan paling penting jangan lupa isikan maklumat akaun bank yang korang nak guna untuk depa debitkan ke dalam akaun korang bila korang nak withdraw nanti.


Okay dah selesai semua, korang boleh pergi semula ke Home page dan kat situ korang pilih applikasi mana yang tersenarai kat situ untuk korang mula bershopping! Pada masa ni ada 500 company yang join Shopback ni so pilih aje!


PERINGATAN!!! Jangan membuat sebarang transaksi melalui applikasi lain sebab kalau korang tak bukak applikasi tu melalui applikasi ShopBack ni, pembelian korang takkan dicatat. Dengan kata lain korang beli tapi takde la dapat duit dari transaksi tu. Contohnya korang nak beli barang kat Shopee tapi korang beli dari applikasi Shopee bukannya membeli di Shopee dari  applikasi ShopBack. Err... Paham ke paham? 😜


Oleh sebab benda yang baik wajib dikongsi bersama, korang silalah share dengan adik-beradik, sedare-mase & sahabat handai tentang kebaikan ShopBack ni. Bukan depa je yang dapat duit tapi korang yang share berita gumbira ni pun akan dapat hadiah RM5.00 dari setiap pendaftaran dorang tu. Bukan tu je, kalau depa soping nanti, setiap transaksi pembelian dorang (min RM25.00) korang akan dapat RM5.00 juga sebagai tanda penghargaan dari ShopBack. Best kan?


So tunggu apa lagi? Gunalah ShopBack! Download je kat 👇👇👇

SINI


Sharing is Caring 😉

Signature

Ahad, 25 November 2018

JJCM: Restoran Barracuda

Ahad, November 25, 2018 1 Comments

 

RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstarstar

Suatu masa dulu yeitu kira-kira 6 tahun yang lepas, saya ada review satu kedai makan baru bukak kat dalam bandar Saujana Utama, Sg Buloh ni. Bagi yang nak trobek sila baca kat sini ye. Hari ni selepas 6 tahun berlalu, kedai tu pun dah pindah lot baru dan banyak yang dah dihapgred. Jadi meh la kita review lagi sekali ye! Kali ni saya nak review pasal 3 menu yang menjadi pojaan kastemer dorang iaitu Grilled Chicken Pepper, Chicken Chop dan Lamb Chop.

AMARAN! IMEJ MUNGKIN MENYEBABKAN KEROSAKAN KELENJAR AIRLIUR.

GRILLED PEPPER CHICKEN

Kalau korang dah baca review saya dulu, menu ni memang sedap dan percaya atau tak, rasanya masih sesedap enam tahun lepas. Kepingan ayam tu disalut dengan rempah dan dipanggang elok-elok on time je so bila korang makan, menitik-nitik jusnya tau huhuuu...


CHICKEN CHOP

Dulu, kini dan selamanya, ni lah satu-satunya Chicken Chop yang paling saya suka sebab ianya sangatlah crunchy dan tak berminyak! Itu sangat penting ok untuk mengurangkan lelemaks yang ada haha! Apa yang saya perasan portion dia dah semakin besar sampaikan saya kena kongsi berdua dengan budak tahun 4 itu. Ini kalau Wan Dolly ada sini konprem dah dia order menu asasi dia nih!


LAMB CHOP

Well, lamb chop ni sememangnya satu kemestian bagi pak ostad kalau makan makanan Western. Yang best pasal lamb chop kat sini yelah dagingnya tak bau hamis lansung. Dagingnya pun masih selamat digigit oleh orang yang pakai gigi pelesu heheh! Kalu nak kurus cepat, pilihlah lamb chop ni sebab berdasarkan kajian pak ostad punya reading timbang berat tak pernahnya naik. I is jeles.


Owh ye, kesemua menu-menu ni datang dengan set fries (yang giler banyak), sos cili, sos blackpepper (tak pedas so budak-budak boleh makan tanpa ada risiko menjadi penghuni jamban selepas itu), coleslaw (homemade yang sedap weh!) dan sayuran segar. Ekceli kan, ada banyak lagi menu selain tiga yang saya review ni. Antaranya fish & chip, beef steak, spaghetti aglio olio, carbonara, classic macaroni cheese, spaghetti bolognese dan lain-lain lagi. Dengo cite ada menu pasta yang baru nak masuk. Nanti boleh try hehe!


Bagi korang yang nak cuba meh la datang ke Restoran Barracuda ni di No. 39, Jalan Jati, Saujana Utama 2, Sungai Buloh, Selangor. Kalau hagak-hagak angin kemalasan melanda ataupun minyak kete tinggai nyawa-nyawa ikan je kan, dun wuri- call aje nombor Barracuda Delivery (018) 9186.196, buat pesanan tamak anda dan tunggu aje depan pintu!


Wei, kalau korang nak jimat, bermula dari 26hb hingga 29 November 2018 ni (hari Isnin sampai Khamis ye. Jemahat datang takde oper jangan bisin pulak!) bermula dari jam 5:00 petang bawak la ke pukul 11:00 malam, restoran ni ada buat promotion beli 3 set menu dapat 1 set menu PERCUMA tau! Maknanya korang save hampir 30% gak tu. (Duit lebih tu simpan buat beli shawl baru, kihkih!). Promo ni sempena Fiesta Jom Makan Western bersempena 6 tahun ulangtahun restoran ni beroperasi. Alah kira hadiah besday la ni tapi instead dapat hadiah tapi bersedekah dan berkongsi kegembiraan, eceh!


Okeh kalau korang usha-usha dulu sebelum datang bolehlah jenguk kat IG depa: restoran_barracuda ataupun kat Facebook: restoranbarracuda.


Sesapa yang datang makan kat sini boleh refer map ni ye!




Jom layan!



  Signature
Follow Me at flickr! .