Cuti-cuti Malaysia: D'Ark Resort, Janda Baik, Pahang Darul Makmur
Farah Deeb
Selasa, Jun 05, 2012
36 Comments
Tetiba je gi cuti-cuti Malaysia kat sinikan? Thee... sebenarnya tak plan pun tapi haritu mase gi pesta buku kat PWTC tu, saya dapat voucher diskaun stay kat Tune Hotel sebab beli majalah Karangkraf. Masa tu cek-cek tempat yang boleh pergi sume cam jauh (malas nak travel jauh!) Pastu pak ustad lak kate Tune Hotel tu kecit je so cam tak sesuai kot untuk kiteorang yang lima beranak nih! Haha...
Tengah gugel-gugel sekali terbaca lak review orang yang dok kat D'Ark Resort kat Janda Baik ni. Reviewnya kan main lagi, bak kate sumenya best belakalah. Kebetulan Rayyan dah lama asek nak mintak mandi sungai so pak ustad kate oklah, cuti sekolah kali ni kite gi Janda Baik!
Ok now masuk bab resort okeh. Nak sampai kat resort ni senang je. Korang just ikut jalan belakang Mc'D kat Genting Sempah tu, amek jalan kiri (kanan ke Genting) pastu teeeerus aje. Nanti akan lalu kawasan homestay dan rumah rehat macam-macam tapi resort D'Ark ni atas lagi. Jangan risau, ade signboard dan kalau korang jumpa sungai tu maknanya betullah tu! Perjalanan dari Genting Sempah tu adelah dalam 30 minit kot nak sampai atas.
First impression mase sampai resort tu memang cam the vast tebabolah. Konsep dia ala-ala kampung means dia guna kayu untuk sume bilik-bilik resortnya termasuk opis dia. Opis dia memang cantik gilerlah- lengkap ade ruang tamu, tempat rehat, TV etc. Okeh itu opisnya. Haritu kiteorang stay kat bilik bernama Kenanga. Untuk info sume bilik kat sini menggunakan nama bunga ye. So skang saya nak review bilik yang bernama Kenanga tu ye- ingat! Ini cuma untuk bilik bernama Kenanga. Bilik lain saya tak tau.
Masuk je dalam bilik tu memang korang akan kagum giler la dengan konsep binaannya. Walaupun kecik dan agak sempit, tapi dia boleh memuatkan satu katil bersaiz queen dan satu katil bersaiz bujang (yang mana kendiannya diubahsuai oleh kiteorang menjadi sebijik katil bersaiz King haha!... Biaselah tu kan. Asing-asing tido kang ade yang tengah malam nanges pulak!) Ruang tandas dia ke bawah sket so korang kena turun anak tangga untuk ke tandas tu. Agak merbahaya untuk kanak-kanak kecik so kena berhati-hatilah ye supaya budak kecit dok jauh dari tandas atau senang citer, tutup je pintu tandas tu!
The verdict:Untuk bilik yang berharga RM186.00 sehari semalam, saya expected akan dapat suma-suma ni tapi malangnya takde: -
- Takde hot shower. Bayangkan berada di atas bukit dan cuaca yang lembab (hujan hampir setiap masa) dan tiada hot shower???
- Bakul sampah satu je dan ianya sangatlah kecil. Macam bakul sampah mainan je. Masuk 4 ketul pampers yang dah diguna terus penuh, camne?
- Channel TV cuma ade dua yeitu TV3 dan Astro Ria. Bile hujan lebat dia akan bertukar automatik jadik Astro HBO dan Astro Ria. Magikkan?
Yang best plak sebab sungai kat depan dan tepi resort tu aje so kalau korang nak mandi bolehlah jalan kaki terus kecebum. Malangnya hari yang kiteorang pegi tu hujan lebat turun dari datang sampailah ke malam. Brenti pun sekejap je so sempatlah taim tu saya bawak Rayyan jalan-jalan. Air sungai dia cetek je so sangatlah sesuai untuk kanak-kanak tapi tak sempat merasalah mandi situ sebab pagi esoknya pak ustad dah nak balik awal sebab dia nak solat Jumaat kat Gombak huhuuu... so begitulah berakhirnya episod cuti yang tak dapat wat apa-apa, haha... sekian!
Hampir nak makan sebab ingatkan laici, upenya bunga! Wahkahkah!
Notakaki Saiz Tujuh:Adehhh.... lepaih ni dah takleh cuti-cuti dah sebab nak tumpukan mengajar Maria nak amek peksa UPSR. Go Farah Go! (Mak over)