Coti Sekolah... akhirnya!
Farah Deeb
Ahad, Jun 02, 2013
0 Comments
AMARAN: Cerita ni panjang hehe...
Hmmm... sekejap je rasa.
Dulu masa saya belum transfer masuk sekolah teknik kat Ipoh nun, sebelum gi sekolah; keje saya tak lain asek kena tengokkan budak nilah. Mak saya sebok kat dapo so saya la tukang buat lawak, tukang report kalau dia uk uk, tukang kipas... semualah! Masa tu dia masih dok dalam kandang baby je. Since saya jaga dia masa dia kecik dulu dan dia jugak anak sedara saya yang pertama, so bile dengar dia nak tawen tu memang cam teruja la gak mak hahaha...
Since anak sedara saya ni dok ngan wan dia aka mak sayalah hehe... so majlis pun wat kat umah mak saya. Sebelum balik kampung haritu (wah kampung! Walhal Gombak je pun!) saya sempat siapkan dan antar order dari Puan Miza dulu yang nak kek nipis Red Velvet. Lepas anta, saya anak-beranak terus direct ke Gombak hehe...
Macam biasalah, kalau dah nama nak ada kenduri maka ghumah mak saya pun ramai la umat dan gamat. Sume sebok isi jajan, telur dan sewaktu dengannya dalam bekas doorgift. Majlis sebenarnya bermula dari hari Jumaat lagi yeitu kenduri doa selamat dan majlis tahlil untuk arwah abah.
Sume menu haritu kiteorang adik-beradik la pakat masak sendiri. Alhamdulillah licin dan majlis selesai dengan lancar.
Pelamin ni idea mak pengantin aka kakak saya. Cantikkan? Maklumlah adiknya jadik tuan penasihat agaga... Kosi pinjam Wan punye ekeke... |
Besoknya baru anak sedara saya ni menikah. Senang- menikah pagi, tengahari terus wat majlis jemputan makan. Alhamdulillah gak semuanya berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya, cewah! Thee... Malam pulak cam biasalah mesti ada acara potong kek yang ditaja oleh SugarPlum's Kitchen itewww... *Hahaha... rasa nak muntah tak promote diri sendiri?*
Sebenarnya untuk majlis kenduri tawen budak ni saya memang amek bahagian untuk wat kek hantaran, muffin hantaran, kek untuk doorgift dan kek masa acara potong kek dan bukak hadiah pun. Rasa nak tepok tangan sebab sepanjang minggu tu saya demam sebenarnya tapi Allah SWT bagi gak kekuatan dapat sudahkan sampai ke saat akhir, alhamdulillah... hebat tul kuasa Allah *muhasabah diri*
Ni kek hantaran untuk pihak lelaki |
Ni muffin untuk pihak lelaki gak |
Ni muffin untuk sedare-mare yang close gitu, ewah! |
Ni plak kek Red Velvet untuk acara potong kek dan buka hadiah |
Akhirnya masa pun dah tamat. Habeslah kenduri pada hari Ahad dan kini konpem anak sedara saya tu dah register dalam Kelab Bini Orang hahaha... Lepas ni tunggu dia register masuk Kelab Mak Budak dan Makcik-makcik la pulak agaga...! Sekian, saya melaporkan dari Bukit Saujana *Wink*
Hmmm.. dah kawennn pun ko kan hehe... haaa lepas ni merasa la ngko caner azab nak jaga laki! (Ke laki ngko yang azab bela ngko agaga...) Woops! SELAMAT PENGANTIN BARU MAISARAH & EIJAM! |