myChef's - Gourmet Blog Challenge: Pau Ayam Kalio
Farah Deeb
Selasa, September 04, 2012
12 Comments
Produk myChef's inspirasi dari Chef Ismail ni rasanya hampir nak sama dengan rendang samah yang mak saya selalu masak tapi mak saya kata itu rendang style orang belah-belah utara nun. Tak sangka rasa Ayam Kalio tu hampir sama dengan masakan mak saya so memang saya bagi 10 bintang la kan! Hehee... Oleh sebab rasanya yang sedap itu, akhirnya terkeluarlah pulak idea nak jadikan hidangan Ayam Kalio ni sebagai hidangan petang iaitu- Pau!
Cam biasa meh nengok bahan-bahan yang wajib ade ye: -
Bahan-bahannya: -
- 1 kotak myChef's Ayam Kalio
- 4 biji kentang- direbus bersama 1 sudu besar garam sehingga lembut dan ditoskan.
- Tepung pau segera Green Grass
Cara-cara membuatnya: -
- Panaskan myChef's Ayam Kalio dengan menggunakan ketuhar mengikut aturan pada kotaknya. Kalau nak lebih senang, buat macam saya je- panaskan dalam kuali! Thee... Bila dah cair dan panas semuanya, keluarkan dari kuali dan carik-carikkan ayamnya menjadi cebisan kecil. Jangan lupa untuk keluarkan semua tulang-tulang ayam, daun limau purut dan serai yang terdapat dalam kuah tu. Kalau tak, kang ade yang makan pau tercekik tulang haha...! (Okeh, tak lawak...)
- Bila dah pasti tinggal isi ayam ngan kuah aje, bolehlah tuangkan dalam bekas berisi kentang yang dah direbus tadi tu ye. Lenyek-lenyekkan ubi tu bagi hancur sket dan sebati ngan ayam kalio tadi okeh.
Lepas boh inti, rehatkan dia supaya dia gebus ye... |
- Sementara tunggu inti sejuk, korang bolehlah preparekan paunya. Saya pakai pau instant Green Grass je sebab seumo idup ini kali pertama wat pau hehe... Oleh sebab itu sebelum tak jadik dan kena gelak ngan budak-budak, baiklah tayah amek risiko kan? Haha... (alasan... walhal malas) Okeh, lepas korang dah uli dan rehatkan doh pau tu sampai gumuk (saya biarkan sampai 30 minit) korang bolehlah bahagikannya kepada 15 biji doh yang sama saiznya.
- Pastu sudukan 2 sudu besar inti tadi kedalamnya dan bunjutnya kemas-kemas. Letak doh di atas sekeping kertas minyak dan pastikan yang bahagian bunjut tadi berada kat bawah ye. Pastu susun atas loyang yang dah ditabur sedikit tepung. Jarakkan supaya bila dia gemuk nanti dia tak melekat antara satu sama lain.
Dah tembam!!! |
- Selepas 30 minit, korang blehlah setat panaskan pengukus dan kukus pau tadi tu selama 10-15 minit. Pastikan air pengukus tu dah mendidih dulu baru masukkan pau tu okeh! Skang dah boleh makan! Yeay!
INFO BERGUNA: -
- Resepi Ayam Kalio ni memang memenuhi citarasa masakan melayu sebab cukup rasa serainya, daun limau purutnya dan pedasnya. Tak perlu tambah garam, gula atau perasa kecuali pada ubi yang direbus sebab ubi menghilangkan rasa masin pada masakan. Sebab tu saya bubuh garam waktu merebus ubi tu tadi ngeee...
- Pau merupakan makanan yang sihat sebab ianya lansung tidak menggunakan minyak. Selain jadikan minuman petang, jadikan bekpes di hari minggu pun best gak kan? Theee...
Hmmm baca sudah, nengok gambo pun sudah, skang mase untuk gi carik produk myChef's Ayam Kalio pulak dan cuba ye!
Cam biasa jugak, sudi-sudikanlah menge'LIKE' entry saya ni kat SINI ye! Hanya dengan satu klik pada butang Like tu, korang secara tak lansung sebenarnya telah membuka peluang saya untuk ke final! Insyaallah! Maseh!!!