Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Rabu, 21 Mac 2018

Novel Review: Asrama:2

Rabu, Mac 21, 2018 2 Comments



KATEGORI: 
BUKU

PENULIS:
 MUHAMMAD FATRIM

PENERBIT BUKU:
FIXI

GENRE:
REMAJA
SERAM
PERSAHABATAN

BIL. HALAMAN: 290


Lama dah tak baca buku Fixi ni kot. Sebab utamanya buku depa ni semuanya ber'hantu'. Beli satu buku, habis baca satu hari. Beli 10 pun habis baca 1 hari jugak >nangeh<. Harini ntah cemana tetiba berjaya pukau anak dara belanja ummi sebijik Fixi dan buku yang dia pilih bertajuk Asrama:2. Orang nak belanja so saya redho hajer dia nak belikan buku yang mana, heheh! *gelak syaiton*

Novel karangan Muhammad Fatrim, anak kelahiran Sabah ni merupakan sambungan dari novel pertamanya Asrama so kalau korang nak lebih 'feel', korang kenalah baca novel dia yang pertama tu kalau dak nanti tak berapa nak paham. Satu yang saya 'salute' ialah penggunaan dialog dan ayat yang banyak menggunakan bahasa Sabah dan keupayaan penulis memperkenalkan kepelbagaian suku kaum, keunikan makanan, tempat dan tradisi di Sabah secara tidak lansung semasa korang membaca novel ni.


Okey, so apa cerita dia sebenarnya. Opkos yang pertama sekali, ia adalah sambungan dari novel: Asrama dimana kalau korang ingat asrama tu pernah terbakar dan dihuni oleh beberapa roh pelajar yang maut terbakar. Kali ni karakter utamanya ialah Lily, seorang budak berumur 16 tahun yang nak hadap PT3 tapi masa yang sama dia ada masalah kisah silam sebagai mangsa yang terselamat dari 'Pembunuh Tangan Hilang' sewaktu kecik.

Lily ni baru je berpindah masuk ke sekolah tu selepas hadapi masalah dibeberapa sekolah yang lain sebelum ni dan ekceli masalah dia ialah ada 'sesuatu' yang asik bagi dia arahan dan kononnya 'membantu' dia bila kesusahan. Jadi instead of ada 3 'roh' penghuni asrama tu, dalam Asrama:2 ni ada satu lagi watak entiti lain dan beberapa lagi watak 'roh' penghuni asrama yang muncul nanti korang tak sangka mereka tu sebenarnya 'roh' juga huhu... nak tau depa siapa, korang kenalah baca sendiri weh! Baru thrill hehe... >wink<


Secara kesimpulannya, saya rasa novel ni berjaya menyambungkan novel Asrama dengan baik. Jalan cerita mudah difahami dan korang kena biarkan otak korang berimaginasi untuk dapatkan kesan 'horror' tu sikit. Cuma saya rasa macam tergantung sikit kat hujungnya tapi mungkin jugak itu memang hajat penulis untuk bagi pembacanya guna otak untuk pikir sikit kan. Yelah, otak tu kena bagi jalan juga kalau dak nanti berkarat heheh... So yang belum baca, saya rekemen korang untuk dapatkannya dan baca. Novel Fixi memang tak pernah mengecewakan punyelah!

SINOPSIS:
Dahlia tidak pernah gagal menyambut harijadi setiap pelajar di asrama itu. Bukankah Dahlia dan harijadi memang sinonim?
Kehadiran Lily membuka lembaran baharu di asrama tempat mereka bertapak. Lily istimewa kerana dia satu-satunya mangsa yang terselamat bahana penculikan 'Pembunuh Tangan Hilang' suatu ketika dulu.
Namun, misteri menyelubungi asrama sekali lagi apabila histeria berantai melanda dan menyebabkan pelajar dalam ketakutan! Adakah ini semua berkaitan dengan Lily yang seolah cuba dilindungi 'sesuatu'?
Dan dapatkah Dahlia dan kawan-kawannya menyelamatkan asrama yang mereka huni?

Signature

Khamis, 20 April 2017

JJCM: Restoran Nasi Arab Ta'if

Khamis, April 20, 2017 7 Comments

 

Mari mengeluarkan entri terperam lagi ye. Dah 4 bulan baru ghajin ada masa nak tulih review pasal restoran arab ni agaga... bizi betui kehidupanku kan? Heheh!
Restoran ni baru je bukak dalam bulan Oktober 2016 kat Saujana Utama, Sg Buloh ni. Dia punya pemilik, tukang masak, pelayan, tukang bancuh ayor... semuanya orang arab... kena pulak dengan decoration dalam restoran ni kan, memang korang akan rasa macam tengah makan kat tanah arab punyelah!
Harga dia pun tak la mahal dan tak juge murah. Kira standartlah untuk masakan arab ni. Menu dia pun banyak berhelai-helai pages sampai tak tau nak order yang mana satu hehe...

Mari mulakan dengan ayor oren dan ayor apple hijau ni. Saya tak rasa sebab masa ni baru abes pantang tapi mereka-mereka yang mengodernya kata sodap!

Ni namanya Chicken Grill Mandy. Sedap!

Yang ini MY PEBERET... Beef Hummus! Roti dia boleh pilih nak roti nipih macam dalam gambo ni ke atau roti nan. I like yang nipih pasal nak diet*LAH*SANGAT.

Yang ini Chicken Mandy Hanith. Pun sedap! E-ehhh macamana bleh tau ek? Agaga...

Hehe... ini budak memang dari kecik kalau jumpa nasik macam sepuluh tahun tak makan ngeee.. taktaulah ikut perangai sapa *lap peluh*

Jangan main-main... Wan Dolly skang pun dah pandai diet tau. Tak caya tengok dia makan ni aje- Chicken Kebab. Like mother like daughter sangat haha.

Ni iklan sampingan- Kat sini ada gak juai eskrem ni & boleh je pi pilih sendiri nak flavour apa. Demi nak rasa sedap ke tak, saya sanggup langgor pantang sesuap. *Alasan!*

Ni Lamb Mandy Thani. Kalau kata kambin toksah pikir la haih sapa punya. Konpem pak ustad la yang punya hoho. Tapi macam biasalah dia mesti suap punya bini dia yang dari mola dok perati je dia makan tu kan hehe... daging dia lembut sangat & sedap!

Hat ni nama dia Lamb Oqdeh. Hat ni pun sedap gak rasa dia ala-ala rendang tapi ada masam-masam sket. Yang ni pun boleh pilih nak makan dengan roti nipis ataupun tebai.
Yang ini nama dia Shawarma Chicken. Biasa shawarma dia depa lipat lepat siap kan? Tapi kat sini depa boh seketui ayam tu ha pastu pandai-pandai la lipat lepat sendiri. Sodap gak!

Okeh, disebabkan makan banyak sangat, maka kenalah singgah dikedai perabot berdekatan untuk eksesais mata ye. Kalau teruih balik tido nanti naik 10kg lagi, hehe...
Okeh, overall saya rasa masakan kat sini memang sedap. Environment pun selesa & layanan dia memang terbaik. Haritu sebelum balik depa tahan bagi kami free teh arab dulu. Malam tu lak hujan gerimis memang terbaeklah pekena teh arab yang berempah tu. Lagi best depa siap pasangkan kipas khas kat meja kami aje sebab dia kata memang adat depa kalau minum teh arab tu kena pasang kipaih. Gamaknya sebab teh tu memanaskan badan la kot no. Ntah la kalau depa chong pun kami pecaya je agaga... so berapa bintang saya nak bagi? Nin diaaa...

RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstarstar

Cubalah weh!


  Signature

Rabu, 19 April 2017

Travelling Tips: Saujana Utama, Sg Buloh to 1Utama (versi Bas & MRT)

Rabu, April 19, 2017 4 Comments

Mak ni idok le ghajin na sebenarnya nak travel-travel nih. Tapi kalau hari-hari dah kena pujuk rayu dengan anak dara nak try naik pengangkutan awam (maklumlah, sejak lahir tak pernah naik bas hatta bas sekolah. Okeylah tipu, mungkin ada la sekali kot masa kicik ikut saya gi Chokit) jadik mak yang baru abeh pantang ni pun gigih la jugak bawak dia gi 1Utama haritu. Alang-alang dah ajo anak dara naik pengangkutan awam ni kan, meh mak nak turunkan ilmu macamana nak travel dari Saujana Utama, Sg. Buloh ke 1Utama Mall tu ye. Kalau korang berhajat nak pegi sana naik kete, silelah waze aje okeh, itu lebih afdhol hehe...


  • Okeh, memula korang kena tau kat mana port dan pukul berapa bas dari Saujana Utama ni akan bergerak. Ni infonya: -

*INFO PERKHIDMATAN BAS SAUJANA UTAMA - KL*
Nama Syarikat: Bas Selangor
No Bas: 101
Laluan Perjalanan: Saujana Utama-KTM Sg Buloh- Kepong -Bangkok Bank (KL)
Jadual Perjalanan
Hentian & Masa:
*Hentian Pertama* : *Seri Pagi (SU-KL)*
Masa : 6.30 pagi, 11.00pagi, 3.00 ptg
*Hentian Bangkok Bank (KL-SU)*
Masa: 9.00pagi, 1.00ptg, 6.00ptg
*Tertakluk kepada kesesakan jln & perubahan jadual oleh syarikat bas.
  • Korang boleh tunggu kat mana-mana bus stop dalam Saujana Utama tapi kalau nak selamat, tunggulah kat hentian pertama bas yeitu kat Seri Pagi sebab kat situ kalau dia sampai, dia tak teruih jalan tapi dia akan tunggu lebih kurang 5-10 minit sebelum meneruskan perjalanan. Cuma haritu hari malang kiteorang kot sebab saya dapat info yang bas ada selang sejam, jadinya seawal pukul 8:00 pagi kiteorang dah terpacak kat situ. Tunggu punya tunggu, akhirnya pukul 10:00 pagi baru dia sampai port huhu...

Tiket bas sorang RM2.50 aje dari SU ke stesen MRT Sg Buloh-Kajang tu. Kalau dia caj lebih, silalah saman.

  • Perjalanan dari hentian Seri Pagi tu ke stesen MRT Sg. Buloh adalah dalam 20 minit (bergantung kepada hari jugaklah... hari yang saya pergi tu Public Holiday jadi jalan lengang hehe...). Bas akan berhenti betul-betul kat tepi tangga untuk naik ke stesen MRT jadi turun je dari bas, bersedialah pasang kuda-kuda untuk mendaki tangga tu ye.

Sila klik gambar untuk tumbesaran sihat.


  • Bila korang berada dalam ruang legar MRT tu, silalah bukak mata besar-besar dan mulakan misi mencari mesin token ye. Bila dah jumpa, pilih perjalanan ke hentian BANDAR UTAMA dan samada nak token pergi-balik ataupun sehala. Tambang untuk perjalanan sehala yelah RM3.80 aje, Bila dah puas ati, tekan Ok dan nanti korang akan dapat token kaler biru macam dalam gambo tu. Ingat tau, kalau korang beli token pergi balik, simpan token tu baik-baik sebab nanti time balik korang nak guna balik. Kalau tak, sangkutlah korang kat hall nak masuk tu like forever heheh. Okey dah settled beli token, bolehlah scan token korang kat hall masuk ke ruang menunggu MRT tu dan tunggulah sehingga ia tiba ye. Owh ye, jangan risau kalau tetiba blur. Tanya je kat staff sana sebab depa suma sangat peramah dan friendly sangat okeh! (Mekaseh ye abang staff yang bagi tunjuk ajar kat kami budak first timer naik MRT nih hehe!)

YEAYYYYYYY Keretapi dah sampai!!!! Errr keretapi ke hee...

Bersih dan kemaih sangat dalam ni.

Dalaman dia tema kaler biru yang cantik.

Perasan ke perasan? Hahaha.. ye, tadak orang selain kami! Kamilah RAJAAAAA!!!!! (Tumbuh tanduk)

  •  Perjalanan dari stesen MRT Sg. Buloh ke stesen Bandar Utama amek masa lebih kurang 30 minit la lebih kurang. Bila dah sampai, korang jalan je teruih nanti nampak signboard 1Powerhouse. Kalau nampak tu kira betuilah tu. Nanti korang akan nampak MRT feeder bus bersusun kat tepi jalan.


  •  Bukan semua MRT feeder bus tu akan lalu ke 1Utama tau jadi korang kena tengok betui-betui kat bas tu dia tulih apa. Carik bas yang ada tulih laluannya T812.


  • Tambang feeder bus ni RM1 aje tapi kalau korang nak jimat kedekut taik idung masin, korang boleh je lintas jalan dan teruskan berjalan kaki selama lebih kurang 5-10 minit bergantung kepada kelajuan korang dan nanti korang akan jumpa pintu masuk 1Utama tu. Kalau naik bas, nanti dia akan belok ke kanan dan tak sampai 5 minit korang pun sampailah kat 1 Utama Centre Court Entrance (Dataran Bandar Utama). Lepaih tu, bolehlah teruskan aktiviti menyoping dan mencuci mata ye.
  • Waktu nak balik nanti korang ada 2 option gak samada nak menapak je atau tunggu feeder bus. Tunggu je feeder bus kat tempat korang tunggu tadi tapi saya tak pasti berapa lama masa menunggu sebab haritu kami menapak aje. Tempat menunggu bas untuk balik ke Saujana Utama pulak, korang cuma jalan ikut jambatan yang sama korang naik ke MRT masa datang memula tadi tapi instead of turun ke tempat bas turunkan korang tadi, korang jalan teruih je ke opposite road dan tunggu bawah jambatan tu ye. Jangan lupa berdoa bas sampai cepat! Ahaks!
Sekian saja pelajaran kita untuk harini ye murid-murid! Daa....!



Signature

Selasa, 13 Disember 2016

KEGUGURAN- Apa yang perlu kamu tahu?

Selasa, Disember 13, 2016 65 Comments

WARNING!
Entri ini mengandungi kandungan grafik yang mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Harap maaf. Anda boleh memilih untuk meneruskan bacaan dengan atau tanpa melihat kandungan grafik tersebut. Terima kasih.


Terdetik untuk berkongsi pengalaman keguguran kali kedua ni sebab saya sendiri kekurangan info dan sumber rujukan ketika mengalaminya. Meskipun saya pernah keguguran sebelum ni iaitu pada tahun 2001 tapi keguguran tu tak setragis kali ni sebab masa tu janin baru berusia 2 minggu dan ianya cuma seketul darah  yang sangat kecil berbanding kali ini. Tapi masa tu pun sebenarnya saya tak sedar yang saya membawa janin. Tiba2 je suatu hari kawan kat ofis tegur sebab belakang saya lencun darah. Bila ke klinik rupanya saya keguguran. Masa d&c pun saya dipengsankan jadi saya tak dapat tengok rupa janin tu.


KRONOLOGI
Secara jujurnya... mengandung kali ni pun saya sebetuinya tak tau yang saya mengandung. Memang pada bulan Zulhijjah haritu (hari dimana doa Nabi Zakaria untuk dapatkan waris dimakbulkan Allah SWT), terdetik dihati betapa inginnya saya dikurniakan seorang bakal hafizah memandangkan saya sudah ada seorang bakal hafiz. Tak sangka pulak rupanya Allah makbulkan walaupun cuma untuk 77 hari. Bila saya lewat seminggu, saya assumed saya mungkin mengalami tanda menopos sebab mak saya dulu menopos masa umurnya 40. Jadi saya buat taktau sampai bila dah lewat sebulan dan ada perubahan fizikal, baru saya pergi beli upt kat farmasi dan test tu positif. 

Tapi, masih... memandangkan saya takde alahan lansung kecuali tetiba rasa cepat mengah dan dahi naik ruam, jadi saya tangguhkan nak buka buku dulu. Lagipun masa tu saya sibuk dengan booth, karnival, kursus etc... lansung tak pikir nak gi klinik.

Bila dah habis semua tu, hampir sebulan lebih baru saya pergi bukak buku dan masa scan babynya tak nampak lansung. Cuma ada kantung aje. Jadi saya masih tak berapa nak berharap. Ya, kalau korang jadi macam saya, dah 8 tahun last mengandung... tentu korang pun tak rasa nak berharap jugak.


TANDA2 AWAL KEGUGURAN

4 hari sebelum keguguran
-Saya terperasan keluarnya sedikit darah macam tali halus. Selera makan hilang.

3 hari sebelum keguguran
-Perut memulas dari pagi. Selera makan masih takde. Saya cuma makan kuih je dari pagi sampai malam. Sebelum nak tido malam tu, saya ingat saya salah makan jadi saya cuma sapu minyak kt perut.

2 hari sebelum keguguran
-Saya sepatutnya buat checkup yang kedua pada 17hb Dec 2016 tapi pada 2hb Dec 2016, tiba2 saya bleeding macam period hari pertama pagi tu. Saya pun teruih pi klinik dan masa scan, saya teruja nampak heartbeat baby tu walaupun babynya masih jugak tak nampak. Dokt kata bleeding ni mungkin temporary miscarriage tapi memandangkan umor saya yang dah 40 ni, dokt mintak saya balik berehat dan bertawakal banyak2 semoga semuanya selamat. Jadi itulah yang saya buat, balik, bertawakal dan lalui kehidupan seperti biasa.

Hari kejadian 4hb Dec 2016
-Paginya saya sempat lagi pergi kuliah macam hari ahad yang biasa dan balik tu saya cuma rehat dan gugel info2 pasal bleeding ni. Terus-terang, yang sebenarnya walaupun kat mulut saya ucapkan saya redha dengan apa saja yang akan berlaku, tapi hati saya tetap tanak lepaskan baby ni. Dan saya tak perasan benda tu sampai saya terbaca kat satu blog (saya dah lupa blog apa)... lebih kurang ayat yang ditulis, kalau baby tu nak pergi, lepaskanlah dengan sepenuh hati dan ingatlah, kalaupun dia pergi... itu bukan kerana salah ibunya tapi memang Allah telah rancang untuk dia tumpang rahim kita hanya untuk seketika.

Allahu... selepas baca ayat tu... dengan airmata menyesal sebab sebelum ni macam tanak terima hakikat bahawa saya mungkin akan kehilangan baby ni... tiba2 baru saya rasa redha yang seikhlas2nya dari hati untuk terima qada dan qadar bahawa jika Allah dah tulis yang saya akan kehilangan baby ini, saya akan kehilangannya... dan demi Allah... detik tu juga waktu saya berdiri bangun dari duduk... saya dapat rasa ada ketulan yang jatuh. Allahuakbar!


APAKAH TANDA KEGUGURAN DAN APA YANG PATUT DIBUAT SEMASA KEGUGURAN.

Bila saya periksa, ada seketul darah yang keluar di atas pad saya dan pada saat ni, taulah saya bahawa, ya... Allah sedang mengambil semula haknya. Tipu kalau saya kata saya tak sedih. Baru 2 hari lepaih dapat tengok jantung dia berdegup, tup tup hari ni dia ada atas tapak tangan saya. Memang menangis lama jugak la dalam tandas sambil minta maaf dengan baby sebab saya tak dapat lahirkan dia dengan sempurna. Untuk 10 minit yang pertama, cuma seketul darah tu je yang keluar dan saya sangka itu aje. Saya pakai pad baru dan salin kain baru tapi rupanya selang 15-30minit, berketul2 lagi ketulan darah yang keluar sampai 8 pad jugak saya guna (itupun kebetulan pad dewasa mak saya ada kat rumah ni. Guna pad biasa tak dapat menampung darah yang banyak keluar setiap kali ketulan tu jatuh). Dan akibat banyak sangat darah yang keluar, saya pitam sekejap tapi mujur, lepas saya sedar semula... saya minum susu kambing diblender dengan 2 biji kurma dan sedikit badam. Saya paksa juga makan sekeping roti dan lepaih tu baru saya sedar sepenuhnya semula. Tapi masa tu ketulan darah dah berhenti dan darah pun dah kurang jadi saya teruih rehat dan tidur. Esok paginya bila saya turun dari katil, keluar lagi 2 ketui darah yang terakhir dan selepas tu darah yg keluar kuantitinya serupa macam datang period aje tak sebanyak semalam.

Ni ketulan yang pertama sekali keluar

Ni ketulan yang saya kumpul sehingga malam

Korang, bila korang tengah mengalami proses ketulan dan darah yang banyak keluar, waktu ni sepatutnya korang cuma perlu baring dan rehat ye. Kesilapan saya ialah sebab saya ingat ketulan yang pertama keluar tu je yang akan keluar. Jadi selepas tu saya selamba je turun tangga tingkat bawah, siapkan dinner budak2 lagik! Lepas selesai tu saya pun pitam.


APA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS KEGUGURAN

Memandangkan saya gugur dah lewat malam dan saya pun dah tak berdaya nak ke klinik atau hospital, maka esok harinya baru saya ke klinik. Tapi sebelum tu saya pergi berurut dulu untuk pastikan semua ketul darah tu keluar. Ingat ya, kalau dah pasti 100% tak lagi rasa ada ketulan darah akan turun, baru pergi mengurut. Kalau tak, JANGAN! (Hint dia senang je. Kalau masih banyak darah turun, bermakna masih ada lagi ketulan darah yang tersangkut. Darah yang banyak tu macam air paip tu tau banyaknya. -Kredit to makcik urut yang bagi tips ni).
Ok so lepaih urut, baru saya pergi klinik untuk scan semula dan alhamdulillah dokt kata memang dah kosong, ketulan darah pun dah takde dan rahim saya pun dah kecut. Jadi saya tak perlu d&c dan cuma balik rumah mula berpantang aje.


BAGAIMANA CARA MENGURUSKAN JANIN YANG GUGUR

Mengikut pandangan mazhab Syafi’ie; bayi atau janin yang lahir sebelum berusia enam bulan (di dalam kandungan), jika terdapat tanda-tanda hidup (seperti menangis, bergerak, bernafas atau sebagainya), hukumnya sama seperti mayat orang dewasa iaitu wajib dimandikan, dikafankan, disolatkan serta dikebumikan kerana telah diyakini bahawa kematiannya berlaku setelah ia hidup. Jika tidak terdapat tanda-tanda hidup, maka hendaklah dilihat; jika telah kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin telah berusia empat bulan atau lebih dalam kandungan), hendaklah dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tanpa perlu disolatkan.
Jika belum kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin belum berusia empat bulan), maka memadai membasuhnya sahaja (untuk membersihkan dari darah), kemudian dibungkus dengan kain atau sebagainya dan ditanam. Tidak perlu dimandikan dan disolatkan.

Kesemua ketulan dibersihkan dan sedia untuk ditanam

BERAPA LAMAKAH TEMPOH BERPANTANG?

Ikut korang tapi dokt dan makcik urut sarankan 14 hari pantang berstokin, berbengkung dan bertungku. Tapi makan kena lebihkan hari pantangnya. Mak suruh saya pantang makan 60 hari. Tiap2 hari dia tepon checking saya makan apa huhu... takleh nak ngelat!




BILA BOLEH SOLAT SEMULA?

Ada banyak pendapat yang saya baca. Ada yang kata 14 hari, ada yang kata sampai berhenti darah tapi alhamdulillah saya ada guru saya sebagai rujukan. Katanya untuk kes saya iaitu janin yang kurang usianya 120 hari, sebaik saja ketulan darah habis keluar, maka darah yang menturutinya selepas itu ialah darah haid jadi ikut kebiasaan tempoh haid kita. Misal contoh, kitaran haid saya biasa 7 hari, maka hari ke8 dah boleh mandi dan solat macam biasa. Tapi kalau darahnya tetap keluar dan melebihi tempoh kebiasaan saya iaitu lebih dari 7 hari, maka boleh teruskan mandi dan solat pada hari ke8 juga sebab darah yang kemudiannya dikira sebagai darah penyakit.
Berbeza dengan janin yang sudah melebihi usia 120 hari, maka darah tu dikira darah nifas jadi kena tunggu sampai habis nifas sebelum boleh mandi dan solat semula.


APAKAH PERASAAN SEDIH ITU NORMAL?

Menurut Dr. Zubaidi, perasaan sedih ketika menghadapi musibah itu adalah suatu yang normal. Nabi SAW juga pernah kesedihan ketika kematian anaknya, Ibrahim. Namun kesedihan baginda hanyalah mengalirkan airmata dan tidak diiringi dengan ratapan. Menangislah... itu adalah nikmat Allah menciptakan airmata sebagai pelepas kesedihan.
Tapi jangan la dok tengah dok sedih-sedih tu pi pasang lagu Intan Sarapina pulak. Banyakkan berzikir dengan ayat-ayat dari surah dalam Al-Quran yang kita hafal, insyaallah boleh membuatkan kita redha.


PENGAJARAN YANG SAYA DAPAT DARI UJIAN NI

Tolong INGAT, INGAT, INGAT!!!... Bila kita keguguran, itu bukan sebab kita yang tak jaga kandungan, bukan sebab kita yang lasak, tak reti nak dok diam2, bukan sebab kita tak jaga makan....

BUKAN SEBAB SALAH KITA tapi...

baby tu dah cuba untuk survive dalam rahim kita semampu yang boleh CUMA dia yang tak mampu bertahan. Sampai masanya bila Allah kata ok harini hari terakhir kamu dalam rahim sipolan maka pulanglah semula ke syurga.

INGAT! 
KITA MERANCANG. ALLAH JUGA MERANCANG. TAPI PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG THE BEST AMONG ALL.

Akhir kata, saya harap pengalaman saya ni dapat memberi manfaat untuk yang memerlukannya. Terima kasih tak terhingga saya kepada owner 2 blog ini yang saya sempat baca dan jadikan rujukan sebelum keguguran haritu iaitu: -


Terima kasih juga kepada semua keluarga, saudara-mara dan sahabat handai yang mendoakan saya dan tak berhenti memberi kata semangat untuk saya bangkit semula. Syukran, jazakallahu khairan katsira. Ketahuilah bahawasanya, walau cuma kata-kata tapi ianya amat bermakna untuk saya.

Dan pastinya syukur, terima kasih yang sangat tak terucap untuk keluarga saya terutamanya pak ustad dan Maria yang membantu saya menghadapi saat kesedihan tak diduga itu. Tanpa mereka, saya taktau apa jadi pada saya masa tu.

Sesungguhnya apabila Allah menghendaki maka berkatalah ia, jadilah. Maka jadilah ia.
Allahuakbar!

Sebuah catatan khas buat anak syurgaku, Saidatul Nafeesa kerana kesudianmu menumpang rahim ummi dengan penuh kasih-sayang selama 77 hari yang indah.
Follow Me at flickr! .