Wordless Wednesday: SENYUM! Tak perlu kata apa-apa...
Farah Deeb
Rabu, Januari 25, 2012
4 Comments
Notakaki saiz tujuh:Haha! Skang ni manyak blog telah ku pink-kan! Yessszz!!! Hidup pink! *Tumbuh tanduk*
TAK SEMPAT MEROMPAK -Oleh Kalidevi Mogan Kumarappakalidevi@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditembak mati manakala seorang lagi melarikan diri selepas berbalas tembakan dengan anggota polis ketika kumpulan itu dalam perjalanan untuk menyamun berdekatan sebuah pasar raya di Wangsa Maju, di sini, petang semalam.
Kumpulan lelaki terbabit dipercayai aktif merompak bank, samun kereta mewah dan samun di sekitar Kuala Lumpur dan Kelantan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata pihaknya menerima maklumat mengenai sebuah kereta Proton Putra berwarna putih sedang berlegar-legar berdekatan kawasan pasar raya itu yang disyaki penjenayah, kira-kira jam 4.15 petang.
Menurutnya, sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian dan ketika pihaknya sedang mengintip kenderaan itu, kereta yang dinaiki tiga penjenayah terbabit memecut laju sebelum dikejar.
“Ketika itu, kumpulan penjenayah terbabit sempat melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis sebelum dibalas anggota menyebabkan dua daripada mereka mati.
Bapa arwah ditenangkan oleh jiran dan sahabatnya |
Kesan darah yang tinggal dirumah sewanya |
Apartment tempat arwah menyewa. Gambar kecil ialah bapanya, Encik Yusak |
Suspek yang ditahan. Semoga mereka mendapat hukuman yang sewajarnya |
Ni masa Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 1 |
Tak ingat ni bile tapi rasanya mase kat jamuan akhir tahun gak kot |
Ni mase gi beraya umah Rita (yang dukung budak tu) |
Date: 14th July 1991Time: 21:10Venue: Atas katilFarah....Wanita adalah makhluk yang suci penyinar alam ini. Ia diangkat sebagai kaum yang berdarjat tinggi. Sebagai sabda Rasulullah SAW bahawa syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Tetapi sekali wanita menjatuhkan maruahnya seluruh alam akan memandang hina terhadapnya.Ketahuilah olehmu bahawa....Cinta kepada pokok, pokok akan mati;Cinta kepada bunga, bunga akan layu;Cinta kepada manusia, keewa akan menanti;Cinta kepada ibubapa, itulah cinta sejati.Dan setitik airmata ibu itu adalah berharga daripada segantang airmata kekasih.Biarlah ibumu menangis atas kejayaanmu tetapi jangan biarkan ibumu menangis atas kegagalanmu.Kau umpama lilin yang menerangi orang lain walaupun membakar diri sendiri. Majukanlah diri dan bangsa untuk negara. Selagi kau menapak kehadapn, selagi itulah kejayaan dihadapanmu.Kecantikan wajah akan luput ditelan usia dan akan berulat bila menjadi mayat. Tapi kecantikan hati yang beriman akan kekal selamanya.Farah...sembunyikan dukamu dibalik senyuman agar insan lain turut bergembira tanpa menduga duka yang terpendam. Hidup tidak selalunya indah. Hati tidak selalunya gelisah. Tiada tangisan yang meredhai penderitaan. Hidup ini hanya dapat dihadapi dengan senyuman dan airmata. Kau umpama bunga yang sedang mekar mewangi. Siramilah selalu dengan taqwa dan ketabahan. Kejayaan akan menyebelahimu....Sedarlah olehmu bahawa masa itu tidak pernah menanti kita. Sebaliknya kitalah harus mengejar waktu itu. Di dalam kesibukan menegajr ilmu janganlah kau lalaikan suruhan Allah serta kedua orang tuamu.Di dalam dunia zaman ini, janganlah kau anggap YANG JAHAT ITU BENAR-BENAR JAHAT. Kerana adakalanya YANG BAIK DENGAN KITA ITU AKAN MENJADI LEBIH JAHAT DARIPADA ORANG YANG JAHAT.
"Dari-Nya kite datang dan kepada-Nya juga kite kembali"